Merlimau - PAS Negeri Melaka sekali lagi membuktikan kepada
masyarakat bahawa konsep "Negara Berkebajikan" merupakan agenda besar
dalam Pakatan Rakyat melalui Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan sesi 2013
di Kg Chinchin, Merlimau. Program yang melibatkan seluruh jentera parti di DUN
Merlimau itu dibuat secara bersiri dan dirasmikan oleh Hj Adly Zahari,
Pesuruhjaya PAS Melaka.
"Walaupun belum memerintah dan mentadbir, namun kita dapat melaksanakan
tanggungjawab kepada rakyat. Ini merupakan salah satu program kita bersesuaian
dengan tema "Rakyat Di Hati Kami"."
Turut berucap adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Haji Yuhaizad Abdullah, merangkap Penyelia DUN Merlimau. Dalam ucapannya menyentuh tentang tujuan bantuan sumbangan ini disampaikan.
Hj Yuhaizad Abdullah sedang menyampaikan sumbangan.
"Tujuan program ini dilaksanakan adalah kerana rasa tanggungjawab kita sesama Islam, terutama kepada mereka yang kurang
berkemampuan. Kita datang untuk meringankan beban. Dan program ini juga boleh merapatkan ukhuwah antara kita semua."
"Semoga dengan sumbangan yang tak seberapa dapat menjadi suntikan motivasi kepada
ibubapa dan anak-anak terutamanya bagi menjalani sesi persekolahan yang terdekat
ini."
Pesuruhjaya PAS Melaka dalam ucapan perasmiannya
menekankan bahawa amanah yang dipikul mesti dijaga dengan betul dan
orang Melayu hanya boleh bangkit jika mereka menerima Islam.
Ucapan perasmian oleh Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka.
"Amanah mesti dijaga dgn betul. Wang mesti diurus dengan baik. Hari ini kita
mungkin senang dan masa depan kita belum tentu. Berilah peluang kepada pemimpin yang
beramanah untuk memimpin negara dan negeri,"
"Orang melayu ini hanya boleh bangkit jika mereka menerima Islam. Kerana Islamlah yang akan memberikan darjat di sisi Allah.
Kita terima Islam kita akan selamat."
Alunan Maulud Diba'ei didendangkan semasa majlis penyampaian sumbangan.
Program ini turut diserikan dengan alunan Maulud Diba'ei dari MTD Serkam. Program yang melibatkan seramai 130 orang pelajar yang kurang berkemampuan dari seluruh Merlimau ini tamat pada jam 12 tengah hari. Ribuan terima kasih kepada petugas-petugas yang bertungkus-lumus memastikan program ini berjalan dengan lancar, serta penyumbang-penyumbang yang memberi sumbangan bagi memenuhi kebajikan mereka yang memerlukan.
Para penerima sumbangan menaiki bas untuk ke pasaraya berdekatan.
Turut kelihatan Hj Yuhaizad Abdullah (berkemeja putih).
0 comments:
Post a Comment