Berjayakah projek Barisan Nasional ini disiapkan dalam masa kurang daripada 14 hari daripada sekarang setelah beberapa tarikh asal siap projek ini telah dipinda. Bermula dari March 2012 dan terkini 31 Disember 2012? Agak-agak dapat disiapkan untuk digunakan pada awal tahun 2013?
Barisan Nasional berbangga dengan adanya papan tanda yang tertulis "Sebuah Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional" dan sumber peruntukan dari Kerajaan Melaka, adakah...
Dis 6 - Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka terpaksa
dipindahkan ke lokasi baru iaitu di belakang Pejabat DAP Negeri Melaka
kerana tuan tanah lokasi asal iaitu di Bukit Palah membatalkan
persetujuan untuk menyewa kepada Pakatan Rakyat untuk program tersebut.
Setiausaha Program Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka, Asri Sheikh Abdul
Aziz dalam kenyataannya sebentar tadi kesal dengan tindakan Umno/BN
yang mengugut tuan tanah...
MELAKA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek (gambar) kesal
dengan sikap pihak pentadbiran Rumah Melaka di Kaherah yang menghalang
25 pelajar anak negeri Melaka dari menginap pusat penginapan tersebut."Apa
alasan mereka sehingga menafikan hak anak negeri Melaka ini menduduki
Rumah Melaka yang dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)."Terbukti
mereka menzalimi pelajar-pelajar tersebut yang terpaksa menumpang...
Dis 5 - Wanita Pakatan Rakyat Melaka hari ini telah mendapat suntikan tambahan bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13, apabila telah melancarkan Agenda Wanita Malaysia peringkat Negeri Melaka. Pelancaran yang dibuat di Markas PAS Paya Dalam itu telah disempurnakan oleh ketiga-tiga pimpinan wanita parti peringkat pusat iaitu YB Dr Siti Maria (Timb. Ketua Muslimat PAS Pusat) YB Zuraida (Ketua Wanita PKR Pusat) dan YB Chong Eng (Ketua Wanita DAP Pusat).
Turut...
Tindakan Ali Rustam mengarahkan JKKK membuat karnival disebelah
tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada 8hb Disember 2012, di
Bukit Palah, Melaka adalah satu tindakan bacul.
Provokasi pemimpin sebegini mengundang keresahan dikalangan rakyat, UMNO akar umbi pun resah.
Sudahlah permintaan pakatan untuk mendapatkan tempat awam seperti
Dataran Sejarah dan Stadium Tun Fatimah tidak dilayan, kawasan yang
dipersetujui pakatan iaitu...
Kenyataan Media berkenaan:
PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA (PERTAM) PERTAM Construction Sdn. Bhd. (PCSB) PENGENALAN
PERTAM merupakan satu-satunya agensi yang menguruskan Kemajuan Tanah
Adat di dalam negeri Melaka. Fungsi yang baik ini menjadi harapan
kepada rakyat negeri Melaka supaya pengurusan tanah lebih efisien dan
mendatangkan manfaat. Sejarah dan fungsi PERTAM: a. Ditubuhkan pada 14 Mei 1991
b. PERTAM menjalankan beberapa projek pembangunan yang melibatkan Tanah
Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah termasuk tanah estet...
Dis 2 - Ijtima' Tarbawi Jihad Pilihanraya telah berjaya dilaksanakan semalam. Program yang dianjurkan oleh Akademi Tabiyah Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Pemuda PAS Malaysia itu dirasmikan oleh al-fadhil Ust Faisol bin Sheikh Mohd, Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Negeri Melaka.
Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh pimpinan-pimpinan pemuda PAS seperti Ust Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Timb. Ketua Pemuda PAS Malaysia), Ust...
Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.
Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.
Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?
Fakta Monorel Melaka
1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.
2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010
3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.
3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50
4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.
5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.
6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.
Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).
Sekilas masalah tempatan di Tg Bidara: 1. Pendatang asing menginap di kawasan perumahan. Mendatangkan ketidakpuasan hati penduduk setempat kerana pendatang asing sering menimbulkan kekecohan, pergaduhan dan membuat bising. LOKASI: Tmn Bidara Permai, Tg Bidara.
2. Padang bola sepak di sebelah rumah pangsa cuba dibeli oleh pemaju untuk dibina kawasan perumahan. Mendapat tentangan penduduk tempatan dan akhirnya padang yang sering digunakan dahulu terbengkalai dan tidak digunakan lagi. LOKASI: sebelah rumah pangsa, Tmn Bidara Permai, Tg Bidara.
3. Rumah yang 90% siap, terbengkalai kerana masih belum mendapatkan CF. Akhirnya rumah tersebut terbengkalai dan dipenuhi semak. LOKASI: Tmn Bidara Palma, Tg Bidara.
4. Hakisan pantai berlaku dan para nelayan tidak boleh mendarat seperti biasa. Benteng persisir pantai juga dibina tetapi tak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku. LOKASI: Tg Bidara.
5. Permohonan rumah PPRT oleh ibu tunggal tertangguh hampir 2 tahun. Pengerusi JKKK telah berjanji untuk menunaikan hasrat membina rumah PPRT sejak Raya Puasa (2011), namun tiada hitam putih dan sehingga kini tiada sebarang usaha dilihat.
6. Isu bau busuk yang datang dari kandang babi di Paya Mengkuang, Tg Bidara. Tidak selesai sejak bertahun.
7. Sikap pilih kasih dalam hal pembangunan yang diamalkan oleh JKKK tempatan sangat berleluasa. Pengerusi JKKK akui telah menurap semua jalan kampung2 seluruh Tg Bidara. Tetapi, malangnya jalan yang menghala ke rumah penyokong PAS tidak diturap, sedangkan jalan ke rumah berdekatan diturap.