Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, October 12, 2009

KEMENANGAN ISA : IMEJ NEGARA DAN RAKYAT TERCALAR

Pengundi Bagan Pinang membuat kesilapan besar apabila memilih Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai ADUN mereka pada pilihanraya semalam. Di saat kononnya kerajaan dan badan bukan kerajaan memerangi rasuah dan penyelewengan, rakyat masih terus dibuai mimpi memilih calon yang terbukti terpalit dengan rasuah. Madrasah Ramadhan selama sebulan tidak menampakkan hasil apabila rakyat tetap memilih calon yang krorup.

Rakyat sanggup menggadai maruah mereka semata-mata untuk memenangkan seorang bekas perasuah iaitu Tan Sri Isa Samad. Kesilapan rakyat memilih Isa memberikan impak yang besar kepada imej negara kita kerana negara luar melihat bahawa rakyat Malaysia tidak sensitif kepada rasuah dan persepsi negara luar ini amat menjejaskan kredibiliti rakyat dan negara kita sendiri.

Rasuah tidak dilihat sebagai perkara jijk, bobrok dan kotor sebab itulah rakyat boleh menerima kaki rasuah seperti Isa menjadi wakil rakyat mereka.

Saya kesal kerana rakyat Bagan Pinang masih tidak memahami betapa pentingnya seorang wakil rakyat yang bersih dan berintegriti untuk menjadi pemimpin mereka.Saya juga bimbang kemenangan Tan Sri Isa ini akan menyebabkan rasuah dilihat bukan satu jenayah kerana orang yang terlibat dengan rasuah dipilih oleh BN dan rakyat untuk menjadi wakil rakyat.

Oleh itu PAS dan PR mesti bekerja kuat untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya rakyat menolak rasuah di semua peringkat.

Sesungguhnya kemenangan BN di Bagan Pinang tidak bermakna rakyat sudah kembali menyokong BN secara total kerana dari 5,400 majoriti yang diperolehi BN 3,000 adalah datang dari undi pos yang sememangnya disangsikan ketelusannya. BN sebenarnya hanya menang kira-kira 2,400 sahaja dari undi pengundi biasa.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

1 comments:

Sebenarnya, pengundi membuat pilihan yang betul, pengundi dah muak dengan lakunan antara Pas dan DAP, Pas hanya menjadi pak turut DAP, Dap syorkan ladang ternak babi terbesar, Pas sokong, Kuil di penempatan majoriti melayu pun, pas sokong. Jangan lah kerana mengejar dua tiga kerusi, Pas menjadi agresif tak tentu pasal... Bertenang.. dan berfikir sejenak, apa sebenarnya yang kita cari, permusuhan sesama bangsa, cela mencela, dalam masa yang sama, bersahabat karib dengan musuh Allah. Sebelum meluahkan sumpah seranah... Ishtifar sejenak.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).