Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, July 7, 2008

CIRI-CIRI NEGERI MEMBANGUN. MELAKA MASIH JAUH DARICAPAI STATUS NEGERI MAJU

Ketua Menteri YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggariskan 5 cabaran bagi negara membangun iaitu :
1. Bekalan Air bersih yang belum dapat diselesaikan
2. Pelupusan sampah yang sempurna
3. Sistem pembentugan berpusat
4. Pengurusan banjir kilat
5. Sistem pengangkutan yang cekap.
Ternyata kelima-lima cabaran tersebut masih GAGAL ditangani oleh Ali Rustam bagi merealisasikan angan-angannya Melaka Maju 2010. Maka adalah agak sukar untuk Melaka mencapai status tersebut kerana kelima-lima cabaran fizikal ini masih jauh untuk dicapai. Itu kita belum bercakap soal pendapatan perkapita, bilangan orang miskin, pertumbuhan ekonomi, jenayah, maksiat dan sebagainya.Ali Rustam rupanya sedar bahawa angan-angannya untuk mengisytiharkan Melaka sebagai Negeri Maju hanyalah omongan kosong yang masih jauh untuk dicapai.
1) Bekalan air masih gagal dicapai. - Rumah saya sendiri sebagai contoh, memang saya memakai penapis air. Tetapi penapis air itu menjadi tersangat kotor selepas 2 minggu dicuci. Karat, keladak dan sebagainya menjadi minuman penduduk Melaka terutama yang tidak memakai penapis atau yang memakai penapis murah macam saya. Kekotoran ini sebenarnya bertambah teruk selepas banjir Disember 2006.
2)Tempat pembuangan sampah yang terus tidak diuruskan dengan baik menghantui penduduk Taman Angkasa Nuri, penduduk Krubong dan sebagainya . Malah pembinaan taman-taman penduduk berhampiran dengan tempat pelupusan sampah ini dipertikaikan. Bagaimana pihak berwajib meluluskan pembinaannya sedangkan tempat pelupusan sampah ini sudah tentu memberikan kesan yang tidak baik kepada penduduk. Antaranya pencemaran bau yang busuk, gatal-gatal dan lain-lain.

3) Sistem pembentungan di Melaka juga tidak baik. Di mana masih ada rumah di taman perumahan yang dibina sangat hampir dengan sistem pembetungan. Malah sistem pembetungan yang ada di Melaka masih tidak dijalankan secara berpusat ianya bertebaran merata-rata.

4) Banjir kilat terus menghantui beberapa kawasan di dalam negeri Melaka. Antaranya di Kampung Tun Razak, Bukit Katil. Malah banjir yang berlaku pada Disember 2006 benar-benar mengejutkan penduduk Melaka. Ianya gagal diuruskan dengan baik. Langkah pencegahan yang lemah, sistem pengurusan mangsa banjir yang lemah, pusat perpindahan banjir yang tidak terurus dan sebagainya. Malah sekarang ini beberapa taman di sekitar Lapangan Terbang Batu Berendam seperti Taman Merdeka, Taman Angkasa Nuri, Taman Thamby Chik Karim dan sebagainya masih trauma bila hujan lebat turun. Ini kerana kawasan tersebut menjadi rendah selepas pembesaran Lapangan Terbang tersebut. Sistem perparitan di kawasan tersebut dilihat tidak baik. Penduduk khuatir banjir Disember 2006 akan berulang lagi.

5) Sistem Pengangkutan awam memang jauh panggang dari api kalau hendak dikatakan cekap. Bas-bas awam yang dhaif masih beroperasi; jadual yang tidak menentu; layanan yang tidak mesra dan sebagainya. Saya sendiri pernah menunggu bas dari Batu Berendam ke Melaka Sentral. Saya menunggu hampir 30 jam, bas belum kelihatan. Kalau beginilah keadaannya sudah pasti ramai yang terpaksa menaiki kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja masing-masing.
Kesimpulannya, Melaka masih jauh lagi untuk mencapai status negeri maju berdasarkan kelima-lima faktor yang digariskan oleh YAB Ketua Menteri sendiri.
Persoalannya apakah sasaran YAB Ketua Menteri bahawa Melaka akan menjadi negeri maju 2010, adalah sasaran yang realistik dan berpijak di bumi nyata. Atau apakah Ketua Menteri mahu mengikuti jejak langkah bekas Menteri Selangor yang mengisytiharkan Selangor Negeri Maju berdasarkan 'standard' dia sendiri tidak bersandarkan 'standard' antarabangsa.

Kepada YAB Ketua Menteri saya mengharapkan kerajaan negeri terus berusaha dan merancang segala langkah dan strategi untuk mencapai status negeri maju kalaupun tidak tahun 2010 mungkin tahun-tahun seterusnya. Yang penting jangan gadaikan agama Islam, kedaulatan rakyat dan akhlaq rakyat Melaka dalam usaha untuk mengejar Melaka Maju. Elakkan pemborosan dan pembaziran demi kesejahteraan rakyat dan negeri. Tidak lupa juga jangan abaikan rakyat yang sedang 'sesak nafas' akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian.
Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).