Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Sunday, June 26, 2011

Sukan PASTI : Kontinjen Melaka Naib Johan Bolajaring

Kontinjen PASTI Melaka berjaya meraih gelaran Naib Johan pada Pesta Sukan PASTI Pusat yang berlangsung di Rusila, Marang Terengganu hari ini.Pasukan Bolajaring Melaka tewas ditangan pasukan tuan rumah 2-8 pada perlawanan akhir kategori tersebut.Manakala pasukan bolasepak berjaya memasuki pusingan suku akhir sebelum tewas kepada pasukan Selangor 0-1.Tahniah diucapkan kepada kontinjen PASTI Melaka yang diketuai oleh Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Asri Shaikh Abdul Az...

10,000 peserta BERSIH dari Melaka - Adly Zahari

PAS Melaka memberi komitmen menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 dan lebih 10,000 ahlinya akan menyertainya di ibunegara pada 9 Julai depan. Pesuruhjayanya, Adly Zahari berkata, ia sebagai menyokong tuntutan lapan perkara yang diminta oleh BERSIH. Menurutnya, perhimpunan secara aman ini merupakan satu hak rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan, dan dengan demikian, tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak."Perhimpunan ini telah dirancang dari awal....

Thursday, June 23, 2011

Ustaz Fadzil : Pemergianmu sukar dicari ganti

Hari itu tanggal 23 Jun 2002 saya dalam perjalanan pulang dari Temerloh ke Batu Berendam,Melaka. Jam menunjukkan lebih kurang 12.30 tengahari. Tiba-tiba saya teringat akan keadaan Ustaz Fadzil yang sakit kuat HUKM. Beberapa hari sebelum itu saya menelefon sahabat di Kuala Lumpur bertanyakan tentang keadaan Ustaz Fadzil. Beliau menjawab Ustaz dalam keadaan stabil.Beberapa ketika selepas satu saya menerima SMS yang menyatakan Almarhum telah kembali...

Sunday, June 19, 2011

Ustaz Kamal koordinator BERSIH 2.0

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dilantik sebagai Koordinator BERSIH 2.0 bagi negeri Melaka.Beliau akan mengkoordinasi dan memobilasikan penyokong-penyokong BERSIH dari Melaka bersama-sama dengan Ketua Pemuda, Yuhaizad Abdullah.Keputusan tersebut dibuat pada Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Negeri semalam. Adalah dijangkakan BERSIH 2.0 akan mendapat sambutan yang sangat hebat dari rakyat negeri Mela...

Saturday, June 18, 2011

Muka baru barisi 'Kabinet' PAS Melaka

PAS Negeri Melaka selesai melantik semua jawatan dalam 'kabinet' nya pada mesyuarat pertama petang ini. Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari berkata perlantikan semua jawatan tersebut dipersetujui oleh semua ahli-ahli mesyuarat PAS Negeri.Bekas Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Kamaruddin Sidek dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Ustaz Kamaruddin merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.Bekas Ketua Penerangan Negeri sessi lalu yang juga Yang...

Thursday, June 16, 2011

Pelancaran BERSIH 2.0 peringkat Negeri Melaka malam ini

Pelancaran BERSIH 2.0 Peringkat Negeri Melaka, di Kompleks PAS Kawasan Jasin (Dataran Hamas), Simpang Kemendor pada 16 Jun 2011, Hari Khamis. Masa 9 mlm. Antara pimpinan yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Tn Haji Mohd Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin dan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong S...

Azam PJ baru - PAS Melaka dekati rakyat

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata PAS Melaka akan berusaha menyelesaikan isu masyarakat yang berbangkit terutama isu-isu berkaitan masyarakat yang diabaikan oleh pentadbir negeri ini."Bagi menyelesaikan masalah ini, pemimpin di peringkat negeri bukan mendekati bukan Melayu bahkan memperkukuhkan hubungan dengan DHPP dan inilah yang menjadi fokus kita" ujar beliau.Beliau menganggap latikan beliau sebagai Pesuruhjaya yang baru merupakan harapan PAS Pusat yang begitu tinggi.Adly berazam akan berusaha memikul tanggungjawab itu dengan...

Wednesday, June 15, 2011

Pemuda Melaka kutuk Utusan biadap hina hukum Allah

Bandaraya Melaka : Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mengutuk Utusan Malaysia kerana dengan terang-terang menghina dan mempersenda hukum Islam.Ruangan kartun yang disiarkan oleh akhbar itu hari ini jelas cuba mempermain-main kan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Aizat Baharuddin berkata tindakan akhbar tersebut jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah."Dalam...

'Kabinet' PAS Melaka akan dibentuk Sabtu ini

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka akan mengadakan mesyuarat pertamanya Sabtu ini. Mesyuarat tersebut dijangka akan membincangkan perlantikan jawatan-jawatan dalam yang perlu diisi iaitu Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya, Setiausaha, Pengarah Pilihanraya, Ketua Penerangan, Bendahari dan AJK Tambahan.Mesyuarat ini akan dihadiri oleh semua Yang Dipertua PAS dan Setiausaha PAS Kawasan-kawasan yang secara automatik menjadi Ahli Badan Perhubungan selain dari Ketua-ketua dan Setiausaha Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat negeri.Untuk rekod 3 orang Yang Dipertua...

Tuesday, June 14, 2011

PJ baru terus dapat sokongan

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari yang baru dilantik terus mendapat sokongan dari PAS Kawasan dan Dewan-dewan.Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Harun Mohamed berkata perlantikan Adly akan lebih meyakinkan rakyat untuk membuat perubahan. "Perlantikan ini memberi suntikan baru kepada PAS Melaka dalam merangka kemenangan merampas kerusi Umno dan menawan Seri Negeri" kata Harun yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri sessi...

PAS Melaka ucap tahniah pada AKP

PAS Melaka mengucap tahniah kepada AKP atas kemenangan parti itu pada Pilihanraya Turki semalam.Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataannya hari ini turut melahirkan rasa gembira di atas kemenangan AKP pimpinan Recep Tayyib Erdogan buat kali ketiga berturut-turut."Kemenangan AKP membuktikan bahawa parti yang adil, telus dan berkebajikan akan tetap mendapat sokongan rakyat dan parti yang korup, mengamalkan kronisme dan sebagainya tidak akan mendapat tempat di hati rakyat"."Kita di Malaysia juga berasa gembira dengan perkembangan ini...

Monday, June 13, 2011

PAS tolak negara Islam?

A. Adakah perlembagaan PAS menolak Islam dan cita-cita menubuhkan negara Islam?PAS tidak boleh lari daripada asas dan matlamat parti seperti yang terkandung di dalam perlembagaan parti. Oleh itu kita perlu meninjau dan memahami sedikit kandungan perlembagaan PAS.“Dasar”, “tujuan-tujuan” dan “usaha-usaha” PAS adalah tersenarai seperti di dalam Fasal-fasal 3 hingga 6 perlembagaannya. Fasal-fasal inilah yang merangkumi asas dan matlamat PAS. Jika diteliti,...

Tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Negeri yang baru, Haji Adly Zahari

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka mendapat Pesuruhjaya yang baru apabila Yang Dipertua PAS Alor Gajah, Haji Adly Zahari dipilih menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang kurang sihat.Pemilihan beliau diumumkan oleh Presiden PAS pada mesyuarat PAS Pusat semalam. Rata-rata ahli PAS Melaka menyambut baik perlantikan Hj Adly Zahari yang disifatkan berpengalaman dan mempunyai karisma untuk memimpin PAS Melaka bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nan...

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).