MELAKA 30 April - Sebanyak 2,415 pegawai dan anggota polis dari seluruh negeri ini mengundi awal di 24 pusat pengundian yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, 742 daripada jumlah tersebut mengundi di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri di sini bermula pukul 8 pagi.
...
Inilah bukti kepimpinan Pakatan Rakyat adalh lebuh telus, amanah, berdaya maju dan berintegriti. Rakyat harus memberikan sokongan dan dokongan untuk memilih kerajaan yang terbaik yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia khasnya.
Pengakuan bekas Menteri Besar Selangor - Mat Taib.
Wang simpanan di jimatkan di dalam rizab pembedaharaan Selangor sehingga RM2.6 billion.
"Ini tidak pernah berlaku dulu, sedangkan
kakitangan...
Pandangan peribadi" pemimpin kanan DAP Johor Norman Fernandez yang meminta anggota parti itu tidak menyokong parti Islam tidak akan menjejaskan hubungan dalam Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden PAS Moahamad Sabu.
"Kita mahu menawan Putrajaya. PAS akan tetap undi calon DAP," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam sidang media selepas mesyuarat majlis Pakatan di Petaling Jaya hari ini.
Mohamad (berbaju kuning) juga menolak...
MASJID TANAH - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin (Emy) enggan berdebat dengan Pakatan Rakyat (PR) berikutan mahu fokus kepada kempen menjelang pilihan raya.
Beliau berkata, jemputan debat politik Agenda Masjid Tanah pada 2 Mei depan itu bukan masa sesuai sebaliknya mahu menggunakan ruang yang ada untuk aktiviti turun padang.
“Saya rasa buat masa sekarang lebih baik kita fokus kempen,...
SETIAWANGSA - Di sebalik tersebarnya dakwaan kononnya perpecahan sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR), Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perikatan itu akan menggantikan Umno-Barisan Nasional di Putrajaya, 6 Mei ini.
Bahkan menurut Anwar, keyakinan sama turut dinyatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada beliau.
"Dulu tahun 2008, mereka kata PKR dikatakan berpecah, kalau menang pun mungkin di Permatang...
UKIT KATIL - Pertembungan Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, merupakan satu pertembungan yang amat dinantikan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Banyak pihak yang melabelkan pertemuan kedua mereka ini seumpama pertembungan antara David dan Goliath.
Malahan, sejak nama Mohd Ali diumum akan bertanding di kerusi parlimen Bukit Katil, Shamsul...
Allah SWT mengesahkan tentang betapa buruknya perangai kaum Bani Israel berpolitik sebagai pengajaran kepada seluruh manusia, khususnya umat Islam. Firman Allah :
Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Tholut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami, sedang Kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?"...
Rakyat telah sedar, rakyat telah bangkit, rakyat ingin berubah, rakyat perlukan PR di Putrajaya. Sila saksikan kemaraan manusia yang merdeka malam tadi di Putrajaya yang mencecah lebih 30,000 orang dan pada masa yang sama dianggarkan hanya 3,000 sahaja menghadiri program bersama Tun M itupun dipenuhi oleh ahli BN bukannya rakyat jelata. Ayuh rakyat.......bersama maju ke Putrajaya. Ini kalilah....
...
Kehadiran hampir 20,000 orang yang membanjiri bumi Putrajaya malam tadi memberikan indikator terkini era kebangkitan rakyat di Malaysia. Perasaan ingin membuat perubahan semakin membuak-buak dan tidak dapat lagi ditahan arus kebangkitannya. Najib pasti boleh berkira-kira untuk berpindah ke Pekan kerana rumah beliau di Putrajya abukan tempat yang selamat kini. Rakyat semakin sedar...rakyat bersatu hati kini.....rakyat telah bersedia mara ke Putrajaya....
BANDARAYA MELAKA - Tindakan pemantau pilihan raya mengarahkan Pas menurunkan bendera parti yang dipasang di beberapa lokasi di Durian Tunggal dilihat seolah-olah satu tindakan penguatkuasaan terpilih (selected enforcement).
Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari berkata, faktor keselamatan pengguna jalan raya telah digunakan sebagai alasan arahan itu dikeluarkan supaya bendera tidak dipasang di persimpangan jalan.
Menurutnya, Pas akur dengan...
ANWAR :
Kedatangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Segamat untuk membantu kempen calon parti itu, Datuk Chua Jui Meng malam tadi telah menarik lebih 20,000 orang - perhimpunan politik terbesar pernah disaksikan di bandar itu sejak kebelakangan ini.
Anwar (kiri) mengakui Chua telah bekerja keras di Gelang Patah
selama bertahun-tahun atas arahan PKR tetapi telah diminta memberi laluan selepas pemimpin veteran...
Semua Bilik Gerakan Pakatan Rakyat di Melaka harus mempertingkatkan kawalan ketat menjelang fasa kedua sebelum hari pengundian pada 5 Mei 2013. Pembelian Bilik Gerakan PR supaya ditutup telah bermula di negeri Selangor dan dijangka menular ke Melaka.
Semua ahli PR haruslah meningkat keazaman untuk menolak usaha jahat ini kerana mereka tahu inilah cara terakhir untuk menyelamatkan mereka. Sila laporkan kepada Ketua Bilik Gerakan anda...
KUALA LUMPUR - Kursus Asas Haji selama dua hari yang dijadualkan bermula 4 Mei ini ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata bagaimanapun tarikh baharu belum diputuskan.
Kursus Asas Haji itu merupakan modul bimbingan haji bersepadu yang memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai tata cara...
Siapakah yang layak mendaftar sebagai pengundi pos?
Peraturan 2 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 menetapkan menetapkan bahawa semua warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan dan layak di sisi undang-undang boleh mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (Pengundi Pos) jika seseorang itu tergolong dalam mana-mana kategori seperti berikut :
i) Seseorang anggota Angkatan Tentera Malaysia...
LUBOK CINA - “Mimpi la dia nak ambil Masjid Tanah. Mimpi di siang hari,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam terhadap calon Pas Parlimen Masjid Tanah, Mohd Nasaie Ismail.
Mohd Ali yang juga Pengerusi BN negeri berkata, Mohd Nasaie sebagai orang luar tidak tahu apa-apa mengenai Melaka sebaiknya berdiam diri daripada membuat tuduhan tidak berasas.
“Tuduhan dia tidak berasas. Dia tidak tahu apa yang dia cakap. Dia lagi tiada...
ARAU: Hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Persekutuan walaupun DAP menentang keputusan tersebut, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.
"Saya yakin DAP akan menerima hukum hudud kerana kesanggupan mereka untuk bertanding dengan menggunakan lambang PAS. Namun ia hanya akan dilaksanakan selepas Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara.
"Pakatan harus mengambil alih kerajaan...
UMNO BN akan jatuh dengan skandal melesapkan wang zakat sebanyak RM13.85 juta ini. Walaupun kes ini telah dibawa ke mahkamah bagi kedua-dua pihak tetapi kebenaran di pihak Pesuruhjaya PAS sangat kuat bagi memenangi kes itu. DS Ali Rustam sebenarnya tersepit dengan isu wang zakat ini.
Warga MAIM dan JAIM sebenarnya tahu ketidaktelusan Ali yang menerajui MAIM namun terpaksa mendiamkan diri akibat tekanan yang kuat daripada Ali sendiri.Menjelang...
Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di Nibong Tebal malam tadi.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa berusia 30-an itu dikejar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilapor stabil.
Beliau berkata polis sedang menyiasat punca...
PAS Melaka mengumumkan calon-calonnya di Kg Tedong Pekan, Jasin pada Ahad malam yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Menurut harakahdaily.net, kira-kira 70 peratus calon yang dikemukakan adalah muka baru yang kali pertama bertanding.
Antara calon-calon yang diumumkan termasuk dua orang Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek kekal bertanding di N26 Serkam manakala Ustaz Mohd Nor Omar bertanding di...
[1] KEBAJIKAN RAKYAT DIUTAMAKAN
- Membina rumah kediaman mampu milik untuk setiap keluarga.
- Melindungi kepentingan dan tanah Orang Asal.
- Menyediakan sistem perlindungan takaful dan khairat kematian untuk warga emas.
...
Tawaran PR Melaka menggariskan 8 teras utama yang mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat sesuai dengan konsep Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh PAS.
Menurut Timb. Pesuruhjaya 3 PAS Melaka, antara perkara menarik yang ditawarkan ialah menurunkan kadar cukai tanah, cukai taksiran, lesen iklan perniagaan dan kadar parkir kenderaan; menurunkan tarif air; insentif perkahwinan dan kursus perkahwinan percuma; cuti bersalin 90 hari untuk...
Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.
Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.
Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?
Fakta Monorel Melaka
1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.
2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010
3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.
3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50
4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.
5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.
6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.
Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).
Sekilas masalah tempatan di Tg Bidara: 1. Pendatang asing menginap di kawasan perumahan. Mendatangkan ketidakpuasan hati penduduk setempat kerana pendatang asing sering menimbulkan kekecohan, pergaduhan dan membuat bising. LOKASI: Tmn Bidara Permai, Tg Bidara.
2. Padang bola sepak di sebelah rumah pangsa cuba dibeli oleh pemaju untuk dibina kawasan perumahan. Mendapat tentangan penduduk tempatan dan akhirnya padang yang sering digunakan dahulu terbengkalai dan tidak digunakan lagi. LOKASI: sebelah rumah pangsa, Tmn Bidara Permai, Tg Bidara.
3. Rumah yang 90% siap, terbengkalai kerana masih belum mendapatkan CF. Akhirnya rumah tersebut terbengkalai dan dipenuhi semak. LOKASI: Tmn Bidara Palma, Tg Bidara.
4. Hakisan pantai berlaku dan para nelayan tidak boleh mendarat seperti biasa. Benteng persisir pantai juga dibina tetapi tak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku. LOKASI: Tg Bidara.
5. Permohonan rumah PPRT oleh ibu tunggal tertangguh hampir 2 tahun. Pengerusi JKKK telah berjanji untuk menunaikan hasrat membina rumah PPRT sejak Raya Puasa (2011), namun tiada hitam putih dan sehingga kini tiada sebarang usaha dilihat.
6. Isu bau busuk yang datang dari kandang babi di Paya Mengkuang, Tg Bidara. Tidak selesai sejak bertahun.
7. Sikap pilih kasih dalam hal pembangunan yang diamalkan oleh JKKK tempatan sangat berleluasa. Pengerusi JKKK akui telah menurap semua jalan kampung2 seluruh Tg Bidara. Tetapi, malangnya jalan yang menghala ke rumah penyokong PAS tidak diturap, sedangkan jalan ke rumah berdekatan diturap.