Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, April 15, 2013

PAS MELAKA KEMUKAKAN 70 % CALON BARU, YAKIN KALAHKAN BN

MELAKA: PAS Melaka mengumumkan calon-calonnya  di Kg Tedong Pekan, Jasin malam tadi yang disempurnakan oleh  Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Kira-kira 70 peratus calon yang dikemukakan adalah muka baru yang kali pertama bertanding. 

Mengetuai senarai calon-calon tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari (gambar kiri)yang akan bertanding di N09 Durian Tunggal.

Dua orang Pesuruhjaya PAS Melaka iaitu Ustaz Kamaruddin Sidek kekal bertanding di  N26 Serkam manakala Ustaz Mohd Nor Omar bertanding di N12 Pantai Kundur buat kali pertama. 

Manakala bekas Timbalan Pengarah Hospital Melaka, Dr Mohd Khalid Kassim (gambar kanan)diletakkan sebagai calon di N17 Bukit Baru.

PAS Melaka juga buat kali pertama meletakkan  calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS iaitu Richard Wong dan calon muslimat iaitu Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Kintan Man di N28 Sungai Rambai.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dalam ucapannya dengan yakin menyatakan bahawa saf calon-calon yang dipilih adalah jauh lebih baik dari calon-calon BN Melaka.


"Kita yakin calon kita bersih, berakhlaq dan baik. Mereka berpengalaman luas dalam pelbagai bidang, mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik dan mampu mentadbir negeri ini dengan baik jika diberi mandat oleh rakyat" ujar Adly.

Senarai calon-calon PAS Melaka :

N01 - Kuala Linggi -  Julasapiyah Kassim (Calon lama)
N02 - Tg Bidara - Imran Abdul Rahman (Calon lama)
N 04- Lendu - Asri Shaik Abdul Aziz (Calon baru)
N 05 -Taboh Naning - Abdul Halim Abdul Jalil (Calon baru)
N09 - Durian Tunggal - Adly Zahari. (Calon Baru)
N10 - Asahan - Richard Wong - (Calon baru)
N12 - Pantai Kundor - Mohd Nor Oma (Calon baru)
N17 - Bukit Baru - Dr Mohd Khalid Kassim (Calon baru)
N18 - Ayer Molek - Mohd Khairi Abdul Aziz (Calon baru)
N23 - Telok Mas - Harun Mohamed (Calon baru)
N26 - Serkam - Kamaruddin Sedik (Calon lama)
N27 - Merlimau - Yuhaizad Abdullah (Calon lama)
N28 - Sg Rambai - Kintan Man (Calon baru).
P134 - Masjid Tanah - Mohd Nasaie Ismail (Calon baru)

1 comments:

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).