Berat mata memandang, berat lagi mahu memikul. Tidak sampai setahun suaminya pergi mengadap Ilahi beliau pula, Allahyarham Cikgu Habibah Sidek dijemput Allah jam 2.00 petang semalam.
Malam sebelum itu saya dan isteri serta anak murid kesayangannya Ahmad Danial sempat menziarahi Allahyarhamah di Wad Paliatif Hospital Melaka.
Menurut isteri saya keadaan beliau pada masa tersebut pun sudah tidak seperti biasa. Mungkin pengaruh ubat menyebabkan beliau tidak berapa sedar.
Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Baru, malam tadi, tidak jauh dari pusara Allahyarham suaminya.
Sungguh berat ujian yang beliau tanggung. Sebelum ini Allahyarham suaminya mengidap kanser selepas itu beliau pula diuji dengan penyakit yang sama.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Baru.
Kini anak-anaknya hilang tempat bergantung, ibu tiada, ayah tiada, yatim piatu. Sungguh berat ujian terhadap mereka. Kita harap sahabat-sahabat kita dapat menjenguk dan membantu mereka yang kebanyakkan masih bersekolah.
Terlalu besar pengorbanan yang dilakukan oleh Allahyarhamah. Menghambakan diri menjadi Guru PASTI yang imbuhannya tidak seberapa. Tidak ramai yang sanggup berkorban masa dan tenaga mendidik anak-anak di PASTI yang imbuhannya tidak setimpal dengan amanah besar yang dipikul.
Beliau terkenal sebagai seorang yang penyayang dan berdedikasi mengajar anak-anak PASTI Ar Rahmah, Solok Gaong selama puluhan tahun.
Insya Allah segala pengorbanan Allahyarhamah akan dikira sebagai amal kebajikan yang menjadi bekalan beliau di sana. Kesemua anak saya menjadi anak didik beliau kecuali si kecil Ariq Amsyar yang masih setahun jagung ....
Kita mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan bersama para anbia, solihin dan syuhada. Al Fatihah.
Catatan : Abu Fauzan Amsyar Danial
0 comments:
Post a Comment