Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, December 3, 2012

Ali Rustam diberi tempoh tujuh hari isu PERTAM

Kenyataan Media berkenaan:
PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA (PERTAM)
PERTAM Construction Sdn. Bhd. (PCSB)


PENGENALAN

PERTAM merupakan satu-satunya agensi yang menguruskan Kemajuan Tanah Adat di dalam negeri Melaka. Fungsi yang baik ini menjadi harapan kepada rakyat negeri Melaka supaya pengurusan tanah lebih efisien dan mendatangkan manfaat.

Sejarah dan fungsi PERTAM:
a. Ditubuhkan pada 14 Mei 1991
b. PERTAM menjalankan beberapa projek pembangunan yang melibatkan Tanah Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah termasuk tanah estet melalui proses pengambilan balik tanah.
c. Fungsi PERTAM adalah membangunkan sektor hartanah samada secara maju sendiri, secara usahasama atau secara penswastaan.
d. PERTAM mempunyai 3 buah anak syarikat:
• PERTAM Construction Sdn. Bhd.
• PERTAM Properties Sdn. Bhd.
• PERTAM Trading Sdn. Bhd.
• Pertam Teamcoat Management Services Sdn Bhd

Namun, pengurusan dan pentadbiran agensi ini sering dipandang serong. Rentetan daripada Laporan Ketua Audit Negara yang menegur corak pentadbiran dan pengurusan PERTAM ini.

Berikut merupakan keratan daripada Laporan Ketua Audit Negara:

1. PENEMUAN AUDIT (JULAI - OGOS 2011)
a. 2008 : PCSB mengalami kerugian sejumlah RM0.25 juta
b. 2009 : PCSB mengalami kerugian sejumlah RM1.02 juta
c. 2010 : PCSB memperoleh keuntungan sebelum cukai sejumlah RM0.17 juta
d. Kerugian meningkat sebanyak RM0.77 juta dari tahun 2008 ke 2009.
e. Kerugian terkumpul sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM6.78 juta dengan beban hutang sebanyak RM6.26 juta.
f. Rujukan (Sumber: Penyata Kewangan PCSB):
 
• Pendapatan dan Perbelanjaan Serta Untung/Rugi Sebelum Cukai PCSB Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2010
• Trend Pendapatan, Perbelanjaan Dan Untung/Rugi Sebelum Cukai PCSB Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2010

*PERTAM Construction Sdn. Bhd. (PCSB)
(Dahulunya dikenali sebagai Pembangunan Pembinaan Melaka Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 8 Mac 1983 dan bertukar nama berkuatkuasa pada 18 Februari 1998)


2. HASIL LAPORAN AUDIT BERPENDAPAT PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PRJEK OLEH PERTAM CSB TIDAK MEMUASKAN:
  • PCSB mensasarkan untuk menyertai sekurang-kurangnya 10 tender dan memperoleh sekurang-kurangnya 2 projek dalam setahun bagi tahun 2009 – 2011. 
  • 2008 – Jun 2011 : PCSB menyertai 20 tender (19 untuk projek agensi kerajaan, 1 swasta). Penyertaan dari 13 tender bagi tahun 2008 menurun setiap tahun sehingga tiada tender disertai dalam tahun 2011.
  • PCSB tidak berjaya memperoleh sebarang projek bagi tahun 2008, 2010 dan 2011 kecuali 1 projek swasta dari CTRM dalam tahun 2009.
  • Kelemahan PCSB dalam pengurusan projek :
• PCSB gagal mencapai sasaran bilangan projek yang ditetapkan.
Hutang projek tidak dijelaskan kepada subkontraktor walapun projek telah lama siap.
• Bayaran kemajuan kerja serta bon pelaksanaan milik subkontraktor digunakan oleh PCSB bagi menampung kos operasi.
• PCSB bergantung pada sokongan padu Kerajaan Negeri untuk memasuki tender/memperoleh projek.
• Peluang PCSB untuk memperolehi tender bagi melaksanakan projek baru terjejas akibat beban hutang yang gagal dijelaskan berikutan masalah kewangan yang serius.
• PCSB tidak mampu berperanan sebagai kontraktor utama dalam menjalankan projek yang diperolehi sedangkan PCSB merupakan kontraktor kelas A yang telah lama beroperasi.
• Menyerahkan projek yang diperolehi kepada subkontraktor kerana sumber kewangan tidak mencukupi.

Hal ini menunjukkan terdapat penyelewengan yang nyata dalam PERTAM.


3. HASIL LAPORAN AUDIT BERPENDAPAT TADBIR URUS KORPORAT PERTAM CSB TIDAK MEMUASKAN :
 
a) Caruman KWSP dan PERKESO dibayar bagi 2 jurutera yang tidak berkhidmat di PCSB
  • Jawatan Pengurus Projek dan Jurutera Tapak tidak pernah diisi walaupun perjawatan diwujudkan. Kekosongan jawatan tersebut kerana PCSB kurang mendapat tender untuk melaksanakan projek selain mengalami masalah kewangan yang serius. 
  • PCSB menggunakan nama dan jawatan 2 jurutera yang tidak berkhidmat dengan PCSB bagi tujuan pembaharuan Lesen Kelas A di PKK dan CIDB.
  • Sebagai balasan, PCSB membuat caruman KWSP dan PERKESO syer majikan dan pekerja berjumlah RM0.03 juta dari tahun 2008 – Jun 2011 bagi kedua-dua jurutera berkenaan.

b) Jawatankuasa Audit tidak ditubuhkan dan pembayaran dividen tidak dapat dilaksanakan kepada PERTAM kerana mengalami kerugian.
  • PCSB tidak menubuhkan Jawatankuasa Audit sepertimana yang ditetapkan dalam Pekelling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 1993.* 
  • Pengurusan PCSB didapati belum pernah diaudit oleh mana-mana juruaudit termasuk PERTAM dan BADSA (Bahagian Audit Dalam Dan Siasatan Awam)
*setiap syarikat kerajaan perlu menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan untuk meningkatkan kawalan dalaman yang berkesan terhadap pengurusan syarikat agar kepentingan kerajaan sebagai pemegang saham dipelihara
c) Pengurusan PCSB kurang memberi komitmen terhadap mesyuarat dengan badan induk.



Dengan ini, saya Johar Jawi mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, dan mewakili rakyat Melaka inginkan jawapan daripada Pengerusi PERTAM, YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap PENGURUSAN dan PENTADBIRAN PERTAM dengan jawapan yang munasabah dan disiarkan di media dan akhbar.

Kami tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan Polis dan laporan kepada SPRM dalam TEMPOH TUJUH HARI jika tidak mendapat penjelasan yang diiginkan daripada YAB Datuk Seri. (bermula 30 November 2012)


Sunday, December 2, 2012

Ijtima' Tarbawi Jihad Pilihanraya peringkat Negeri Melaka

Dis 2 - Ijtima' Tarbawi Jihad Pilihanraya telah berjaya dilaksanakan semalam. Program yang dianjurkan oleh Akademi Tabiyah Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Pemuda PAS Malaysia itu dirasmikan oleh al-fadhil Ust Faisol bin Sheikh Mohd, Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Negeri Melaka.




Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh pimpinan-pimpinan pemuda PAS seperti Ust Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Timb. Ketua Pemuda PAS Malaysia), Ust Zaharudin Mohamad (Ahli Majlis Syura Ulama), Ust Shahril Azman (Ketua Pemuda PAS Pahang) dan Ust Fadhli Ghani (Arkib PAS Pusat). Begitu juga pimpinan PAS Negeri seperti Ust Faisol Sheikh Mohd (Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah) dan Jauhar Mohd Dawi (Exco Pemuda PAS Negeri).

Antara tajuk yang dibentangkan adalah "Pemuda PAS Ke Arah Memenangi PRU-13", "Pilihanraya dan Fiqh Waqie'" dan "Tarbiyah Siasah". Manakala forum pula membincangkan tajuk "PAS sebagai gerakan Tarbiyah, Dakwah dan Siasah".



Program yang bermula jam 9.00 pagi itu dihadiri sejumlah hampir 100 orang anak muda dari pelbagai latar belakang. Turut hadir pimpinan Pemuda PAS negeri dan kawasan-kawasan.

Akademi Tarbiyah Pemuda PAS Pusat dalam rangka program untuk turun ke setiap negeri dalam misi mengadakan Ijtima' Tarbawi di peringkat negeri bagi menggantikan Ijtima' Tarbawi peringkat Pusat yang ditangguhkan. Ijtima' Tarbawi Pemuda Pusat ditangguhkan bagi memberi laluan kepada persiapan Pilihanraya Umum ke-13.


Tuesday, November 20, 2012

Lubok Cina dinaiki Air


LUBOK CINA - Jalan yang menghubungkan di antara Negeri Sembilan dan Melaka di Lubok Cina terpaksa di tutup akibat kepada orang ramai setelah jalan itu digenangi iar selepas hujan lebat yang berlaku pada malam tadi.

Kejadian ini berpunca dari limpahan air Sungai Rembau yang mengakibatkan banjir di sekitar jalan dan kampung berhampiran. Dalam tinjauan kami air yang naik adalah berpunca dari limpahan air sungai yang mengalir deras.

Menurut anggota Rela yang bertugas, pada jam 9.00 malam tadi jalan ini masih boleh di lalui akan tetapi pada pukul 11.00 malam jalan terpaksa di tutup akibat paras air naik ke tahap yang berbahaya kepada kenderaan ringgan.

Selain itu, paras air Sungai Lubok Cina di rekodkan pada tahap 6 dan melepasi tahap bahaya. Semua kenderaan yang menghala ke Pedas di nasihatkan agar mengunakan jalan alternatif bagi memudahkan perjalanan anda .


Sumber FB PAS Kuala Linggi: Lagi gambar di sini

Sunday, October 28, 2012

JKKK: Isi borang UMNO sebelum dapat PPRT


27 Okt, Sg Putat - Bagi memelihara maruah perjuangan PAS, En Zubir Yahya sanggup untuk tidak mengisi borang keahlian UMNO yang merupakan syarat tambahan bagi mendapatkan rumah PPRT. Beliau yang berumur 50 tahun membuat permohonan PPRT semenjak tiga tahun lepas.

"Beliau memang layak menerima bantuan tersebut dan pegawai menyatakan bahawa En Zubir Yahya perlu mendapatkan surat sokongan dari Pengerusi JKKK," kata Hj Mohamad Ali Shariff, Pengerusi PAS Cawangan Sg Putat.

Tambahnya lagi, Pengerusi JKKK kampung berkenaan meminta En Zubir Yahya mengisi borang keahlian UMNO sebelum diberikan surat sokongan. Akhirnya, En Zubir mengendahkan arahan mengisi borang UMNO dan membuat aduan kepada Mohamad Ali.

Mohamad Ali ketika ditemui berkata, PAS Cawangan Sg Putat sangat bersimpati dan bertindak mengumpulkan dana bagi membina sebuah rumah. Akhirnya sebuah rumah berjaya dibina dalam tempoh 2 tahun hasil sumbangan orang ramai.

Majlis perasmian rumah baru tersebut disempurnakan oleh Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Khoo Poay Tiong, ADUN Ayer Keroh.

YB Khoo pada ucapan ringkasnya menyatakan bahawa prosedur untuk mendapatkan rumah PPRT telah diubah dan ini merupakan prosedur baharu yang diperkenalkan. "Sememangnya prosedur ini menyukarkan rakyat dan seterusnya menafikan hak golongan miskin."

Menurut Hj Adly Zahari, "kos bagi membina rumah tersebut adalah terlalu murah, RM15,000.00 dengan keluasan 22' x 32'. Namun ia adalah lebih selesa dan luas jika hendak dibandingkan dengan rumah PPRT dengan kos mungkin mencecah RM40,000.00 seunit."

Tambahnya lagi, "hal ini menunjukkan kalau kita bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat, kita memang boleh buat. Usahakan kekuatan kita untuk diberikan kepada rakyat, kita boleh lakukan."

En Zubir Yahya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Cawangan Sg Putat atas usaha ini dan sangat bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Gambar oleh: Jai

Wednesday, October 24, 2012

Lagi Wakil Rakyat Melaka dihalang masuk ke sidang DUN


Satu memorandum, tentang cadangan, permintaan dan pertanyaan rakyat yang dikemukakan kepada Ketua Menteri Melaka dan kerajaan telah diserahkan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Bukit Katil bagi dijawab oleh Ketua Menteri. Hal ini dibuat ekoran 5 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang telah digantung dari memasuki sidnag DUN. Mereka digantung daripada sidang DUN yang akan membahaskan bajet Negeri Melaka 2013.

Wakil pimpinan Pakatan Rakyat daripada PAS, DAP dan PKR tidak dibenarkan masuk ke Seri Negeri. Memorandum serta pertanyaan tersebut hanya diserahkan kepada wakil dan pegawai keselamatan dihadapan pintu pagar.

Terdapat sejumlah 55 pertanyaan, cadangan serta permintaan telah dikemukakan kepada Ketua Menteri untuk dijawab serta dipertimbangkan. Mengikut prosedur Dewan, Ahli Dewan Undangan Negeri diberi peluang untuk bertanyakan 10 soalan lisan dan 15 soalan bertulis. Namun, peluang ADUN Pembangkang untuk bertanyakan soalan dinafikan dengan mereka tidak dibenarkan memasuki sidang DUN yang akan membahaskan bajet Negeri Melaka 2013.


ADUN Pembangkang tidak berpeluang bertanyakan soalan dan tidak berpeluang membuat teguran kepada kerajaan negeri atas kesilapan dan salahlaku yang berlaku dalam urustadbir negeri Melaka Bersejarah ini.

"Isu wakil pembangkang tidak dapat masuk kerana mereka disyaki oleh Speaker Dewan atas isu YB Betty meminta YG Gan Tian Lu memohon maaf kerana membangkitkan satu isu peribadi yang tidak ada berkaitan dengan isu negeri atau negara. Isu peribadi ini adalah isu rumah tangga YB Betty. Adakah isu peribadi ini patut dijadikan isu negeri/negara dan perlu dibahas di dewan?" soal Damian Yoe, ahli jawatankuasa Politik DAP Melaka. "Mengapa perlu YB Tay dan YB Goh pun turut dihalang masuk ke dewan, sedangkan ketika itu mereka langsung tidak membantah, tidak bersuara dan duduk sahaja?" tambahnya lagi.

Antara persoalan yang ditanya adalah berapakah kos penyelenggaraan kapal selam Agosta di Pantai Klebang setiap tahun? Selain itu Ketua Menteri dan Exco diminta untuk mendedahkan harta, aset kewangan dan apa-apa barang kemewahan setiap tahun, bukan sahaja kepada YAB Perdana Menteri tetapi juga kepada rakyat.

Sumber berita: http://yusofwahab.blogspot.com/2012/10/pr-bukit-katil-serah-memorundum-untuk.html

Wednesday, October 10, 2012

Cukuplah 56 tahun dalam UMNO, nantikan ucapan sulungnya di Melaka - 18 Oktober 2012

Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir akan membuat ucapan sulungnya di Melaka. Sebarkan..

Beliau adalah pemimpin veteran Umno yang juga bekas Menteri Kabinet

Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun.
Menjadi ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun.
Beliau turut pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah. 
Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun. Selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.
Beliau juga pernah menerajui kementerian Penerangan dan Pelancongan.
Beliau menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas pada 19 Mac 2012.


Rakyat Melaka berkesempatan mendengar ucapan sulung dari Tan Sri pada 18 Oktober 2012, Khamis di Kg Gangsa, Durian Tunggal.







Tuesday, October 2, 2012

Tamrin Tun Ghafar di Melaka 3 hari berturut-turut


Rakyat Melaka dijemput hadir beramai-ramai ke siri ceramah penerangan tiga hari berturut-turut di sekitar Melaka. Bermula pada 5 Oktober (Jumaat) di Kg Alai, 6 Oktober (Sabtu) di Pekan Durian Tunggal dan 7 Oktober (Ahad) di Pengkalan Balak.

Tamrin Tun Ghafar merupakan anak kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba, mantan Timb. Perdana Menteri Malaysia. Ceramah ini turut dihadiri oleh Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayub pada 6 Oktober dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

Siri ceramah 3 hari berturut-turut yang julung-julung kali diadakan ini akan mendedahkan sikap dan tindak-tanduk UMNO yang semakin dahsyat dan rakus merobek kekayaan negara.

Bagi mendapatkan info terkini, rakyat Melaka dijemput hadir ke siri ceramah ini.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).