Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Tuesday, March 19, 2013

Isu Zakat - Kerajaan Melaka Notis Saman Pesuruhjaya PAS Melaka RM100juta



KENYATAAN MEDIA
ISU PENGGUNAAN WANG ZAKAT MELAKA

Pada 13 Mac 2013 saya telah mendapat sepucuk surat berdaftar daripada pihak Rosfinah & Co. yang beralamat di No.15 Jalan Cengal, Taman Merdeka, Batu Berendam Melaka.  Rosfinah & Co. yang mewakili Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka telah membuat writ saman berserta tuntutan (seperti lampiran) kepada 3 penama yang berjawatan seperti berikut:

1.      Hj Adly bin Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka)
2.      Sdr Jauhar b Mohamad Dawi (Ketua Pemuda PAS Kawasan  Bukit Katil)
3.      Sdr Mohd Mokhtar b Ruzaidi (Harakahdaily)

Sehubungan dengan itu maka saya mengambil ketetapan berikut :-

1.      Saya tidak melihat sebarang keperluan untuk saya meminta maaf atau menarik balik sebarang kenyataan.
2.      Akan terus membongkar segala salahurus kerajaan yang dipimpin UMNO dan Barisan Nasional supaya ianya dapat dinilai oleh rakyat Negeri Melaka.
3.      Tidak akan membuat sebarang bayaran ke atas tuntutan RM100,000,000.00
4.      Saya bersedia untuk berdepan dengan Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang merupakan Ketua Menteri dan pengerusi MAIM di mahkamah.

Saya juga ingin tegaskan bahawa isu yang saya bangkitkan adalah isu berkepentingan ramai yang menyentuh tentang bagaimana Dana Awam telah disalahurus sepertimana yang dinyatakan di dalam Laporan Ketua Audit Negara sendiri.

Saya percaya sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka dan sebagai anakjati Melaka, saya mempunyai tanggungjawab dari segi agama, moral, politik dan undang-undang bagi membangkitkan isu penyalahgunaan wang rakyat dan sebagai timbalbalas rakyat negeri ini juga mempunyai kepentingan untuk mengetahui dan mengambil maklum terhadap isu tersebut.

Sayugia saya sampaikan mesej khusus ini kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa beliau tersilap sekiranya merasakan bahawa saya akan takut dan gentar untuk terus membongkar salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dengan writ saman ini.

Saya cukup berkeyakinan bahawa writ saman ini dikeluarkan menjelang tibanya pilihanraya umum yang ke 13, tidak lain bagi menyekat kemaraan dan pengaruh PAS  dan rakan-rakan Pakatan Rakyat  di negeri Melaka ini.

Saya ingin tegaskan bahawa saya akan terus yakin dan istiqamah untuk membongkar segala salahurus ini, sehingga cita-cita rakyat Melaka untuk mendapat kepimpinan yang adil dan amanah tercapai.

Saya juga telah mendapatkan khidmat Peguam Pas, Mohamed Hanipa Maidin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates bagi mewakili saya di mahkamah nanti.


Adly b Zahari
Pesuruhjaya PAS Melaka
19 Mac 2013
7 Jamadilawal 1434H


1 comments:

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).