KUALA LUMPUR, 25 Okt: PAS mengucapkan tahniah kepada Parti An-Nahdah yang memenangi pilihan raya Tunisia semalam.Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga berharap kemenangan itu diterima oleh masyarakat antarabangsa walaupun ia dimenangi oleh parti Islam.Sebenarnya, kata beliau An-Nahdah penah memenangi pilihan raya Tunisia beberapa tahun lalu dengan majoriti yang besar, tetapi kemenangan itu dinafikan dan Parti An-Nahdah diharamkan,...
Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab menyeru pihak kerajaan agar menurap jalan tanah merah menghala ke rumah 6 keluarga yang terpaksa berpindah ke Kampung Solok Sama Tahu, Bukit Katil akibat pengambilan tanah mereka di Jalan Datuk Demamg Hussein."Penduduk masih menunggu kemudahan infrastruktur seperti jalan tar di penempatan baru mereka memandangkan jalan tersebut masih lagi belum diturap sedangkan sudah ada enam buah rumah yang siap di bina....
Kerajaan negeri Melaka sudah lama membina Zoo 'Gajah Putih' di negeri ini. Memang banyak Gajah Putih dipelihara di Melaka. Tidak ada Zoo di seluruh dunia yang memelihara gajah putih sebanyak yang ada dalam Zoo 'Gajah Putih' di Melaka ini.Sejak negeri ini diperintah oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam memang banyak gajah putih dipelihara. Ada yang diimport dari luar negeri ada yang di'tangkap' di dalam negara kita sendiri.Antara gajah putih yang sedang...
MELAKA, 21 Okt: PAS Kawasan Bukit Katil menggesa akhbar Sinar Harian membuat penafian berita mengenai penyertaan bekas ketua PAS cawangan ke dalam Umno. Setiausahanya, Ramli Dalip (gambar kecil) menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan akhbar tersebut hari ini bahawa 30 ahli PKR Ranting Bukit Piatu Parlimen Bukit Katil bertindak membubarkan ranting tersebut dan bertindak menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Menteri, Datuk...
Malang sungguh bagi negara kita, di saat negara-negara lain jauh lebih matang, professional dan telus dalam politik mereka, Malaysia menjadi negara yang mengamalkan POLITIK SEKS. Apa nak jadi dengan negara kita. Bermula dengan fitnah liwat terhadap Anwar, diikuti dengan video adegan seks Presiden MCA, seterusnya kes liwat 2 Anwar, video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sehari dua ini isu ramas buah dada memfitnah anak Ketua Menteri...
Pakatan Rakyat (PR) Negeri Melaka sudah bersedia untuk mengambilalih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Melaka dari BN jika rakyat memberikan mandat kepada mereka.Dari barisan kepimpinan baru PAS, PKR dan DAP Melaka ternyata pimpinan yang ada jauh lebih layak dan berkarisma jika dibandingkan dengan pimpinan BN Melaka. Selain dari keterampilan, karisma, pendidikan dan ketrampilan pimpinan PR Melaka sudah pasti mempunyai integriti, bersih dan berakhlaq...
KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini."PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang...
Presiden Umno, Najib Razak sering melaung-laungkan bahawa calon Umno yang akan diturunkan pada PRU 13 nanti adalah calon boleh menang (winnable). Pelbagai kriteria dan sifat calon digariskan oleh Presiden Umno. Namun kita tidak nampak ciri-ciri yang digariskan Islam dititik beratkan.Sepatutnya Presiden Umno meletakkan pegangan agama, integriti, ahklaq, peribadi baik dan berilmu sebagai ciri-ciri utama bakal calon Umno. Tidak ada gunanya meletakkan...
Sekolah Harapan Negeri Melaka adalah idea daripada Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam telah dibuka pada tanggal 17 September 2010 iaitu pada hari Jumaat. Kini sudah genap setahun sekolah itu telah beroperasi di Jasin. Sekolah itu yang dikenali sebagai ''Sekolah Harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).Peruntukan untuk Sekolah Harapan ini menelan kos RM1juta setahun dengan permulaan...
KLANG - Malang nasib seorang wanita apabila dia bukan saja gagal menyelamatkan kereta Toyota Altis miliknya daripada dilarikan penyamun malah berakhir dengan nyawanya melayang akibat dilanggar dan digilis oleh penjenayah yang tidak berhati perut dalam kejadian di Jalan Kangar 92, Jalan Kapar di sini kelmarin.
Semasa kejadian pada pukul 7.15 malam itu, mangsa Teoh Moy Lay, 52, mati akibat cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar...
Tun Mahathir kata Umno sudah busuk sampai ke usus sukar hendak diubati.Tun Musa Hitam kata Umno dilanda penyakit 'ketuaan' ertinya sudah sampai umur nyanyuk.Kewujudan PERKASA menunjukkan Umno gagal membela Melayu.Umno/BN merestui industri judi di negara ini. Buktinya untuk tahun 2009 jumlah cukai judi ialah RM2.3 bilion. Umno 'pandai' memerintah sebab itu hutang negara meningkat kepada RM450bilion iaitu seorang rakyat menanggung hutang sebanyak...
Orang agama dalam Umno hanya bersifat kupang tembaga.Peranan golongan agama hanya untuk menjadi 'peluru' melawan PAS, baca doa, tahlil dan marhaban.Suara mereka tidak diendahkan hatta fatwa mufti pun diketepikan, Contohnya pengharaman 'Jom Heboh'.Dasar bumiputera sebenarnya adalah Umnoputera. Akhirnya hak orang lain dibolot oleh Umnoputera yakni menindas orang lain khususnya orang yang berlainan ideologi.Akibatnya matlamat DEB gagal ekonomi orang...
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Wee Ka Siong berkata kira-kira 70,000 hingga 80,000 pelajar tidak menghabiskan pengajian mereka samada di peringkat sekolah rendah maupun sekolah menengah. Antara puncanya ialah pelajar tidak berminat untuk belajar dan juga kerana masalah kesempitan hidup.Ini merupakan suatu angka yang sangat besar dan membimbangkan. Mana mungkin sebuah negara yang mengaku akan menjadi negara maju tidak lama lagi mempunyai bilangan...
Islam tidak menjadi dasar, akhirnya banyak perkara yang dilaksanakan semasa berkuasa bertentangan dengan Islam.Dasar Umno/BN pragmatis (ikut suasana). Mana yang boleh untung ia akan ikut. Contohnya Bank Islam.Islam hanya kuda tunggangan Umno/BN, terutama di kawasan yang kuat agama contohnya Muhyiddin Yassin mengatakan undi BN juga masuk syurga ketika kempen PRK Manek Urai.Akhlaq pemimpin yang terlibat dengan skandal yang mengaibkan seperti yang berlaku...
Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menggesa tindakan diambil terhadap Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara dalam isu keganasan Bersih 2.0.Polis bawahan yang melakukan keganasan semasa Himpunan Bersih 2.0 disebabkan orang atasan membiarkan mereka melakukan perkara tersebut.Bukan Polis sahaja yang bersalah tetapi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara, demikian antara intipati ucapan Ahli Parlimen...
Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) ditubuhkan oleh kerajaan BN beberapa tahun lalu. Tujuannya tidak jelas tetapi kerja yang dilaksanakan oleh Jasa hanyalah untuk berkempen supaya rakyat menyokong BN, itu sahaja.Malah dalam media hari ini tanpa segan silu Ketua Pengarah Jasa, Fuad Hassan berkata Jasa akan mengesyorkan kepada Perdana Menteri nama-nama yang mampu bertanding pada pilihanraya akan datang. Malang sungguh bagi rakyat Malaysia apabila...
Kita menyanjung tinggi sikap terus terang DAP serta kematangan mereka berpolitik. Tanpa berselindung DAP menyatakan sikap mereka menolak pelaksanaan hukum Hudud atas alasan bertentangan dengan perlembagaan Malaysia.Tidak seperti Umno yang berdolak dalik dengan menyatakan hukum Hudud tidak sesuai kerana masyarakat majmuk dan rakyat belum faham sepenuhnya. Kalau itu alasannya Umno/BN sepatutnya berusaha untuk memberi kefahaman kepada rakyat tentang...
Tindakan Kerajaan Negeri Melaka mengenakan Caj Warisan 5 % kepada pelancong yang menginap di premis penginapan bermula dari 1 September 2011 adalah dipersoalkan, memandangkan kos penginapan yang sedia ada telah merangkumi caj perkhidmatan oleh pengusaha premis penginapan.Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPK BK ) dengan ini menggesa Kerajaan Negeri Melaka supaya keputusan tersebut dikaji dengan sedalam-dalamnya bagi mengelakkan penurunan kadar...
Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.
Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.
Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?
Fakta Monorel Melaka
1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.
2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010
3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.
3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50
4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.
5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.
6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.
Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).
Sekilas masalah tempatan di Tg Bidara: 1. Pendatang asing menginap di kawasan perumahan. Mendatangkan ketidakpuasan hati penduduk setempat kerana pendatang asing sering menimbulkan kekecohan, pergaduhan dan membuat bising. LOKASI: Tmn Bidara Permai, Tg Bidara.
2. Padang bola sepak di sebelah rumah pangsa cuba dibeli oleh pemaju untuk dibina kawasan perumahan. Mendapat tentangan penduduk tempatan dan akhirnya padang yang sering digunakan dahulu terbengkalai dan tidak digunakan lagi. LOKASI: sebelah rumah pangsa, Tmn Bidara Permai, Tg Bidara.
3. Rumah yang 90% siap, terbengkalai kerana masih belum mendapatkan CF. Akhirnya rumah tersebut terbengkalai dan dipenuhi semak. LOKASI: Tmn Bidara Palma, Tg Bidara.
4. Hakisan pantai berlaku dan para nelayan tidak boleh mendarat seperti biasa. Benteng persisir pantai juga dibina tetapi tak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku. LOKASI: Tg Bidara.
5. Permohonan rumah PPRT oleh ibu tunggal tertangguh hampir 2 tahun. Pengerusi JKKK telah berjanji untuk menunaikan hasrat membina rumah PPRT sejak Raya Puasa (2011), namun tiada hitam putih dan sehingga kini tiada sebarang usaha dilihat.
6. Isu bau busuk yang datang dari kandang babi di Paya Mengkuang, Tg Bidara. Tidak selesai sejak bertahun.
7. Sikap pilih kasih dalam hal pembangunan yang diamalkan oleh JKKK tempatan sangat berleluasa. Pengerusi JKKK akui telah menurap semua jalan kampung2 seluruh Tg Bidara. Tetapi, malangnya jalan yang menghala ke rumah penyokong PAS tidak diturap, sedangkan jalan ke rumah berdekatan diturap.