Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, December 20, 2010

KALAU BERANI BERI PELUANG PADA PR PERINTAH 100 HARI

Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad mencabar BN supaya memberi peluang kepada PAS memerintah 100 hari bagi membuktikan segala janji-janji yang digariskan dalam dokumen yang dibentangkan pada konvensyen PR semalam."PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada Pakatan dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji Pakatan bukan palsu atau angan-angan," katanya."Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan Pakatan." ujar Idris.Dalam...

PASCA KONVENSYEN PR : BN GAGALKAN EKSPLOITASI ISU NEGARA ISLAM

Semabok : Rata-rata ahli PAS melahirkan kesyukuran dan lega dengan kenyataan Karpal berhubung isu negara Islam pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas semalam. Asri Shaikh, 45 dari Masjid Tanah berkata kenyataan Pengerusi DAP itu jelas menggambarkan bahawa beliau semakin faham akan negara Islam yang sebelum ini beliau seolah-olah menentang negara Islam tanpa asas yang kukuh. "Kenyataan Pengerusi DAP itu merupakan perkembangan yang positif...

Saturday, December 4, 2010

Jom Turun Padang DUN Kuala Linggi 5 Dec

Seluruh kepimpinan PAS pelbagai peringkat dan ahli PAS seluruh negeri Melaka dijemput untuk menghadiri program Jom Turun Padang pada Ahad ini. Program dijalankan ini bermula seawal jam 8 pagi. Pesuruhjaya PAS Negeri Ust Abd Ghani Abd Rahman akan bersama-sama menyertai program dwibulanan ini. DUN Kuala Linggi DUN yang beepotensi untuk dimenangi PR kerana terlalu banyak yang tidak dapat diselesaikan ...

Tuesday, August 17, 2010

PAS MELAKA ZIARAHI KELUARGA MANGSA RIBUT

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ahad lalu mengunjungi keluarga Allahyarham Abdul Omar yang meninggal dunia dalam kejadian rebut di Bazar Ramadhan di Jasin Ahad lalu.Dalam kunjungannya Ustaz Abdul Ghani menyampaikan ucapan takziah dan rasa sedih seluruh ahli dan penyokong PAS di atas musibah yang menimpa Allahyarham dan mendoakan roh Allahyarham ditempat di kalangan para anbia dan solihin. Beliau mengharapkan keluarga...

Sunday, August 15, 2010

BERTEMU RAKYAT DI DUN PANTAI KUNDOR

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman hari ini turun padang bertemu rakyat di DUN Pantai Kundor dalam rangka lawatan kerja dan turun padang ke seluruh negeri Melaka.Program ini bermula hari ini dan akan diteruskan di DUN lain di seluruh negeri. Semua jentera pilihanraya negeri dan DUN-DUN akan berkampung di kawasan ini sehingga jam 2.00 petang ini. Mereka akan berkunjung ke rumah-rumah penduduk di DUN ini bertanya khabar dan beramah mes...

TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA RIBUT BAZAR RAMADHAN

PAS Melaka mengucap takziah kepada 3 mangsa ribut di Bazar Ramadhan Jasin 2 hari lalu. Sesungguhnya segala kejadian itu ada hikmahnya.Diharapkan keluarga Allahyarham bersabar dengan ketentuan Allah ini. Moga roh mereka ditempat dalam golongan para anbia dan muttaqin. Dimaklumkan bahawa pimpinan PAS Kawasan Jasin telah menziarahi tempat kejadian dan keluarga mangsa terbabit.Al Fati...

Wednesday, May 26, 2010

Projek Jeti Sungai Lereh membazir

MELAKA: Projek penempatan semula nelayan di sepanjang pantai Klebang dan Tanjung Puteri yang dibina di Sungai Lereh akhirnya seperti yang diduga menjadi satu lagi bukti pembaziran wang rakyat oleh kerajaan Umno/BN, di sini.Antara nelayan yang terlibat itu ialah dari pengkalan Lereh, Pantai Hailam, Balik Bukit, Pantai Puteri dan Pantai Kundor di mana penempatan nelayan yang terbesar ialah di Pantai Puteri yang menempatkan hampir 100 nelayan.Pembinaan jeti yang menelan belanja sebanyak RM3.3 juta sepanjang kira-kira 200 meter itu turut dilengkapi...

Tuesday, May 11, 2010

LAPANGAN TERBANG TERUS SUNYI SEPI

Ramai rakyat negeri Melaka bertanya kepada pimpinan PAS Negeri, apa sudah jadi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Sudah dirasmikan sejak sekian lama tetapi masih belum ada kapalterbang komersial yang turun.Bagi kami pimpinan PAS Melaka, apa yang kami boleh jawab....sekadar menyatakan kami pun tidak tahu.Untuk kesekian kalinya PAS Melaka menyatakan kekesalan di atas kegagalan kerajaan BN merancang pembinaan lapangan terbang ini dengan baik sehingga ianya menjadi gajah putih hingga ke hari ini. Siapa yang bersalah dalam hal ini sehingga...

Wednesday, March 24, 2010

KERAJAAN KURANG DUIT RAKYAT KENA DITINDAS

Kerajaan terpaksa melaksana GST kerana mereka sedar sumber pendapatan daripada cukai persendirian, petroleum dan korporat kian berkurang disebabkan krisis kepercayaan kepada kerajaan sendiri.Fakta :Statistik menunjukkan 420,000 profesional telah keluar negara sejak 2007Sejak 2007, RM9 bilion pelaburan (telah keluar), 2008 (sebanyak) RM26bilion telah keluar negara. 47 peratus dari bajet kewangan dari Petronas (sedangkan) rizab minyak kian berkurang, simpanan minyak pun akan habisJadi oleh kerana kerajaan kekurangan wang maka GST hendak diperkenalkan...

Tuesday, March 23, 2010

BUANG BAYI : TUKAR KERAJAAN SEBAGAI JALAN PENYELESAIANNYA

Gejala buang bayi memang sudah lama berlaku. Sudah ratusan malah mungkin ribuan bayi yang tidak berdosa di buang di merata tempat oleh manusia berhati iblis. Darjat manusia ini lebih teruk dari binatang kerana binatang pun tahu sayang kepada anaknya.Hari ini media sekali lagi melaporkan kejadian buang bayi yang berlaku dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu. Bayi ini masih hidup walaupun basah kuyup ditimpa hujan.Semalam, media juga melaporkan bahawa terdapat 17,303 orang anak luar nikah di daftarkan pada tahun...

Tuesday, February 23, 2010

PAS MELAKA UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA BUNUH

PAS Negeri Melaka mengucapkan takziah kepada keluarga Pemandu di Jabatan Penuntut Malaysia, Mohd Shah Saemin yang mati dipercayai akibat ditikam dan dibelasah dengan tukul di Sydney, Australia.Mohd Shah yang berasal dari Kg Tambak Paya, Ayer Molek, Melaka di percayai dibunuh tengah malam Isnin lalu. PAS Melaka merakamkan ucapan takziah kepada ayah Allahyarham, Saemin Mongjin, 69 dan seluruh keluarganya. PAS Melaka mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para nabi, solehin dan syuhada.Selain itu PAS Melaka mengharapkan keluarga Allahyarham...

PAS MELAKA AKAN CIPTA SEJARAH

PAS Melaka berazam untuk mencipta sejarah memenangi kerusi pada Pilihanraya Umum akan datang. Perkara ini tidak mustahil kerana rakyat sekarang semakin cerdik dan celik maklumat berbanding dengan pilihanraya umum yang lalu.Insya Allah dengan kerja kuat dan dengan pertolongan Allah PAS akan membawa panji-panji Islam di DUN Melaka selepas PRU ke 13 nanti. Mungkin pimpinan Umno/BN Melaka mentertawakan kita jika mereka membaca kenyataan ini tetapi ingatlah Allah boleh melakukan sesuatu itu dengan mudah dan senang.Siapa sangka PAS akan menang kerusi...

Monday, February 22, 2010

Umno Bercelaru Antara Perarakan Maulid dan Bertafakur Depan Tugu Negara

Umno semakin bercelaru antara perkara usul dan furuk dalam agama. Isu perarakan maulid seolah-olah kalau tidak buat boleh menjejaskan aqidah. Pada fahaman mereka kalau tidak ada perarakan semacam mengerjakan haji tidak ke Arafah. Sedangkan perarakan maulid hanyalah salah satu program di dalam upacara sambutan maulid nabi SAW, yang dilakukan setengah tempat di negara ini. Tetapi isu ini menjadi panas kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan program perarakan maulid pada 26hb Feb 2010. Walaupun program perarakan tetap dijalankan, pemimpin Umno...

Sunday, February 21, 2010

PRESIDEN DISAMBUT HEBAT DI MELAKA

500 pimpinan PAS pelbagai peringkat hadir mendengar amanat Presiden PAS pada program tarbiyah yang dijalankan sempena lawatan kerja 1 hari beliau ke Melaka hari ini.Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi tadi dimulakan dengan Program tarbiyyah di mana 2 kertas kerja dibentangkan oleh Presiden sendiri dan Ketua Dewan Ulama' PAS negeri Melaka Ustaz Zulkifli Ismail.Peserta program melimpah sehingga keluar Dewan Kompleks PAS Kawasan Jasin di Simpang...

PAS MELAKA BOLEH MENANG - DATO' HALIM

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan bahawa PAS Negeri Melaka berpeluang untuk menang dengan syarat jentera PAS mesti melaksanakan perancangan dan gerakerja yang rapi. "Walaupun PAS Melaka tidak mendapat sebarang kerusi pada PRU 12 namun itu tidak bermakna PAS lemah dan ditolak secara total oleh rakyat Melaka". "Kedudukan Melaka sebenarnya lebih baik dari sesetengah negeri dari segi peluang untuk menang pada PRU 13, cuma kita kena kerja kuat sikit" tegas beliau. Dato' Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan...

PAS TAKKAN NAIK BAHTERA BOCOR - TUAN GURU HAJI HADI

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai BN. "PAS tidak akan menaiki bahtera BN yang sedang bocor"."PAS tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan sekali-kali memungkiri janji untuk bersama dengan PR" tegas beliau.Walaupun PAS bersedia untuk bekerjasama dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan bersama seperti isu antarabangsa dan sebagainya namun kerjasama politik tidak...

Saturday, February 20, 2010

SELAMAT DATANG PRESIDEN PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Melaka pada 21 Feb 2010 ini. Beliau mempunyai aturcara yang padat bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam.Di sebelah pagi beliau akan menyamapaikan amanat kepada seluruh kepimpinan PAS Negeri dan kawasan dalam program Tarbawi di Hamas, Jasin. Sebelah petangnya pula diadakan taklimat khas juga di tempat yang sama.Pada jam 5.30 petang program Hi Tea bersama Presiden di Pejabat PAS Kota Melaka di Telok Mas dan sebelah malam diadakan ceramah umum di Markas...

JALANKAN HUKUM ISLAM DENGAN BETUL

Riuh rendah sehari dua ini tentang hukuman sebatan. Ada pihak mendakwa hukum sebatan itu bertepatan dengan Islam dan wajar dihormati.Namun sebenarnya hukum sebatan yang dijalankan ke atas 3 wanita tersebut adalah jauh dari hukum Islam sebenar. Siapa yang mengajar mereka bahawa hukum Islam ke atas penzina yang belum kahwin adalah 6 sebatan dan dijalankan secara tertutup. Adakah gagasan 1Malaysia yang mengajar mereka.Sedangkan di dalam Al-Qur'an disebutkan bahawa penzina yang dibuktikan bersalah disebat dengan 100 rotan di khalayak ramai. Jelas sekali...

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).