Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Tuesday, October 25, 2011

Kerajaan arah rakyat pindah, tetapi kebajikan DIABAI

Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab menyeru pihak kerajaan agar menurap jalan tanah merah menghala ke rumah 6 keluarga yang terpaksa berpindah ke Kampung Solok Sama Tahu, Bukit Katil akibat pengambilan tanah mereka di Jalan Datuk Demamg Hussein.


"Penduduk masih menunggu kemudahan infrastruktur seperti jalan tar di penempatan baru mereka memandangkan jalan tersebut masih lagi belum diturap sedangkan sudah ada enam buah rumah yang siap di bina. Keadaan jalan yang berdebu dan kadang-kadang berlumpur mendatang keadaan kurang selesa kepada penduduk di situ."

"Sepatutnya pihak kerajaan menurap jalan tersebut terlebih dahulu bagi memberikan kemudahan untuk mereka berulang alik" ujar Yusof yang meninjau keadaan mereka semalam.

Salah seorang penduduk terbabit Nyemah Binti Mohamad, 50-an berkata mereka telah lama berpindah ke kampung tersebut tetapi kerajaan seolah-olah tidak mengendahkan kebajikan mereka.
"Kami sudah lama berpindah kerana mengikut arahan kerajaan supaya berpindah ke tempat baru setelah rumah dan tanah lama kami ambil untuk tujuan pembangunan tetapi kebajikan kami diabaikan" ujar Nyemah.

Yusof berkata sebelum ini penduduk terbabit terpaksa menyewa rumah selama 6 bulan yang mana kadar sewanya RM300 bagi setiap bulan di Lorong Undang, Bukit Katil kerana mereka tidak dapat berpindah ke rumah baru akibat tiada jalan berturap dan tiada wang untuk membuat pendawaian elektrik.

"Akhirnya mereka sudah tidak sanggup lagi menyewa rumah sedangkan rumah baru mereka telah siap, akhirnya mereka berpindah juga walaupun keadaan tidak selesa" tambah Yusof.

Beliau berharap pihak yang berwajib dapat menunaikan permintaan supaya kemudahan asas disediakan terutamanya jalan yang sering berlumpur dalam keadaan hujan.

"Penduduk juga mengeluh kerana ada antara mereka yang terpaksa membayar harga rumah mereka yang melebihi dari wang pampasan yang diterima. Ada antara penduduk yang menerima kira-kira RM60,000 sahaja sedangkan harga rumah baru yang dibina mencecah lebih dari RM70,000"

"Mereka juga terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk membuat pendawaian elektrik, paip dan sebagainya, ada antara mereka yang memang tidak mampu" tambah Yusof.

Menurutnya, kerajaan Melaka jangan berlepas tangan dalam isu ini kerana rakyat berpindah ke tempat baru bukan atas permintaan mereka, tetapi diperintah oleh kerajaan yang mengambil tanah mereka.


Mutaligat

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).