PENYOKONG KAMI

Thursday, August 30, 2012

Abah Hampir Menubuhkan Parti Baru - Tamrin Tun Ghafar

Tindakan Tamrin Tun Ghafar mendaftar sebagai ahli PAS menimbulkan kegusaran terhadap UMNO Melaka. Apatah lagi ulasannya berkenaan tindakan Tun Ghafar Baba ingin menubuhkan parti baru bagi menggantikan UMNO, membuatkan Datuk Ali Rustam dan suku-sakatnya tidak lena hampir setiap malam.

Oleh kerana itu, Datuk Ali Rustam bertindak memanipulasi ucapan Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu kononnya Allahyarham Tun Ghafar Baba akan masuk PAS sekiranya umur panjang. Kenyataan Timb. Presiden PAS ini mengulang kembali kenyataan anak Allahyarham, 

Walaubagaimanapun, Tamrin Tun Ghafar Baba mempertahan tindakannya dengan mengatakan, "mungkin kamu semua tidak sedar, abah pun hampir-hampir menubuhkan parti baru ketika zaman Dr M," - SMS Tamrin kepada adik dan keluarganya.

Ikuti ceramah penuh Tamrin Tun Ghafar di sini..






Ceramah sulung Tamrin Tun Ghafar selepas menjadi ahli PAS.


Monday, August 20, 2012

Rumah Terbuka PAS Melaka


PAS Negeri Melaka ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada muslimin dan muslimat terutama rakyat di negeri Melaka. Sempena dalam suasana raya yang masih berlangsung, PAS Negeri Melaka ingin menjemput ke majlis hari raya yang diadakan pada 7 Syawal 1433h bersamaan 25 Ogos 2012 bertempat di Telok Mas, Melaka.

Berikut adalah maklumat program

Tarikh: 7 Syawal 1433H (25 Ogos 2012)
Masa: 7.00 malam - 11.00 malam
Tempat: Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Kota Melaka

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Thursday, August 16, 2012

Majlis Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin oleh YTM Tuanku Besar Tampin

Majlis Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin & Berbuka Puasa
Anjuran Yayasan Sulaimmi Ulumiah & PAS Kawasan Kota Melaka
16 Ogos 2012 (Khamis)
6.00ptg - 10.30malam
Surau Ust Ali, Permatang Pasir

Wednesday, August 15, 2012

Video Penuh Badar al-Kubra


Video penuh rakaman Badar al-Kubra menampilkan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Bekas ADUN Pulau Manis, Arif Sabri Abdul Aziz; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam yang juga anak kepada Allahyarham Ghafar Baba iaitu Tamrin Ghafar ketika majlis berbuka puasa dan sambutan Badar al-Kubra di Bukit Katil.




Tuesday, August 14, 2012

Video: Ahli DAP Berbangsa Melayu


Video ceramah Badar al- Kubra di Bukit Katil. Video Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Dato' Tamrin Ghafar akan menyusul pada petang ini.


 

 

Sunday, August 12, 2012

Bekas Ahli Parlimen UMNO Melaka Sertai PAS



Dato' Mohd.Tamrin bin Abdul Ghafar adalah merupakan anak kepada Tun Abdul Ghafar bin Baba. Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.

Tamrin adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka dari tahun 1986 hingga 1995.

Malam tadi, 11 Ogos 2012 di KUIZM Taman Melewar, Dato' Tamrin menyerahkan borang menyertai PAS kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS.

Bagi orang Melaka, malam ini beliau akan menyampaikan ceramah yang pertama beliau sebagai seorang ahli PAS. Pada malam ini juga beliau akan bergandingan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan menyampaikan ceramah di Bukit Katil selepas solat terawih. 

Kepada yang ingin menyaksikan Tamrin, dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan suasana orang Melayu tinggal UMNO.

Saturday, August 11, 2012

Takziah Buat Keluarga Cikgu Habibah, Pengorbanannya Sukar dicari Ganti


Berat mata memandang, berat lagi mahu memikul. Tidak sampai setahun suaminya pergi mengadap Ilahi beliau pula, Allahyarham Cikgu Habibah Sidek dijemput Allah jam 2.00 petang semalam.

Malam sebelum itu saya dan isteri serta anak murid kesayangannya Ahmad Danial sempat menziarahi Allahyarhamah di Wad Paliatif Hospital Melaka.

Menurut isteri saya keadaan beliau pada masa tersebut pun sudah tidak seperti biasa. Mungkin pengaruh ubat menyebabkan beliau tidak berapa sedar.

Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Baru, malam tadi,  tidak jauh dari pusara Allahyarham suaminya.

Sungguh berat ujian yang beliau tanggung. Sebelum ini Allahyarham suaminya mengidap kanser selepas itu beliau pula diuji dengan penyakit yang sama.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Baru.

Kini anak-anaknya hilang tempat bergantung, ibu tiada, ayah tiada, yatim piatu. Sungguh berat ujian terhadap mereka. Kita harap sahabat-sahabat kita dapat menjenguk dan membantu mereka yang kebanyakkan masih bersekolah.

Terlalu besar pengorbanan yang dilakukan oleh Allahyarhamah. Menghambakan diri menjadi Guru PASTI yang imbuhannya tidak seberapa. Tidak ramai yang sanggup berkorban masa dan tenaga mendidik anak-anak di PASTI yang imbuhannya tidak setimpal dengan amanah besar yang dipikul.

Beliau terkenal sebagai seorang yang penyayang dan berdedikasi mengajar anak-anak PASTI Ar Rahmah, Solok Gaong selama puluhan tahun.

Insya Allah segala pengorbanan Allahyarhamah akan dikira sebagai amal kebajikan yang menjadi bekalan beliau di sana. Kesemua anak saya menjadi anak didik beliau kecuali si kecil Ariq Amsyar yang masih setahun jagung ....

Kita mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan bersama para anbia, solihin dan syuhada. Al Fatihah.

Catatan : Abu Fauzan Amsyar Danial

Thursday, August 9, 2012

Sumbangan Aidilfitri di DUN Merlimau


Majlis Tindakan DUN  Merlimau telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan dan hamper sempena Hari Raya Aidilfitri pada 5 Ogos 2012 iaitu pada Ahad yang bertempat di di rumah Sdr Adel Jantan Kg Ayer Tawar, Merlimau Jasin.

Seramai 85 orang penerima sumbangan terdiri dari fakir miskin dan golongan yang tidak berkemampuan sekitar kawasan DUN Merlimau telah menerima sumbangan tersebut yang merangkumi tujuh Unit Peti Undi (UPU) di dalam DUN Merlimau iaitu, Merlimau Pasir, Pengkalan Samak, Permatang Serai, Merlimau Utara, Jasin Lalang, Chinchin dan Ayer Merbau.

Turut sama diraikan ialah guru2 Pasti dlm kaw Merlimau dan juga guru2 dari Sek Ren Islam Ahmadiah Pernu dan sek Ren Islam Al Munawwarah Durian Tunggal.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Hj Yuhaizad Abdullah selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka yang juga merangkap Penyelia DUN Merlimau. Turut hadir pada majlis itu ialah pimpinan PAS Jasin dan Ketua  Pemuda PAS Jasin saudara Aminuddin Jalil serta Jawatankuasa MTD Merlimau.

Pada majlis itu juga telah diadakan penerangan krisis air yang berlaku di Selangor dan disampaikan oleh En. Zainal Abidin Wahid, Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor. 

Menurut Hj Yuhaizad lagi, ini merupakan program kedua yang dilaksanakan dalam bulan Ramadhan. 

"Sebelum ini kita telah meraikan anak-anak yatim dan mereka terdiri daripada keluarga yang tidak berkemampuan untuk membeli pakaian dan kasut raya dalam Program Jom Shopping, seramai 70 orang kanak-kanak telah dibawa membeli-belah" ujar beliau yg juga merupakan Timbalan Yang DiPertua Pas Jasin.

Saturday, August 4, 2012

Jelajah Memberi Sumbangan di seluruh negeri Melaka



Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan kebajikan. Hj Adly Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka) mengenakan saiz baju kepada salah seorang penerima sumbangan Ramadhan.


Yang tua dihormati. Yang muda disayangi. Apatah lagi yang miskin, perlu dibela dan diberikan haknya. Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka sanggup meluangkan masa bagi menghulurkan bantuan di dalam program "Sumbangan Ramadhan kepada Golongan Miskin". Golongan ini sering dipinggirkan dan tidak diberikan hak yang sepatutnya.

Program yang dibuat saban tahun ini dibuat di Durian Tunggal. Melalui program ini, Majlis Tindakan DUN Durian Tunggal mengumpul lebih 30 orang anak yatim dan fakir miskin dari seluruh DUN untuk diberikan sumbangan berbentuk pakaian dan kasut. Mereka juga menerima sumbangan berbentuk wang.

Disamping itu, Hj Adly Zahari juga turut meluangkan masa bersama golongan fakir miskin ini ke majlis berbuka puasa anjuran PAS Kawasan Alor Gajah. Majlis berlangsung di Kg Bkt Balai. Seramai lebih 100 orang dijamu dengan nasi beriani. Turut dijemput hadir adalah pelajar-pelajar dari ma'had tahfiz.


Golongan ini perlu diberikan haknya. Hj Adly Zahari memberikan layanan kepada sebahagian daripada mereka yang hadir.

Program yang turut dihadiri oleh kepimpinan PAS peringkat negeri dan Kawasan itu bermula jam 4.00 petang dan berakhir sejurus selepas solat maghrib.

Menurut Hj Adly Zahari, "qiamlah Ramadhan dengan solat, dengan bacaan al-Quran dan infakkanlah harta kepada mereka yang lebih memerlukan. Menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menegur penggunaan wang zakat yang diuruskan oleh kerajaan negeri. Zakat itu bukan untuk dibuat bangunan, sedangkan masih ramai rakyat miskin yang asnaf tidak diberikan hak yang sepatutnya."




Dalam pada masa yang sama, beberapa program sumbangan turut dijalankan di beberapa Kawasan dalam negeri Melaka.



Di Telok Mas, Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kota Melaka, Sdr Harun Mohamed mengetuai rombongan  ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas. Turut hadir adalah Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kota Melaka. Program yang bermula jam 10.30 pagi tadi turut dihadiri oleh Hj Abd Ghani Ahmad, Ketua Cawangan PAS Telok Mas.

Sdr Harun Mohamed, YDP Kawasan Kota Melaka menyampaikan bantuan kepada salah seorang warga emas di Telok Mas.


Di Merlimau, Penyelia DUN Merlimau, Haji Yuhaizad Abdullah meluangkan masa memberikan sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin dari seluruh DUN Merlimau. Lebih 100 orang kanak-kanak menerima sumbangan yang dibuat secara berperingkat-peringkat. Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berasa bersyukur atas kelancaran program yang diadakan saban tahun ini.

Hj Yuhaizad Abdullah (kemeja hijau) bergambar bersama sebahagian dari penerimapenerima sumbangan.


Di Lendu, Penyelia DUN Lendu, Sdr Asri Shaik Abdul Aziz turut melaksanakan program yang sama.

Sdr Asri Shaik Abdul Aziz (tengah), Penyelia DUN Lendu menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

Friday, August 3, 2012

Tingkap Pejabat PAS Kota Melaka Dipecahkan

Pejabat PAS Kawasan Kota Melaka telah dibaling dengan batu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan cermin tingkapnya pecah. Kejadian itu disedari oleh petugas yang menyedari ada pecahan kaca yang berselarakan di atas lantai. Pada mulanya beliau menganggap bukan cermin tingkap selepas diperiksa, barulah mengetahui salah satu tingkap telah pecah.

Kejadian ini berlaku berkemungkinan pada waktu malam kerana pada siang hari pejabat terbabit mempunyai petugas. Tindakan tidak bertanggungjawab ini seolah-olah membuka lagi lembaran keganasan yang dilakukan itu selari dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan bahawa Malaysia sebenarnya bukan sebuah negara yang selamat.

Balingan batu itu terlalu kuat jika dilihat pada kain rentang yang digantung diluar tingkap. Ini kerana kain rentang itu ada kesan koyak sekaligus menghentak cermin pada tingkap tersebut menyebabkan tingkap tersebut pecah.





Wednesday, August 1, 2012

Laporan Tanah Awam ke SPRM



Timbalan Ketua Penerangan PAS Melaka, Yusof Wahab dan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong memberitahu isu berkaitan tanah awam yang berlaku di Bandar Bukit Baru telah berlaku kepada beberapa individu yang lain. Individu terbabit mengadu bahawa tanah mereka telah diambil atas nama untuk tujuan kepentingan awam seperti yang berlaku di Bandar Bukit Baru.

Mangsa terbabit memberitahu tindakan kerajaan negeri yang mengambil tanah tidak mengikutncara yang betul dan menyalahgunakan tanah awam terbabit bagi tujuan pembangunan serta tidak selari dengan telah dipersetujui oleh pemilik tanah terbabit. Kerajaan negeri dengan kuasa yang ada telah menindas mereka.


Laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat di Pejabat SPRM di Crystal Bay, Telok Mas pada jam 11.00 pagi meminta pihak SPRM masuk campur dan menyiasat supaya perkara ini ataupun tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri tidak mempunyai unsur-unsur rasuah.

Tujuan laporan kepada SPRM supaya kerajaan negeri tidak lagi sewenang-wenangnya mengambil tanah milik rakyat atas nama tujuan tanah awam sebaliknya menjadikan tanah rakyat itu sebagai tanah komersil tanpa menjelaskan perkara yang sebenar kepada pemilik tanah,

Sekarang sudah ramai yang khuatir terutama yang tinggal di tepi-tepi jalan atau tempat yang strategik akan menerima nasib yang sama seperti yang berlaku kepada kepada tuan tanah yang sebelum ini. Mereka juga bimbang akan menerima nasib yang sama pada masa akan datang sekiranya tanah mereka diambil oleh kerajaan dan menyalahgunakan Akta Pengambilan Tanah.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).