Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Tuesday, April 16, 2013

Program Santai bersama Tuan Guru Presiden PAS di Telok Mas

Lawatan Kerja Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS ke Melaka bermula hari ini.
Lokasi pertama lawatan Tuan Guru adalah di pekan Telok Mas. Tuan Guru sempat membacakan doa dalam majlis tahlil ringkas dan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan.

Turut hadir adalah Hj Adly Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka), Ust Ashraf Minghat (Ketua Penerangan PAS Melaka), Hj Yuhaizad Abdullah (Ketua Pemuda PAS Melaka), sdr Harun bin Mohamed (Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka) dan Ust Khairi Abd Aziz (Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Melaka)

Sdr Harun Mohamed merupakan calon PAS DUN Telok Mas bagi Pilihanraya Umum ke-13, manakala Ust Khairi Abd Aziz pula calon PAS bagi DUN Ayer Molek.

Hadirin terdiri daripada masyarakat tempatan yang sebahagian besar daripadanya adalah anak muda.

Ikuti program Tuan Guru Presiden sepanjang hari ini, 16 April 2013.







0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).