Berjayakah projek Barisan Nasional ini disiapkan dalam masa kurang daripada 14 hari daripada sekarang setelah beberapa tarikh asal siap projek ini telah dipinda. Bermula dari March 2012 dan terkini 31 Disember 2012? Agak-agak dapat disiapkan untuk digunakan pada awal tahun 2013?
Barisan Nasional berbangga dengan adanya papan tanda yang tertulis "Sebuah Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional" dan sumber peruntukan dari Kerajaan Melaka, adakah ia dapat disiapkan dalam masa 2 minggu ini? Mustahil untuk disiapkan kecuali projek cincai.
Pembinaan jalan inilah yang menyebabkan sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Jaya Insan , Bukit Katil dirobohkan. Perobohan PASTI itu dengan alasan mahu melebarkan jalan namun sehingga ke hari ini ia belum menampakkan hasil walau diubah tarikh siap projek berkenaan.
Duit pampasan PASTI juga belum dilunaskan sepenuhnya tetapi projek ini seakan-akan tergendala. Adakah kerajaan Melaka di bawah pimpinan Ali Rustam telah kekeringan duit untuk menyiapkan projek ini? Di bawah adalah gambar-gambar sekitar projek yang cuba disiapkan dalam masa kurang 14 hari.
Kita tunggu sehingga 1 Januari 2013. Adakah ia dapat digunakan dengan sepenuhnya atau rakyat sekali lagi ditipu oleh Ketua Menteri kesayangan mereka itu. Rakyat Melaka bolehlah membuat perhitungan tentang projek ini. Sama ada projek ini siap dengan baik atau sekadar melepas batuk di tangga?
0 comments:
Post a Comment