MELAKA, 27 Dis: Dewan Pemuda PAS Melaka menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan dengan membiaya peralatan persekolahan kepada 120 orang pelajar yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan di sekitar Jasin.
Hal ini dibuat rentetan daripada kos sara hidup yang semakin tinggi, disamping keperluan mendesak keluarga untuk menyara beberapa anak-anak mereka yang lain bagi memasuki musim persekolahan nanti. Mereka terdiri daripada buruh kasar, petani, nelayan dan warga emas.
Program yang dianjurkan bersama UPU Merlimau Pasir ini dibuat secara berperingkat. Bermula dengan sumbangan kepada 40 orang pelajar yang dibawa ke pasaraya di bandar Muar dan diikuti kumpulan kedua yang dibawa ke pasaraya di sekitar bandar Jasin.
Ketua Pemuda PAS Melaka, Tn Hj Yuhaizad b Abdullah yang juga merupakan calon PRK Merlimau yang lepas mengetuai program kebajikan ini.
Turut hadir bersama adalah kepimpinan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Pemuda PAS Kawasan Jasin.
Konsep program dikatakan cukup merakyat kerana pelajar ini dibawa terus ke pasaraya untuk membeli pakaian dan kasut. Manakala beg sekolah dan alat tulis diberikan terus dari rumah ke rumah.
Program seumpama ini diharap dapat merapatkan ukhuwah antara masyarakat dengan Parti Islam SeMalaysia selain menjadi contoh tauladan kepada masyarakat untuk terus menyumbang kepada golongan yang memerlukan.
0 comments:
Post a Comment