Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Wednesday, July 9, 2008

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DAN PUSAT ADUAN PAS

Semabok : Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat dan Pusat Aduan untuk semua rakyat Melaka dan sesiapa sahaja tidak mengira agama, bangsa, keturunan, ideologi politik dan warna kulit.


Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Khirul Che Salleh (gambar) berkata Pusat Khidmat Masyarakat dan Pusat Aduan PAS ini bersedia untuk menerima apa juga aduan, masalah dan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat.

"Insya Allah kami akan sedaya upaya membantu tuan-tuan dan puan-puan menyelesaikan apa juga masalah".

"Ada banyak cara untuk kita membantu orang dalam kesusahan antaranya khidmat nasihat, kaunseling, bantuan kewangan, tenaga dan sebagainya" kata Khirul yang bertugas penyelaraskan Pusat Khidmat ini.

Pusat Khidmat ini beroperasi pada waktu pejabat di Pejabat Lajnah Penerangan PAS Negeri di Bangunan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri di sini.

Menurutnya setakat beberapa kes sedang dikendalikan oleh pusat ini.

Sekiranya tuan-tuan ingin membuat aduan sila telefon talian kami di 06-284 1780 fax : 06-282 7205 atau emailkan ke penjana@gmail.com atau ibnuj@yahoo.com

Tuan-tuan dan Puan-puan juga menghantar pesanan di ruangan sembang bermanfaat/info blog http://mutaligat.blogspot.com atau http://pasmelaka.blogspot.com

1 comments:

salam sahabat. saya meminta kpd pas melaka supaya kembali memperkasakan usrah yg semakin lesu sekarang ini. kebanyakan ahli2 pas tidak merasakan bahawa usrah itu amat penting dan fikiran ini cukup berbahaya krn secara tidak langsung ianya akn menjadikan ahli pas ini kekurangan ilmu dan jahil didlm agama serta kurang memahami perjuangan pas yg sebenarnya.

jika kita kembali kepada zaman rasullullah S.A.W, nabi sentiasa membuat perjumpaan dan usrah dgn para sahabat utk mempelajari ilmu islam serta memantapkan akidah mrk. dan ini adalah amat penting. kita perlu faham bahawa pas bukanlah semata2 sebuah parti politik, tetapi juga sebuah organisasi dakwah islam yg bertujuan menyampaikan islam kpd org lain.

maka saya menyeru kpd pas melaka supaya mengambil inisiatif yg lebih baik utk menjadikan usrah ini adalah suatu perkara yg menjadi kemestian bagi ahli2 pas. wassalam.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).