PAS Melaka mengumumkan calon-calonnya di Kg Tedong Pekan, Jasin pada Ahad malam yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Menurut harakahdaily.net, kira-kira 70 peratus calon yang dikemukakan adalah muka baru yang kali pertama bertanding.
Antara calon-calon yang diumumkan termasuk dua orang Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek kekal bertanding di N26 Serkam manakala Ustaz Mohd Nor Omar bertanding di N12 Pantai Kundur buat kali pertama.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari turut dicalonkan bagi bertanding di N09 Durian Tunggal.
Bekas Timbalan Pengarah Hospital Melaka, Dr Mohd Khalid Kassim diletakkan sebagai calon di N17 Bukit Baru.
Sementara itu, buat kali pertama PAS Melaka meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS iaitu Richard Wong dan calon muslimat iaitu Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Kintan Man di N28 Sungai Rambai.
Senarai calon-calon PAS Melaka :
N01 - Kuala Linggi - Julasapiyah Kassim (Calon lama)
N02 - Tg Bidara - Imran Abdul Rahman (Calon lama)
N 04- Lendu - Asri Shaik Abdul Aziz (Calon baru)
N 05 -Taboh Naning - Abdul Halim Abdul Jalil (Calon baru)
N09 - Durian Tunggal - Adly Zahari. (Calon Baru)
N10 - Asahan - Richard Wong - (Calon baru)
N12 - Pantai Kundor - Mohd Nor Oma (Calon baru)
N17 - Bukit Baru - Dr Mohd Khalid Kassim (Calon baru)
N18 - Ayer Molek - Mohd Khairi Abdul Aziz (Calon baru)
N23 - Telok Mas - Harun Mohamed (Calon baru)
N26 - Serkam - Kamaruddin Sedik (Calon lama)
N27 - Merlimau - Yuhaizad Abdullah (Calon lama)
N28 - Sg Rambai - Kintan Man (Calon baru).
P134 - Masjid Tanah - Mohd Nasaie Ismail (Calon baru)
0 comments:
Post a Comment