Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan kebajikan. Hj Adly Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka) mengenakan saiz baju kepada salah seorang penerima sumbangan Ramadhan.
Yang tua dihormati. Yang muda disayangi. Apatah lagi yang miskin, perlu dibela dan diberikan haknya. Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka sanggup meluangkan masa bagi menghulurkan bantuan di dalam program "Sumbangan Ramadhan kepada Golongan Miskin". Golongan ini sering dipinggirkan dan tidak diberikan hak yang sepatutnya.
Program yang dibuat saban tahun ini dibuat di Durian Tunggal. Melalui program ini, Majlis Tindakan DUN Durian Tunggal mengumpul lebih 30 orang anak yatim dan fakir miskin dari seluruh DUN untuk diberikan sumbangan berbentuk pakaian dan kasut. Mereka juga menerima sumbangan berbentuk wang.
Disamping itu, Hj Adly Zahari juga turut meluangkan masa bersama golongan fakir miskin ini ke majlis berbuka puasa anjuran PAS Kawasan Alor Gajah. Majlis berlangsung di Kg Bkt Balai. Seramai lebih 100 orang dijamu dengan nasi beriani. Turut dijemput hadir adalah pelajar-pelajar dari ma'had tahfiz.
Golongan ini perlu diberikan haknya. Hj Adly Zahari memberikan layanan kepada sebahagian daripada mereka yang hadir.
Program yang turut dihadiri oleh kepimpinan PAS peringkat negeri dan Kawasan itu bermula jam 4.00 petang dan berakhir sejurus selepas solat maghrib.
Menurut Hj Adly Zahari, "qiamlah Ramadhan dengan solat, dengan bacaan al-Quran dan infakkanlah harta kepada mereka yang lebih memerlukan. Menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menegur penggunaan wang zakat yang diuruskan oleh kerajaan negeri. Zakat itu bukan untuk dibuat bangunan, sedangkan masih ramai rakyat miskin yang asnaf tidak diberikan hak yang sepatutnya."
Dalam pada masa yang sama, beberapa program sumbangan turut dijalankan di beberapa Kawasan dalam negeri Melaka.
Di Telok Mas, Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kota Melaka, Sdr Harun Mohamed mengetuai rombongan ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas. Turut hadir adalah Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kota Melaka. Program yang bermula jam 10.30 pagi tadi turut dihadiri oleh Hj Abd Ghani Ahmad, Ketua Cawangan PAS Telok Mas.
Sdr Harun Mohamed, YDP Kawasan Kota Melaka menyampaikan bantuan kepada salah seorang warga emas di Telok Mas.
Di Merlimau, Penyelia DUN Merlimau, Haji Yuhaizad Abdullah meluangkan masa memberikan sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin dari seluruh DUN Merlimau. Lebih 100 orang kanak-kanak menerima sumbangan yang dibuat secara berperingkat-peringkat. Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berasa bersyukur atas kelancaran program yang diadakan saban tahun ini.
Hj Yuhaizad Abdullah (kemeja hijau) bergambar bersama sebahagian dari penerimapenerima sumbangan.
Di Lendu, Penyelia DUN Lendu, Sdr Asri Shaik Abdul Aziz turut melaksanakan program yang sama.
Sdr Asri Shaik Abdul Aziz (tengah), Penyelia DUN Lendu menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
0 comments:
Post a Comment