Melaka : Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka berkaya kaum bumiputera hanya menguasai 10.5 peratus rumah kedai di Melaka. berbanding dengan kaum lain. "Itu tidak cukup menyedarkan pemimpin UMNO" komennya ringkas dipetik dari Facebook peribadinya.
Mengulas tentang isu ini, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil Haji Yassim Musa berkata peratusan rendah penguasaan rumah kedai di Melaka ini membuktikan kegagalan kerajaan BN samada pusat atau negeri dalam mengembangkan pegangan ekonomi orang Melayu.
"Selepas lebih 50 tahun merdeka kerajaan BN masih terus terkial-kial dalam membangunkan ekonomi orang Melayu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kemudian dasar-dasar lain semuanya gagal mengangkat martabat orang Melayu dari segi ekonomi"
'Sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam berfikir panjang tentang keupayaan BN memerintah negara, mereka bukan sahaja gagal memperbaiki ekonomi orang Melayu, malah hutang negara juga semakin teruk dan berada dalam tahap kronik" tambah beliau.
Menurutnya rakyat Malaysia khususnya orang Melayu mesti membuat perubahan menukar kerajaan yang ada sekarang pada PRU14 nanti sebelum negara hancur dan bangkrap seperti Greece.


















