Parlimen Jasin
Sungai Rambai Agrotourism Park yang terletak dalam Parlimen Jasin juga dikatakan laluan untuk pelancongan. Namun kerajaan negeri lebih mementingkan pelancong serta mengabaikan kebajikan penduduk seperti contoh banyak rumah yang tidak boleh didiami oleh penduduk setempat.
Tinjauan mendapati keadaan keadaan rumah dipenuhi dengan semak-samun dan keadaan rumah yang tidak terurus dengan baik. Keadaan siling juga pecah bagaikan rumah itu telah lama ditinggalkan oleh penghuni tetapi sebenarnya masih belum dihuni.
Apakah ini dikatakan negeri maju tetapi masalah rakyat masih lagi belum selesai. Adakah maju ini hanya di kawasan bandar tetapi mundur di kawadan kampung? Bagaimana pihak terbabit menguruskan masalah rumah milik rakyat ini. Sudah bayar tapi tidak boleh diduduki?
Parlimen Masjid Tanah
Keadaan rumah sudah 90% hampir siap namun rumah tersebut tidak disiapkan sepenuhnya gara-gara pihak yang dipertanggungjawabkan tidak menyiapkan rumah tersebut sedangkan pihak pembeli telah pun membuat bayaran pinjaman tetapi pada masa yang sama masih tidak dapat didiami.
Keadaan rumah juga tidak dalam keadaan baik kerana siling-siling dalam rumah telahpun pecah serta pendawaian elektrik juga telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana orang yang menguruskan perumahan ini membiarkan sahaja rumah milik pembeli tanpa ada usaha untuk menyiapkannya? Adakah kos pembinaan terlalu tinggi atau pihak pemaju telah kehabisan sumber kewangan?
Keadaan rumah terbengkalai ini terletak di Taman Bidara Palma, Tanjung Bidara, Masjid Tanah. Kita juga mengetahui bahawa kawasan tersebut paling ramai penduduk Melayu. Bagaimana hak orang Melayu ini dibiarkan tanpa dibantu oleh pihak kerajaan sekiranya pemaju tidak menyiapkannya? Apakah nasib pembeli yang terpaksa membayar hutang perumahan sedangkan rumah belum didiami?
Parlimen Bukit Katil
Kebanyakkan rumah di taman perumahan sekitar Taman Bukit Katil dan Taman Bukit Katil Permai masih lagi ada rumah yang belum didiami oleh penduduk dan biarkan kosong tanpa penghuni. Keadaan rumah yang tidak didiami mungkin kerana faktor kos rumah yang terlalu tinggi ataupun gagal menyelesaikan hutang rumah sedangkan perumahan tersebut untuk bumiputera.
Walaupun perumahan itu dibuka penjualannya kepada bumiputera namun ia tidak mampu dimiliki kerana faktor kos yang tidak mampu dilunaskan dan ada sesetengah rumah telah dilelong oleh pihak bank. Begitu malang nasib bumiputera apabila pihak kerajaan sepatutnya membantu golongan bumiputera memiliki rumah dengan mudah sebaliknya kesulitan yang dialami menyebabkan tidak tertanggung dengan bayaran yang terlalu tinggi.
Antara rumah kos rendah yang ada di Bukit Katil ialah termasuk Rumah Awam Penghulu Jabar, Taman Bukit Katil Permai dan Town House yang majoritinya adalah penduduk berbangsa Melayu yang menetap di situ dan mampu beli kerana kosnya murah. Bagi rumah taman yang kos sederhana pula yang berharga sekitar RM80,000 hingga RM100,000 kebanyakkan orang Melayu tidak mampu memilikinya.
Sebagai kesimpulannya bahawa rumah kos rendah berharga RM35,000 hingga RM42,000 seunit ke bawah manakala rumah kos sederhana berharga RM80,000 hingga RM100,000. Bagi rumah kos tinggi pula ia bernilai RM200,000 dan ke atas dan siapakah golongan bumiputera yang mampu memilikiya kerana penduduk di kawasan tersebut hanya berpendapatan rendah. [sumber]
0 comments:
Post a Comment