Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Thursday, December 6, 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat - Ubah Tempat, Ubah Kerajaan!

Dis 6 - Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka terpaksa dipindahkan ke lokasi baru iaitu di belakang Pejabat DAP Negeri Melaka kerana tuan tanah lokasi asal iaitu di Bukit Palah membatalkan persetujuan untuk menyewa kepada Pakatan Rakyat untuk program tersebut.

Setiausaha Program Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz dalam kenyataannya sebentar tadi kesal dengan tindakan Umno/BN yang mengugut tuan tanah tersebut dengan pelbagai ugutan yang menyebabkan individu terbabit takut untuk menyewakan tanahnya kepada PR.

"Sebelum ini beliau telah mengeluarkan surat persetujuan untuk menyewakan tanah tersebut tetapi tengah hari ini beliau menghubungi kita menarik balik persetujuan tersebut atas alasan ada pihak yang mengugut beliau".

"Kita berasa amat kesal dengan tindakan tersebut kerana ianya dibuat hanya 2 kira sebelum program dilaksanakan dan kita terpaksa melakukan persiapan dari awal di lokasi baru" ujar Asri yang juga merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka di Pejabat PKR Negeri Melaka, Taman Bukit Piatu Mutiara di sini tengahari tadi.

Asri menegaskan bahawa tindakan Umno/BN ini merupakan tindakan yang bacul dan tidak bertamadun kerana ianya jelas menyekat kebebasan dan hak asasi rakyat untuk mengadakan himpunan di mana sahaja tempat yang sesuai.


"Kita bayar sewa bukannya kita guna secara percuma, malah tuan tanah sudah pun bersetuju pada awalnya".

""Mereka bukan sahaja hendak mengacau program kita dengan mengadakan karnival ad hoc mereka malah mengugut tuan tanah dengan pelbagai ugutan yang menyebabkan tuan tanah menarik balik persetujuan asal" tambah Asri.

Menurutnya ini adalah rentetan tindakan tidak bertamadun Umno/BN negeri ini yang jelas begitu takut dengan kebangkitan rakyat.

"Mereka sebelum ini telah mengadakan pelbagai provokasi semasa program PR termasuk ceramah pimpinan tertinggi PR dan ini adalah kemuncak kepada tindakan tidak bertamadun mereka".

"Kita yakin rakyat Melaka akan membuat perubahan di atas tindakan biadap, samseng, ganas dan kebudak-budakan Umno/BN Melaka, rakyat akan bangkit menolak BN pada PRU 13 nanti" tambah Asri.

Asri memaklumkan bahawa lokasi baru Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Melaka ialah di Belakang Pejabat DAP Negeri Melaka, Lorong Pandan. Beliau menjemput seluruh rakyat Melaka untuk turun beramai-ramai bagi membuktikan bahawa rakyat mahukan perubahan demi masa depan Melaka dan Malaysia.

Sumber


 

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).