Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Thursday, February 13, 2014

BUMIPUTERA HANYA KUASAI 10.5 % RUMAH KEDAI DI MELAKA

Melaka : Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka berkaya kaum bumiputera hanya menguasai 10.5 peratus rumah kedai di Melaka. berbanding dengan kaum lain. 

"Itu tidak cukup menyedarkan pemimpin UMNO" komennya ringkas dipetik dari Facebook peribadinya.

Mengulas tentang isu ini, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil Haji Yassim Musa berkata peratusan rendah penguasaan rumah kedai di Melaka ini membuktikan kegagalan kerajaan BN samada pusat atau negeri dalam mengembangkan pegangan ekonomi orang Melayu.

"Selepas lebih 50 tahun merdeka kerajaan BN masih terus terkial-kial dalam membangunkan ekonomi orang Melayu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kemudian dasar-dasar lain semuanya gagal mengangkat martabat orang Melayu dari segi ekonomi"

'Sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam berfikir panjang tentang keupayaan BN memerintah negara, mereka bukan sahaja gagal memperbaiki ekonomi orang Melayu, malah hutang negara juga semakin teruk dan berada dalam tahap kronik" tambah beliau.

Menurutnya rakyat Malaysia khususnya orang Melayu mesti membuat perubahan menukar kerajaan yang ada sekarang pada PRU14 nanti sebelum negara hancur dan bangkrap seperti Greece.

PARAS AIR EMPANGAN DURIAN TUNGGAL SEMAKIN MENYUSUT

MELAKA: Paras air di Empangan Durian Tunggal dekat sini yang merupakan nadi bekalan air di negeri ini mengalami penurunan antara 0.9 peratus hingga satu peratus setiap hari sejak musim panas bermula bulan lepas. 
    
Sumber daripada Syarikat Bekalan Air Melaka (SAMB) berkata paras air di empangan itu berada pada tahap 73 peratus hari ini berbanding 73.1 peratus semalam, namun masih jauh dari paras kritikal 50 peratus.
    
Namun beliau mengingatkan: "Jika tiada hujan yang berterusan hingga hujung bulan ini paras air di empangan ini akan menurun kepada 60 peratus. 
    
"Sekiranya cuaca panas dan hujan tidak turun sehingga pertengahan bulan depan, dikhuatiri air akan mencecah paras kritikal 50 peratus". 
    
Antara sebab penurunan itu ialah cuaca panas sejak kebelakangan ini dan kawasan di empangan itu hanya menerima hujan sebanyak dua kali sejak bulan lepas, katanya ketika dihubungi.   
    
Sumber itu turut menyatakan SAMB kini sedang menggunakan empat buah pam untuk mengepam kira-kira 48 juta gelen air sehari antaranya dari Sungai Gersik, Muar, Johor ke Empangan Durian Tunggal dalam usaha menstabilkan paras air di empangan itu. - Bernama; hdaily

DIRIKAN SOLAT ISTISQA' MOHON HUJAN DAN TAMATKAN KEMARAU - YDP BUKIT KATIL

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab mencadangkan seluruh umat Islam di Malaysia khususnya di Melaka supaya mendirikan Solat Sunat Istisqa' memohon Allah menurunkan hujan dan menamatkan kemarau di bumi kita ini. 

"Cuaca yang panas dan tumbuhan yang semakin kering jelas membuktikan kekuasaan Allah. Sedangkan beberapa minggu lalu kita dikejutkan dengan keadaan cuaca yang agak sejuk di seluruh negara."

"Ada tempat di mana bekalan air di loji semakin berkurangan dan keadaan ini akan semakin kritikal beberapa minggu lagi jika hujan tidak turun." ujar beliau.

Sofi berkata kemarau dan ketiadaan hujan jika berpanjangan sudah tentu menyebabkan masalah kekurangan air dan ianya telah mula dirasai di mana para air di Empangan Durian Tunggal semakin berkurangan.

"Jika keadaan ini berterusan sudah tentu catuan air dan masalah air akan bertambah kronik. Oleh itu mari sama-sama kita berhemah semasa menggunakan air" tambah beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka.

........................................

Tindakan yang perlu dilakukan ialah :

1. Puasa selama tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.

2. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Binatang ternakan juga perlu dibawa bersama.

3. Solat Sunat Istisqa' sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara nyaring. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.

4. Khatib membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.

NIATNYA

أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA SOLAT ISTISTIQA’

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ. لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ اللَّهُمَّ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْغَنِيُّ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ لَنَا قُوَّةً وَبَلَاغًا إِلَى حِينٍ

“Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama. Riwayat Abu Daud.

اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا

Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami” Riwayat Muslim

اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا مَرِيعًا نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ

“Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat” Riwayat Abu Daud.

اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهِيمَتَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ

“Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati” Riwayat Malik dan Abu Daud.

DOAKAN KEJAYAAN HUKUM ISLAM DI BRUNEI - PJ MELAKA

Melaka : Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata hudud di Brunei tidak perlu dijadikan bahan politik oleh semua pihak.  

"Doakan ianya berjaya dan dapat menjadi contoh. Pakistan negara pelaksana hudud, ia digelar "the fail state". Arab Saudi juga begitu, kecurian sehingga didepan kaabah, ke "haram" pun ditipu ke "jeddah" pun ditipu, maka timbulkan istilah haram jadah. Kita harus jadi yang terbaik. Hukum Allah tetap akan mengisi tempatnya. Berdoa dan berusahalah kita." ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang bekas Hakim yang mengulas tentang perlaksanaan undang-undang syariah di Brunei.

Namun kita mengucapkan tahniah di atas keputusan Negara Brunei yang mempelopori pelaksanaan undang-undang syariah di zaman moden di rantau sebelah sini.

Tuesday, August 27, 2013

SOLIDARITI RAKYAT BERSAMA ADUN BUKIT BARU

Pesuruhjaya PAS Melaka meminta semua ahli dan penyokong PAS membuktikan solidariti mereka dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Baru pada 5 September ini dengan hadir beramai-ramai mendengar keputusan mahkamah pilihanraya bersabit dengan bantahan PAS terhadap petisyen BN bagi Dun Bukit Baru.

"Gerakkan solidariti ahli dan penyokong untuk bersama YB Dr Khalid di mahkamah pada 5hb September ini" tulis Adly dalam facebook peribadinya.

BN telah mengemukakan petisyen terhadap kemenangan calon PAS Dr Md Khalid Kassim bagi Dun Bukit Baru. Namun petisyen itu dibantah oleh PAS dan mahkamah telah bersidang pada 22 Ogos lalu namun mahkamah menangguhkan keputusan bantahan itu kepada 5 September. PAS diwakili oleh peguam yang diketuai oleh Zulkhairi Mohamad manakala pasukan peguam BN diketuai oleh Dato Hafarizam Haron.

Sementara itu Pengerusi Sekretariat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru, Yusof Wahab dalam kenyataannya hari ini meminta seluruh ahli dan penyokong PAS Melaka mengadakan solat hajat dan berdoa agar bantahan PAS ini diterima oleh mahkamah pilihanraya.

'Kita harap seluruh ahli dan penyokong mengadakan solat hajat dan mendoakan kejayaan Adun kita bagi memastikan khidmat kita dapat diteruskan"

"Jika bantahan ini diterima sudah tentu ianya melegakan kita kerana kita perlu lagi hadir ke mahkamah untuk perbicaraan petisyen ini yang dijadualkan pada pertengahan September ini" tambah Yusof.

PAS MELAKA KUTUK RAMPASAN KUASA DAN PEMBUNUHAN RAKYAT MESIR


Bukit Katil  : Buat kesekian kalinya PAS Negeri Melaka mengutuk sekeras-kerasnya rampasan kuasa dan pembunuhan ribuan rakyat oleh rejim As-Sisi.


'Kami berasa amat sedih dan marah dengan tindakan rampasan kuasa dan pembunuhan rakyat yang tidak berdosa di Mesir".

'Lihat sekarang ribuan rakyat yang mati, keadaan tidak selamat, rakyat dibunuh lebih kejam dari binatang' ujar Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari.

Beliau menyatakan PAS Melaka tahun ini tidak mengadakan jamuan Aidil Fitri kerana menghormati kesengsaraan yang dialami rakyat Mesir.

'Kita tak buat jamuan tahun ini, bajet jamuan itu kita akan serahkan kepada sahabat-sahabat kita di Mesir sebagai bukti solidariti kita bersama mereka" ujar Adly.

Beliau berkata demikian pada ceramah membantah kekejaman kudeta Mesir di Dataran Kebangkitan Rakyat di sini malam tadi.

Sejumlah lebih RM9,000 berjaya dikutip pada program tersebut. Ada yang mendermakan barangan kemas sebagai bukti mereka menyokong rakyat Mesir.

Saturday, August 17, 2013

BATAL JAMUAN, SALURKAN PERBELANJAANNYA KEPADA RAKYAT MESIR - PJ MELAKA

Melaka : Badan Perhubungan PAS Melaka membatalkan jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi menghormati nasib yang dihadapi umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi oleh rejim tentera.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata PAS Melaka menghormati penderitaan umat Islam Mesir yang terus dizalimi oleh rejim kerajaan zalim.

'Pas Melaka mengambil sikap mengantikan jamuan Aidilfitri kepada dana rakyat mesir yang dizalimi. Bagi PAS kawasan dan cawangan yang sudah bersedia mengadakan sambutan aidilfitri, disarankan mengadakan secara sederhana disamping mewujudkan dana bantuan untuk rakyat mesir." ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Adly membuat kenyataan tersebut di dalam facebook beliau.

Keputusan yang dibuat oleh beliau telah mendapat sokongan penuh dari semua kepimpinan PAS Negeri dan Kawasan-Kawasan.

Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Melaka yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar berkata keputusan ini sangat dipersetujui demi membuktikan solidariti kita bersama saudara-saudara kita di Mesir.

'Sangat setuju, rasa bersalah kita makan-makan, ikhwan kena makan' ujar beliau ringkas 

Antara pimpinan PAS Kawasan yang menyatakan persetujuan dengan keputusan ini ialah Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamad dan Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab.

Sementara itu Bendahari PAS Melaka, Husni Ali berkata semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank PAS Melaka yang boleh diperolehi di dalam blog Pas Melaka iaitu http://pasmelaka.blogspot.com.

Majlis sambutan Aidilfitri PAS Negeri Melaka sepatutnya diadakan pada 24 Ogos ini di Bukit Katil, segala persiapan awal telah diadakan sejak minggu lepas.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).