Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Tuesday, September 25, 2012

Pentas Muslimat dan Presiden PAS di Melaka

Kelmarin telah berlangsungnya majlis makan malam dan ceramah bersama Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang serta beberapa pimpinan PAS Pusat dan juga PAS Negeri Melaka di Kg. Parit Putat di Sungai Rambai Melaka. Antara yang hadir selain daripada presiden ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia iaitu Siti Zailah Mohd Yusof yang juga merangkap Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Timbalannya iaitu Dr Siti Mariah Mahmud yang juga...

Saturday, September 22, 2012

Politik Murahan Ali Rustam

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari menasihatkan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam supaya tidak menjadikan isu penghinaan kepada Rasulullah S.A.W sebagai politik murahan untuk meraih survival politik beliau dan juga UMNO. Tindakan beliau yang tidak cerdik melambangkan beliau gagal dalam membezakan isu sensitif dan juga isu politik. Adly ketika dihubungi pihak admin berkata bahawa isu penghinaan ke atas Rasulullah S.A.W telah disalah guna...

Tuesday, September 18, 2012

Gelombang Hijau Membadai Melaka

Dua hari lepas, PAS Melaka telah menganjurkan ceramah di Tanjung Kling, Tangga Batu yang mendapat sambutan lebih daripada 4,000 orang dan paling ramai pernah dihadiri oleh rakyat sekitar negeri Melaka. Kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Melaka mencetuskan satu fenomena gelombang hijau di Melaka yang turut mendapat sambutan daripada golongan muda. Arus gelombang ini bukan sahaja tertumpu kepada golongan melayu...

Friday, September 14, 2012

Video: JKKK Ugut dan Ancam Keselamatan Orang Ramai

Tindakan bongkak seorang Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di Bukit Palah, berdekatan dengan Masjid al-Azim mengugut penduduk yang menyokong PAS akan menerima 'balasan' yang setimpal kerana tidak mengenang budi yang UMNO berikan kepada mereka sebelum ini. UMNO itu siapa? Tuhan ke? Tindakan JKKK yang seakan-akan tidak waras menjerit serta mengajak untuk berlawan dengan beliau. Apa yang dicabar dan diajak itpun kita tidak...

Thursday, September 6, 2012

Isu Allahyarham Tun Ghafar: Ini Jawapannya

Keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 September 2012 PAS Melaka mendakwa menantu bekas Timb. Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Ahmad Hamzah tersalah faham mengenai isi kandung ceramah yang disampaikan Timb. Presiden PAS, Mohamad Sabu. Maklumat lanjut, sila liha keratan Sinar Harian bertarikh 6 September 2012. Rentetan itu, PAS Melaka akan membuat siri penerangan dan ceramah berhubung isu ini pada 7 September 2012, 9.00mlm...

Wednesday, September 5, 2012

Apabila Hantu Takut Bayang-bayang

Kuala Linggi - Koyak banner Durian Tunggal - Potong strimer dan bunting Lendu - Bakar bendera dan rosakkan banner Melaka yang ditadbir oleh Barisan Nasional ibarat fobia dengan kehadiran Pakatan Rakyat. Buktinya jelas bahawa banyak kain rentang dan bendera telah menjadi sasaran ahli vandalisma dengan memotong dan merosakkan harta benda awam terutama berkaitan politik. Jika mereka tidak tergugat, manakan angin akan meniup pokok dan...

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).