Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Thursday, June 23, 2011

Ustaz Fadzil : Pemergianmu sukar dicari ganti

Hari itu tanggal 23 Jun 2002 saya dalam perjalanan pulang dari Temerloh ke Batu Berendam,Melaka. Jam menunjukkan lebih kurang 12.30 tengahari. Tiba-tiba saya teringat akan keadaan Ustaz Fadzil yang sakit kuat HUKM. Beberapa hari sebelum itu saya menelefon sahabat di Kuala Lumpur bertanyakan tentang keadaan Ustaz Fadzil. Beliau menjawab Ustaz dalam keadaan stabil.


Beberapa ketika selepas satu saya menerima SMS yang menyatakan Almarhum telah kembali ke Rahmatullah pada jam 10.30 pagi. Saya menerima berita sedih tersebut agak lambat. Terasa sunyi dan sepi dunia ini kerana pemergian beliau amat menyedihkan bukan sahaja saya tetapi pasti seluruh ahli PAS juga berkongsi perasaan yang sama.


Saya menerima sms dari sahabat mengajak saya ke Kedah untuk menziarahi jenazah Almarhum. Apakan daya saya tidak dapat menunaikannya kerana masalah tertentu.


Pemergian beliau memang tidak dapat dicari ganti. Ilmu mantik, pandangan politiknya yang jauh dan istiqamah beliau dalam perjuangan tidak ada tolok bandingnya. Tidak hairan bagaimana pemergian beliau ditangisi oleh seluruh ahli PAS. Jalan ke Muasassah Darul Ulum 'jammed' berpuluh-puluh kilometer. Rakyat yang ingin ke tanah perkuburan Al Marhum terpaksa berjalan kaki berpuluh kilometer jauhnya.


Jasa beliau yang berjaya memimpin PAS mencapai kejayaan gilang gemilang pada pilihanraya umum 1999 menjadi pemangkin kepada pemimpin PAS terkemudian sehingga kejayaan yang lebih hebat dikecapi pada pilihanraya 2008. Begitu juga kejayaan beliau menyatukan PAS, DAP dan PKN(sekarang PKR) memang disegani oleh kawan dan lawan. Konsep tahalluf siyasi yang diasaskan beliau seterusnya membuktikan kejayaan sekarang melalui pesefahaman dalam Pakatan Rakyat.


Satu kejadian aneh juga berlaku selepas pemergian beliau beberapa tahun di mana seorang pilot menceritakan bahawa pesawat dipandunya yang membawa jenazahnya dilindungi oleh awan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Kepala Batas, Kedah. Itu semua kuasa Allah. Kisah ini diceriakan oleh pilot kepada sebuah majalah beberapa tahuh lalu.


Sehingga kini selepas 9 tahun Al Marhum meninggalkan kita terasa seolah-olah seperti baru semalam ianya berlaku. Semangat perjuangan beliau masih terasa bahang kepanasan. Bacaan politiknya sungguh tajam. Beliau menjadi pemimpin politik pertama yang menziarahi Anwar sebaik bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat oleh Mahathir. Beliau tanpa berfikir panjang menubuhkan GERAK yang berjaya menghimpunkan seluruh parti politik alternatif dan NGO tanpa mengira ideologi perjuangan bangsa dan agama. GERAK menjadi asas kepada penubuhan Barisan Alternatif (BA) yang menggabungkan PAS, DAP dan PKN teras kepada BA.


Malah cetusan politiknya juga menjadi dorongan dan perangsang kepada anak-anak muda menggerakkan reformasi selepas Anwar ditangkap dan dipenjarakan.


Sesungguhnya pemergian Al Marhum amat memberikan kesan kepada kita semua. Semangat dan istiqamah yang berjuang hingga ke sedutan nafas terakhir memberi perangsang dan semangat kepada kita semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, ketelusan dan bencikan kezaliman.


Al Fatihah.


Catatan : Sofi Wahab Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka

1 comments:

seperkara lagi, TGNA terpaksa membonceng motorsikal ke SMIDU akibat jem yang teruk....saya merasai suasana dsana...sungguh luar biasa...jenazah Allahyarham cuma dtolak sehingga ke rumah tanpa perlu diusung..subhanallah - NKP DPPNM

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).