Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, April 30, 2012

Takraw Terbuka DUN Ayer Molek

Semalam berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw Piala Pakatan Rakyat Ayer Molek anjuran Pakatan Rakyat Ayer Molek yang turut dihadiri oleh pemain-pemain dari selatan tanah air yang merebut hadiah wang tunai RM1,000 bagi tempat pertama. Kejohanan Kejohanan Sepak Takraw Piala Pakatan Rakyat Ayer Molek telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan disaksikan oleh Penyelia DUN Ayer Molek, Mustafa Ali dan Hj Ismail Ahmad. Kejohanan...

Taklimat Bersama Timbalan Presiden PAS

Semalam telah berlangsung taklimat bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli bersama dengan ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Melaka. Program yang bermula jam 2.30 petang itu dimulakan dengan penyampaian persembahan mengenai pilihanraya oleh Pengarah Pilihanraya Negeri, Bahiki Ismail. Selesai dengan program itu, Timbalan Presiden turut menonton klip video pendek mengenai Pakatan...

Kemalangan Di Melaka Meningkat

Gambar hiasan Statistik yang dikeluarkan mengenai kemalangan jalan raya yang melibatkan negeri Melaka telah meningkat dan keadan ini amat membimbangkan pengguna jalan raya seperti motosikal. Motosikal merupakan penyumbang utama kemalangan jalan raya tidak kira di mana-mana lokasi. Jumlah kemalangan yang dicatatkan di negeri ini sepanjang Mac lalu meningkat 12 peratus atau 133 kes kepada 1,283 kes berbanding 1,150 kes Februari lalu. Peningkatan...

Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0 Seluruh Negara

Walaupun pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menghalang orang ramai dari mendekati Dataran Merdeka, namun keadaan sehingga pagi ini telah dipenuhi oleh peserta di Dataran Merdeka. Lebih banyak kon-kon dipasang dan juga kawat berduri telah merentangi laluan untuk ke dataran tersebut. Jalan-jalan utama juga telah ditutp semenjak awal pagi tadi namun orang semakin mendekati kawasan Dataran Merdeka. Ada yang terpaksa meletakkan jauh dan terpaksa...

Wednesday, April 25, 2012

Perutusan BERSIH 3.0 Melaka

PAS Melaka yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah akan menghantar sekurang-kurangnya 5,000 ahli ke Dataran Merdeka bagi membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dianggap menimbulkan keraguan kepada pengundi serta sikap berat sebelahnya terhadap parti yang memerintah pada hari ini. Himpunan yang dinamakan "Duduk dan Bantah" itu akan mengumpulkan sasaran seramai 500,000 orang yang bertempat di Dataran Merdeka...

Monday, April 23, 2012

Speaker Tuduh Pakatan Rakyat Menipu

Selepas didakwa terlibat dengan pertukaran alamat mahasiswa, Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad menuduh pembangkang menipu pula sedangkan dalam klip video itu jelas menunjukkan bahawa pertukaran itu melibatkan dana kerajaan seperti yang diperkatakan oleh lelaki dalam video yang di dakwa anak seorang ADUN UMNO. Dalam kenyataan speaker kepada sebuah media, beliau mengatakan tidak timbul penyelewangan dan penipuan seperti yang didakwa...

Saturday, April 21, 2012

Anak ADUN UMNO Terlibat Pertukaran Alamat

Adun DAP kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa, video tiga sedutan yang setiap satunya kira-kira 5 minit dan dirakam secara tersembunyi itu diterimanya beberapa hari lalu. Khoo juga mendakwa, dialog yang diucapkan dalam video terbabit juga mempunyai unsur perkauman yang mengatakan PRU kali ini tidak boleh dimenangi kaum Cina. Ditanya mengenai tindakan seterusnya selepas menerima rakaman terbabit, beliau berkata, pihaknya tidak...

Thursday, April 19, 2012

Senator Abaikan Keluarga

Syed Zainaruddin B Dato' Syed Zain merupakan adik kepada Ketua Wanita UMNO Johor, Senator Sharifah Azizah Syed Zain menceritakan beliau diabaikan oleh kakaknya dan kakaknya tidak menjenguk ibunya setelah diberitahu meninggal dunia dengan alasan ada tugasan lain. Syed Zainaruddin B Dato' Syed Zain juga kesal dengan kakaknya yang tidak mengambil tahu pasal keluarga sedangkan kakaknya itu seorang yang terkenal dalam UMNO. Beliau menunjukkan...

Wednesday, April 18, 2012

Sambutan Sukan Rakyat

Pada ahad lepas telah diadakan sukan marathon anjuran Sukan Rekreasi yang melibatkan sekitar 300 orang peserta yang melibatkan jarak sejauh 8.5 kilometer yang terbuka kepada tiga kategori yang dipertandingkan. Kategori yang dipertandingkan ialah kategori A bagi yang berumur 40 tahun ke atas, kategori B bagi dewasa bawah 40 tahun dan kategori C bagi acara wanita. Acara yang bermula jam 8.00 pagi itu bermula digarisan permulaan pejebat DAP...

Tuesday, April 17, 2012

Belanja RM795.4juta Dalam Masa 3 Tahun

Sepanjang tempoh 1999 hingga 2011, kerajaan Melaka telah membelanjakan dari sumber langsung negeri untuk projek pembangunan adalah berjumlah RM795.4juta. Jumlah itu merangkumi beberapa projek seperti pembinaan Planetarium di MITC, Balai Cerap Al-Khawarizmi, pemilikan bangunan Wisma Persekutuan di Jalan Hang Tuah, bangunan MICTH  dan pembinaan Bangunan Blok Bentara. Mengikut pecahan, pembinaan Planetarium di MITC adalah berjumlah...

Monday, April 16, 2012

Sukan PASTI Negeri Melaka

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari menyampaikan hadiah kepada pemenang  Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah menyampaikan hadiah kepada pemenang Pada 14 April 2012 yang lalu, PASTI Melaka telah mengadakan Sukan PASTI peringkat negeri yang melibatkan enam kawasan parlimen dalam Melaka yang bertempat di Masjid Tanah. Acara yang bermula jam 8.30 pagi itu turut melibatkan 8 acara utama yang dipertandingan selepas peringakta...

Video Himpunan Anti Lynas

Pada Jumaat lepas, Himpunan Anti-Lynas telah diadakan di dataran tempat meletak kereta di hadapan bangunan Universiti Terbuka Malaysia. Himpunan itu bertujuan membantah pembinaan kilang radioaktif dan juga tidak memberikan keuntungan kepada rakyat dan juga negara. Tujuan berhimpun adalah 'membersihkan' bumi kita dari pencemaran sisa radioaktif yang boleh mengancam nyawa penduduk setempat berdekatan dengan kilang Lynas yang di bi...

Friday, April 13, 2012

Himpunan anti-Lynas Tengahari Ini di Melaka

Bersama-sama kita untuk menyatakan bantahan mengenai pembinaan kilang Lynas di Kuantan. Lokasi berhimpun di Melaka hari ini bertempat di perkarangan tempat meletak kereta di bangunan Universiti terbuka Malaysia selepas menunaikan solat Jumaat dan tema pakaina adalah berkaitan alam sekitar iaitu warna hijau atau Tshirt anti-Lyna...

Thursday, April 12, 2012

PTPTN dan Abd. Talib

Memetik kenyataan Naib Pengerusi Mimbar Pemuafakatan Ibu Bapa Nasional (Mapin) negeri Melaka, Datuk Abd. Talib Bachek, cadangan pembangkang untuk memansuhkan PTPTN tidak berasas dan bermotifkan politik semata-mata. Apakah motif politik yang diperkatakan oleh Naib Pengerusi Mapin itu? Pembangkang yang mencipta motif politik atau pihak yang berkaitan tidak dapat mengagihkan projek kepada kroni?  Beliau berkata lagi bahawa sejak...

Wednesday, April 11, 2012

Himpunan Hijau Di Melaka 13 April 2012

Satu bantahan aman terhadap kilang nadir bumi Lynas akan diadakan Jumaat ini bagi menyuarakan bantahan dan kebimbangan masyarakat Melaka mengenai operasi kilang berkenaan di Kuantan, Pahang. Selain Melaka, Program anju­ran badan bukan kerajaan (NGO) serta Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan turut diadakan di seluruh negara bagi tujuan sama. Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari berkata, program akan bermula jam 2 petang berhada­pan­ Masjid...

Tuesday, April 10, 2012

KUIM Hutang RM47juta dengan Kerajaan Melaka

Lagi agensi atau badan berkanun milik kerajaan berhutang dengan kerajaan Melaka. Kali ini melibatkan sebuah kolej yang terletak Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka. Kolej tersebut dahulunya dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka dan sekarng dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diselia oleh badan berkanun kerajaan negeri Melaka. KUIM mempunyai hutang tertunggak dengan kerajaan...

Monday, April 9, 2012

MAIM Hutang dengan Kerajaan Negeri Melaka RM11.99juta

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai hutang dengan kerajaan negeri berjumlah  RM11.99juta (RM11,990,437.84juta). MAIM selaku agensi atau sebuah badan berkanun yang dikawal selia oleh kerajaan Negeri Melaka. Hutang MAIM tersebut adalah berdasarkan kepada hutang yang berakhir pada 31 Disember 2011 yang lalu. Di bawah MAIM mempunyai 3 anak syarikat milik MAIM iaitu Pusat Zakat Melaka (PZM), MAIM Holdings Berhad dan Pusat...

Sunday, April 8, 2012

Gempar Kerajaan Melaka Muflis

Terkini keadaan rizab tunai kerajaan Melaka yang berakhir pada 2011 menunjukkan bahawa adalah RM8.26juta dan kemungkinan rizab tunai itu akan menurun lagi pada tahun yang akan berkahir 2012. Bolehkah Melaka dapat diselamatkan ekoran rezab tunainya di bawah angka RM10juta? Jangan sampai Melaka muflis di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Ali Rustam. Semenjak menjadi Ketua Menteri Melaka bermula pada tahun 1999, rezab tunai pada tahun 1999 adalah...

Friday, April 6, 2012

PR Cabar Ali Rustam Berkaitan Ugutan Bunuh

Ekoran kes ugutan bunuh terhadap suami kepada seorang surirumah di Bukit Baru ini khamis lepas, pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, YB Khoo Poay Tiong, dan Kamaruddin Sidek mengeluarkan satu kenyataan akhbar di rumah mangsa yang terletak di Bukit Baru semalam. YB Khoo Poay Tiong Adun Ayer Keroh (DAP) mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya menyatakan pendirian beliau terhadap kejadian...

Thursday, April 5, 2012

Video: Ugut Bunuh Menjadi-jadi Dalam UMNO

Seorang isteri kepada seorang penduduk di Kg. Bukit Baru ini hidup dalam ketakutan apabila suaminya telah diugut bunuh oleh tiga lelaki dipercayai orang kuat UMNO di sini semalam ekoran daripada tindakan mengantung bendera PAS dihadapan rumahnya. Tiga lelaki tersebut juga turut mengoyak bendera PAS yang digantung dihadapan rumahnya. Berikutan daripada itu isteri beliau telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Baru kerana...

Wednesday, April 4, 2012

Ali Rustam, Boros dan Liabiliti

Seperti yang kita ketahui bahawa 'banyak berhenti dari bergerak' dan itulah kekunci yang sesuai digunakan untuk perkhidmatan monorel yang terletak di Taman Rempah di mana pusat operasinya monorel Melaka sejauh 1.5 kilometer menghubungkan Stesen Hang Tuah dan Stesen Hang Jebat dan sudah 27 kali rosak sepanjang pembukaannya pada Oktober 2010 sehingga Oktober 2011. Setahun sahaja sudah 27 kali mengalami masalah. Sikap yang tidak bertanggungjawab...

Tuesday, April 3, 2012

Kandungan Penuh Laporan Minoriti

Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) telah mencadangkan satu Laporan Minoriti berhubung Daftar Pemilih, dilampirkan bersama laporan akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012. Bagaimanapun, cadangan itu telah ditolak. Hari ini, Dewan Rakyat juga turut menolak usul mereka berhubung perkara yang sama. Berikut...

22 syor PCC mengenai pilihan raya

SETELAH mendengar cadangan dan maklum balas daripada individu/persatuan/pertubuhan berdaftar serta cadangan dan maklum balas daripada ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) dan mengambil kira perbincangan dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil dan pemerhatian daripada Lawatan Kerja, PSC mengemukakan syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya seperti yang berikut: (I) PERUNDANGAN DAN PINDAAN PERATURAN 1. Memberi kemudahan kepada rakyat...

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).