Pandangan peribadi" pemimpin kanan DAP Johor Norman Fernandez yang meminta anggota parti itu tidak menyokong parti Islam tidak akan menjejaskan hubungan dalam Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden PAS Moahamad Sabu.
"Kita mahu menawan Putrajaya. PAS akan tetap undi calon DAP," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam sidang media selepas mesyuarat majlis Pakatan di Petaling Jaya hari ini.
Mohamad (berbaju kuning) juga menolak kenyataan PAS Johor yang mahu mengambil tindakan sama sebelum ini dengan menegaskan Majlis Syura Ulama sudah memutuskan anggotanya hendaklah mengundi calon Pakatan tidak kira siapa.
Fernandez - timbalan pengerusi DAP negeri - sebelum ini di blog meminta pengundi tidak memilih PAS di Johor agar masa depan mereka tidak terjejas.
Menurutnya, PAS akan melakukan apa saja untuk mencapai kekuasaan, disebabkan "pendirian unilateral" parti itu dan "keengganan untuk menjadi rakan sebenar dalam Pakatan Rakyat".
Sementara itu, anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP Anthony Loke berkata, partinya akan mengheret Fernandez ke jawatankuasa disiplin selepas pilihan raya umum kerana mahu menumpukan kepada kempen terlebih dahulu.
"Ini bukan pendirian parti, ini pandangan peribadi dia sendiri. Pendirian kita, kita akan undi semua calon Pakatan," tegas Loke.
0 comments:
Post a Comment