Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Wednesday, October 19, 2011

PR Melaka sudah sedia ambil alih Kerajaan Negeri

Pakatan Rakyat (PR) Negeri Melaka sudah bersedia untuk mengambilalih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Melaka dari BN jika rakyat memberikan mandat kepada mereka.

Dari barisan kepimpinan baru PAS, PKR dan DAP Melaka ternyata pimpinan yang ada jauh lebih layak dan berkarisma jika dibandingkan dengan pimpinan BN Melaka. Selain dari keterampilan, karisma, pendidikan dan ketrampilan pimpinan PR Melaka sudah pasti mempunyai integriti, bersih dan berakhlaq sebagaimana yang dibuktikan oleh pimpinan kerajaan PR di Kelantan, Kedah , Selangor dan Pulau Pinang.

Sebahagian besar pimpinan PR yang ada sekarang semua mempunyai pendidikan tinggi jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan pimpinan BN.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Adly Zahari, 40 tahun berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari UTM; Shamsul Iskandar Mohd Akin,38 tahun memegang Ijazah Undang-udang dari UIA manakala Goh Leong San, 44 tahun, Pengerusi DAP Negeri Melaka mempunyai Ijazah Sains Kimia dari USM.



Malah rata-rata pimpinan PAS Negeri berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah pertama dari IPTA dan luar negeri. Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek, 42 tahun, lulusan Universiti Al Azhar, Mesir; Timbalan Pesuruhjaya 2, Ustaz Mohd Nor Omar, 47 tahun (UKM), TPJ 3,Sofi Wahab, 43 tahun Ijazah Teknologi Industri (USM); Ketua Penerangan, Azrin Majid, 47 tahun, Ijazah Sarjana dari UKM; Ketua Dewan Ulama, Ustaz Zulkifli Ismail, 44 tahun lulusan Universiti Al Azhar Mesir dan Dr Khatijah Jumangat, 55 tahun berkelulusan PhD dalam bidang Kimia.

Selain pimpinan tertinggi yang disebutkan di atas rata-rata AJK Perhubungan Negeri dan Kawasan berkelulusan Ijazah dan Diploma. Sebahagian lagi adalah bekas pesara kerajaan, swasta dan juga aktivis masyarakat yang dikenali dan disenangi ramai.

Kesemua mereka mempunyai pengalaman mentadbir samada sebagai Jurutera, Pensyarah, Guru dan sebagainya. Tidak syak lagi mereka sudah bersedia untuk menawarkan kepimpinan yang bersih dari rasuah, amanah, berakhlaq dan akan sentiasa memelihara wang rakyat dari pembaziran.

Cuba kita bandingkan dengan Ketua Menteri dan exco-exco kerajaan negeri yang ada pada hari ini. Bukan untuk memperlekehkan mereka tetapi itulah hakikatnya.

Apa yang penting PAS dan PR akan menawarkan sebuah kerajaan yang tidak akan mengamalkan rasuah, telus, professional, mengutamakan rakyat dan sebagainya.

Tidak syak lagi rakyat jangan sangsi dan gusar dengan kredibiliti, kebolehan dan pengalaman pemimpin PAS dan PR. Mereka sudah pasti dapat memimpin kerajaan Melaka jauh lebih baik dan telus serta beramanah jika dibandingkan dengan kepimpinan BN.

Oleh itu saya menyeru seluruh rakyat negeri Melaka supaya bangkit membuat perubahan menukarkan kerajaan negeri yang ada pada hari ini yang terbukti terlibat dengan rasuah (Ketua Menteri sendiri disabitkan dengan rasuah), tidak berkelulusan tinggi dan hanya mementingkan diri dengan mengumpulkan kekayaan untuk diri masing-masing.


Timb. Pesuruhjaya 3 PAS

1 comments:

Nak tergelak pulak tapi takut jatuh riak, cukuplah sekadar tersenyum sumbing dan sinis

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).