Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Friday, June 29, 2012

Video Konflik JAIM vs Penduduk vs UMNO


Penduduk Taman Bukit Beruang Utama, Abdul Aziz Sabtu menjelaskan bahawa beliau telah dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengenai tambahan bilik bacaan yang telah dipinjamkan kepada JAIM untuk tujuan tadika Islam. 

Setelah itu, persatuan dipanggil semula oleh JAIM dan telah dipruntukkan RM104,000 dan pada asalnya ialah RM110,000 tetapi telah disahkan oleh kontraktor bahawa kosnya adalah RM104,000. 

Campurtangan sebuah badan politik terhadap NGO telah menjadikan persatuan dalam keadaan tidak terurus kerana campurtangan badan politik. Apa hak badan politik campurtangan dalam NGO dan persatuan? 

Tujuan tadika itu adalah untuk keselesaan penduduk dan pernah memberitahu bermesyuarat diluar. Persatuan penduduk meminta JAIM mencari bangunan baru bagi pendidikan bagi taska namun telah mendapat jawapan dari JAIM bahawa bangunan yang dipinjamkan itu telah milik JAIM dan persatuan penduduk tidak berpuas hati dengan tindakan itu. 

Sumber: Klik




Thursday, June 28, 2012

Air Longkang Pun Kena Caj?



Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari mempertikaikan tindakan Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSAM) yang mengenakan caj terhadap pengambilan atau abstraksi air mentah yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri pada 21 Jun 2012.

Contoh air mentah dari sumber air yang akan dikenakan caj adalah seperti air bumi, empangan, air sungai, anak sungai, terusan, air bawah tanah, telaga, longkang, parit, atau buatan iaitu selain air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan cara mengambil, menyedut, mengepam, menggali dan menggunakan apa kaedah sekalipun bagi tujuan industri ataupun komersial perlu mendapatkan lesen daripada (BKSAM).

Menjadi persoalan adalah kepada industri komersial seperti pertanian, perternakan lembu atau kambing dan mereka yang melibatkan peniaga pasar malam serta yang melibatkan penggunaan air mentah ini.

Menurut Adly, sekiranya mereka ini tidak memaklumkan atau menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan BKSAM, pihak BKSAM akan mengenakan denda di bawah Seksyen 11 Enakmen Pembekalan Air (Negeri Melaka) 2002 dan jika tanpa memiliki lesen yang sah akan dikenakan denda sebanyak RM300,000 atau penjara tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan.

Berikut adalah kadar bayaran atau caj yang dikenakan oleh BKSAM iaitu Fi proses bagi mendapatkan lesen berjumlah RM150 bagi setiap lesen, yuran lesen tahunan berjumlah RM350 bagi setiap lesen manakala caj abstraksi air untuk industri dan komersial mengikut RM0.08 bagi setiap meter padu air.


Sumber: CJ.MY

Tuesday, June 26, 2012

Video: Baiah Himpunan Hijau di Melaka


Di bawah merupakan klip video ikrar baiah penyokong dan pendokong PAS yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Jasin, Aminuddin Abdul Jalil yang disaksikan oleh pemimpin-pemimpin PAS dan juga lebih 3,000 peserta yang hadir pada malam tersebut.

Monday, June 25, 2012

Lebih 3,000 Hadiri Himpunan Hijau Melaka


Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Melaka malam tadi menyaksikan lebih 3,000 orang yang datang dari semua peringkat. Bertempat di perkarangan Surau Ustaz Ali di Permatang Pasir, Alai, Himpunan Hijau PAS bakal menampilkan 'ayam sabungnya' Mohamad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS sebagai penceramah utama.

Sementara itu, sambutan terhadap program himpunan hijau pada sebelah petang pula sangat memberangsangkan. Anak muda sudah membanjiri perkarangan Surau Ustaz Ali bagi mengikuti program yang akan berlangsung sehingga kemuncaknya pada sebelah malam.



Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka mengambil tema 'Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau'. Antara program yang berlangsung petang tadi termasuklah konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Iwan Syahman, Hafiz Bandboyz dan ucapan pimpinan tempatan.

Turut hadir petang tadi Pesuruhjaya PAS Negeri Adly Zahari serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil, wakil-wakil DAP dan PKR serta NGO anti-Lynas.

Program malam tadi turut disiarkan secara langsung di TV PAS Melaka bermula jam 4.00 petang hingga ke 12.15 tengah malam.




Sunday, June 24, 2012

Himpunan Hijau Melaka Petang Ini


Semua pendokong dan penyokong PAS dijangka menghadiri Himpunan Hijau ke Putrajaya yang bermula pada jam 4.30 petang hingga 12 tengah malam dan akan berlangsung di perkarangan Surau Ustaz Ali di Permatang Pasir, Alai.  yang turut akan diadakan siarang langsung dari lokasi himpunan tersebut.

PAS Melaka menyeru seluruh rakyat negeri Melaka tanpa mengira bangsa, agama, ideologi politik dan sebagainya untuk berkumpul pada Ahad ini bagi menyatakan tekad dan keazaman untuk membentuk sebuah kerajaan baru di Putrajaya bagi menggantikan Umno BN.

pelbagai program telah diatur untuk himpunan tersebut antaranya konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Iwan Syahman, Hafiz Bandboyz, bacaan ikrar dan bai'ah,  munajat perdana serta amanat dari Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu.

Pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka juga akan sama-sama memeriahkan himpunan tersebut dan kita juga mempelawa seluruh ahli dan penyokong parti komponen PR untuk turut sama memeriahkan himpunan yang julung kali diadakan ini.

Saturday, June 23, 2012

PAS Taboh Naning dan Bendera Gergasi


Penyelia DUN Taboh Naning, Abdul Halim Jalil bersama dengan jentera DUN bersama-sama menggantung bendera PAS gergasi di kawasan yang dikatakan kubu kuat BN. Tembok pemisah itu berjaya ditembusi dengan sokongan penduduk tematan yang turut memberikan sokongan kepada PAS Taboh Naning.

Friday, June 22, 2012

Ali Rustam Tipu Najib Lagi


Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam sekali lagi cuba menipu Najib yang akan datang ke Melaka pada esok pagi bagi kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang akan hadir ke Melaka sempena pelancaran rasmi Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama negara di Jalan Hang Tuah UTC pada 23 Jun.


Bagi menjaga maruah kerajaan negeri, bas tersebut telah dipindahkan Terminal Melaka Sentral ke Pantai Klebang dengan kos RM20,000 bagi 40 buah bas yang mana setiap kos sebuah bas adalah RM500. Setelah selesai program bersama Perdana Menteri, bas yang lama akan dihantar semula ke terminal asalanya.

Semenjak diambil alih oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu PM Cultural & Tourism Sdn Bhd, bilangan bas yang beroperasi telah menurun sebelum diambil alih daripada 100 buah bas kepada 50 buah bas sahaja dan keadaan ini menyulitkan penumpang yang selalu menggunakan bas henti-henti ini. Ada yang menunggu sehingga tiga hingga ke empat jam sebelum mereka boleh kembali ke destinasi mereka.

 
Video pada 31 Mei 2012

Sebelum ini perkhidmatan bas domestik di bawah syarikat swasta dalam keadaan baik namun setelah diambil alaih oleh kerajaan negeri, perkhidmatan agak terganggu menyebabkan masa perjalanan juga tidak tentu.

Bas yang ada tidak dapat menampung jumlah penumpang kerana sebahagian bas juga mengalami kerosakan. Penumpang juga keliru dengan jadual perjalanan bas yang ada sekarang. Sebelum ini mereka boleh merancang perjalanan kerana masa dan kekerapan yang tersusun tetapi sekarang terpaksa menunggu begitu lama untuk mendapatkan bas.

Seorang penumpang, Nasrul Hadi memberitahu bahawa bas yang disediakan untuk orang ramai semakin hari semakin teruk perkhidmatannya sehinggakan terpaksa menunggu lebih daripada satu jam hingga ke dua jam lebih.

Video pada 21 Jun 2012

CJ.MY

Thursday, June 21, 2012

Vandalisma dan Apa Fungsi JKKK Sebenarnya?


Beginilah rupa keadaan gelanggang futsal yang tidak dijaga dan diselia dengan baik sehinggakan keadaan pagar telah koyak. Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini mencacatkan lagi pemandangan keadaan gelanggang yang sepatutnya menjadi aktiviti remaja mengisi masa lapang tetapi bertukar aktiviti vandalisma. Begitu murah dan tidak ada nilai bagi sebuah gelanggang yang di bina dengan kos RM150,000 ini.

Pada tahun 2009, Kementerian Belia dan Sukan telah memperuntukkan sebanyak RM8.4juta kepada Melaka bagi pembinaan gelanggang futsal ini yang merangkumi 28 Dewan Undangan Negeri (DUN). Setiap DUN diperuntukkan dua gelanggang futsal yang mana kos bagi setiap pembinaannya adalah RM150,000 bagi setiap satu. Jumlah keseluruhan gelanggang adalah 56 gelanggang futsal dibawah peruntukkan Kementerian Belia dan Sukan.

Setelah siap pembinaan gelanggang futsal, ia sepenuhnya di bawah seliaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK). JKKK telah diberikan peruntukkan oleh kementerian untuk mengurus dan membaiki segala kerosakan sebarang gelanggang futsal kerana segala peruntukkan telah disalur kepada JKKK setiap DUN  yang terlibat.

Sebagai contoh, lokasi gelanggang futsal yang  terletak dalam kawasan Kota Laksamana seperti gambar di atas ialah di Taman Aunler, Kg. Lapan dan satu lagi gelanggang terletak di Taman Kota Laksamana. Tinjauan mendapati kerosakan gelanggang seperti dibiarkan tanpa dipedulikan oleh JKKK yang telah dipertanggungjawabkan mengurus gelanggang tersebut.

Keadaan gelanggang ini sudah semestinya tidak akan menarik orang muda untuk menggunakan kemudahan ini. Kerosakan harta benda juga didapati telah berlaku di kawasan gelanggang ini seperti  tandas rosak, sinki dan suis pecah serta tiada bekalan air dan  elektrik seperti pada gambar di bawah.


Tandas rosak

Suis tercabut

Sinki pecah

Sampah dalam gelanggang

Pagar tercabut


24 Jun Himpunan Hijau Melaka



Rakyat negeri Melaka diseru untuk bersama-sama menyertai program Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri Melaka pada 24 Jun 2012 ini.

Program tersebut akan bermula pada jam 4.30 petang hingga 12 tengah malam dan akan berlangsung di perkarangan Surau Ustaz Ali di Permatang Pasir, Alai.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka, Asri Shaikh Abdul Aziz dalam kenyataannya pagi ini menjemput seluruh rakyat Melaka untuk sama-sama menunjukkan solidariti dan perpaduan bersama-sama PAS dan PR menyelamatkan negara ini dari rasuah, penyelewengan, pembaziran dan kezaliman.

"PAS Melaka menyeru seluruh rakyat negeri Melaka tanpa mengira bangsa, agama, ideologi politik dan sebagainya untuk berkumpul pada Ahad ini bagi menyatakan tekad dan keazaman untuk membentuk sebuah kerajaan baru di Putrajaya bagi menggantikan Umno BN".

"Kerajaan pusat yang ada pada hari ini sudah terlalu lama memerintah yang menyebabkan mereka sudah tersasar jauh dari menjadi sebuah kerajaan yang telus, bersih dan bebas rasuah" ujar Asri.

Beliau berkata rakyat Melaka mesti memberikan isyarat kepada kerajaan Umno BN supaya mereka sedar bahawa rakyat sudah muak dan menunggu masa untuk menukar kerajaan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Menurut Asri pelbagai program telah diatur untuk himpunan tersebut antaranya konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Iwan Syahman, Hafiz Bandboyz, bacaan ikrar dan bai'ah,  munajat perdana serta amanat dari Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu.

"Pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka juga akan sama-sama memeriahkan himpunan tersebut dan kita juga mempelawa seluruh ahli dan penyokong parti komponen PR untuk turut sama memeriahkan himpunan yang julung kali diadakan ini".

"Perpaduan dan solidariti penggerak PR dan rakyat Melaka Insya Allah akan menghasikan suatu gerakan yang mampu menggantikan kerajaan BN Melaka dan Pusat bagi menyelamatkan negara kita" tambah Asri yang juga merupakan Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah.

Program himpunan tersebut yang pada peringkat awalnya dicadangkan di Stadium Hang Tuah akhirnya terpaksa dipindahkan ke Permatang Pasir kerana permohonan untuk menggunakan stadium tidak diluluskan kerana ia digunakan untuk pertandingan Bolasepak Piala AFC bawah 22 tahun.

H/D

Wednesday, June 20, 2012

Demonstrasi Jalanan


Apa itu demonstrasi jalanan? Ikuti dua panel dari UMNO dan PAS dalam menjawab mengenai demostrasi jalanan dalam sistem demokrasi dalam negara. PAS diwakili Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan UMNO diwakili oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Saifuddin Abdullah.



Monday, June 18, 2012

Tahukah Anda PASTI Yang Pertama Diroboh di Melaka?


Selepas kemenangan pada PRU-10 iaitu pada tahun 1999, tampuk kepimpinan Melaka telah diambil alih oleh Ketua Menteri, Ali Rustam daripada Rahim Thamby Chik. Maka bermulalah era prasekolah bagi anak-anak kecil dalam dilema ketakutan dan gangguan yang menggugat daripada kezaliman pemerintah pada masa itu.

Ibarat pemerintah yang dengki dan cemburu dengan kegemilangan Islam terutama apa yang dididik dan diajar kepada anak-anak kecil, disitulah bermula perancangan jahat untuk membantutkan perjalanan atau sistem pendidikan yang mengajar insan mengenali penciptaNya. Seawal umur 4 hingga ke 6 tahun, anak-anak kecil diajar mengenali apa itu doa.

Kejahilan pemerintah tidak dapat diatasi selagi mana dalam diri tidak mahu menjadikan Islam itu sebagai pegangan hidup, maka yang halal jadi haram dan yang haram dihalalkan. Hukum-hakam menjadi porak-peranda dek ceteknya ilmu. Segalan-galanya berlaku pada tahun 1999 dan bermulah misi dan visi jahat.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) At-Tanwir di Krubong telah di arahkan supaya menghentikan sistem pembelajaran pelajar prasekolah. Tujuan mereka berbuat demikian kerana bimbang dengan tempat bersebelahan PASTI tersebut diadakan ceramah PAS yang mendapat sambutan daripada orang ramai dan pada ketika itulah hati busuk pemimpin yang zalim merancang untuk menggagalkan sebarang aktiviti termasuk PASTI yang tidak berdosa menjadi mangsa.

PASTI At-Tanwir ditubuhkan pada tahun 1999 dan pada tahun itu juga Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka. PASTI yang ditubuhkan itu adalah hasil kutipan dan sumbangan orang ramai untuk dijadikan sebagai tempat anak-anak kecil belajar. Sebuah bangunan PASTI menempatkan 40 orang pelajar dan 2 orang guru serta seorang pembantu pada ketika itu yang terbahagi kepada 2 kelas.

Punca utama PASTI itu tidak dibenarkan beroperasi adalah tidak mempunyai permit. Selepas itu alasan demi alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan. Setelah alasan permit maka alasan bahawa premis yang dijadikan PASTI itu tidak mempunyai pelan bangunan. Maka bertungkus-lumus pihak PASTI menyiapkan pelan namun diberikan alasan bahawa pelan PASTI tidak diluluskan walhal PASTI itu telah didaftarkan.

Begitulah alasan yang diberikan sehinggakan rasa kurang senang itu sering menghantui pihak PASTI. Pihak berkuasa pada mulanya datang mengambil gambar sebagai kronologi untuk 'menghalau' kewujudan PASTI tersebut. Bukan itu sahaja, PASTI tersebut mendapat liputan yang meluas sehingga ke dada akhbar Cina pada ketika itu menunjukkan begitu zalimnya pemerintah yang baru.

Cubaan pihak berkuasa tempatan untuk mengambil alih PASTI telah dipertahankan oleh pihak PASTI daripada diroboh dan pihak PASTI juga telah menghantar surat kepada pihak berkuasa tempatan. Akibat tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu, ahli PAS datang beramai-ramai bagi mempertahankan PASTI tersebut.

Tindakan akhir mereka adalah datang untuk merobohkan PASTI tersebut. Tujuan mereka mahu merobohkan PASTI adalah tidak senang dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihak PAS mengadakan ceramah ditapak berdekatan PASTI. PASTI akhirnya ditamatkan segala aktiviti setelah 3 tahun beroperasi.

Nasib yang sama menimpa PASTI At-Tanwir seperti PASTI Jaya Insan di Bukit Katil adalah turun naik ke mahkamah lebih daripada 10 kali. Namun sebarang keputusan gagal dicapai dan tidak berpihak kepada PASTI tersebut. Maka era keruntuhan PASTI bermula di Melaka namun Islam gagal diruntuhkan oleh pemerintahan yang zalim.

Akhirnya PASTI At-Tanwir telah berpindah ke tapak baru pada 2005 di sebuah taman di Krubong. Di situlah bermula PASTI At-Tanwir yang baru dan tiada lagi gangguan sehingga ke hari ini. 

Ikuti kisah seterusnya dalam siri kedua....

Sumber: Yusof Wahab

Saturday, June 16, 2012

Sasaran 50,000 Orang Semata-mata Tengok Air Asia Turun?


Semata-mata mahu melihat pesawat A320 Air Asia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, kerajaan mengadakan Festival Udara Antarabangsa Malaysia (MAVFEST) 2012 pada 13 hingga 15 JUN 2012. Namun pada 15 JUN 2012, hanya pesawat Air Asia yang mendarat jam 2.30 petang di lapangan terbang tersebut.

Hanya rakyat mampu menilai.

Wednesday, June 13, 2012

Islam BN Beginikah?


Itulah sifat BN. Meludah dan jilat semula. Ketika mereka mengatakan "BN Mermartabatkan Islam, Pembangkang Ibarat Perguna Islam", terkeluar juga gambar dari akhbar milik mereka yang memaparkan contoh Islam yang diamalkan di Melaka yang kononnya Melayu itu Islam. Mengapa makin ramai Melayu tidak mendekati Islam sekiranya apa yang dikatakan BN Mertabatkan Islam?

Sedarkah BN apa itu definisi Islam? Atau Islam hanya wujud pada Melayu dan nama semata-mata? Adakah Islam membenarkan wanita mendedahkan aurat dan adakah aurat perempuan itu terletak pada rambut semata-mata? Itulah antara persoalan yang perlu dijawab oleh BN yang diterajui oleh UMNO yang entah ke mana membawa Islam sebenarnya?

Bagaimana BN mengajar rakyat tentang Islam? BN bukan sahaja hanya pandai bercakap pasal Islam sebaliknya komponen mereka sendiri yang menentang Islam tetapi UMNO bersikap berdiam diri kerana takut dengan MCA dan MIC. Jika UMNO terus bersuara, dikhuatiri akan hilang sokongan komponen mereka. Itulah UMNO yang hanya juara di depan PAS tetapi menjadi lembu belaan MCA dan MIC.

UMNO hanya komponen majoriti pak turut kepada MCA dan MIC. Tidak berani menyatakan kebenaran sebaliknya membiarkan orang Melayu hanyut tanpa diberikan agama yang baik. Pembela Islam dalam kamus BN hanya wujud di dada akhbar sahaja dan bukannya diterjemahkan kepada rakyat serta BN sanggup melihat rakyat rosak tanpa agama.

Sekarang siapa Memartabatkan Islam dan siapa pula Perguna Islam? BN hanya memartabatkan Islam hanya dalam pada Majlis Agama Islam sahaja tetapi mempergunakan Islam dengan mencari Ratu Cantik Melaka? Berapa peratuskah kesedaran umat Islam di Melaka di bawah pentadbiran UMNO/BN di Melaka? Itupun jika ADUN yang beragama Islam tidak masuk kelab malam yang juga sebahagian daripada MAIM?

Tuesday, June 12, 2012

Masa Depan Negara Pada Anak Muda


Ketua AMK Melaka, Law Bing Haw berkata tujuan utama Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat adalah ingin untuk menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa anak muda berganding bahu bagi mencetuskan perubahan di Melaka. Sudah tiba masanya untuk anak muda berubah demi menyelamatkan negara daripada kehancuran. 

Beliau berkata, tanah air ini bukan milik individu dan ianya milik seluruh rakyat. Jadi sekiranya tanah air kita telah dimusnahkan oleh UMNO/BN apa yang perlu kita buat, kita kena lawan mereka habis-habisan bagi menyelamatkan tanah air ini. 

Beliau mengulas bahawa anak muda bukannya ada kuasa ataupun ada wang tetapi mereka ada integriti, mereka ada maruah dan ada semangat yang boleh jatuhkan UMNO/BN pada masa yang akan datang dan itu yang menggentarkan mereka dengan anak muda pada hari ini. 

Law juga memetik kata-kata dari Yusuf al-Qadrawi yang berbunyi “Jika kamu ingin melihat masa hadapan sesebuah negara maka lihatlah pada golongan anak muda pada hari ini. Ini kerana anak muda cerminan masa hadapan negara”. 

Beliau yakin dengan sokongan anak muda di Melaka pada kali ini, landskap politik di Melaka dapat diubah. Beliau menyeru bahawa anak muda Melaka jadilah seperti Hang Tuah dan bukannya Hang Samseng seperti yang ditunjukkan oleh UMNO/BN.

Monday, June 11, 2012

Himpunan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat


Semalam telah berlangsungnya Himpunan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat Melaka yang telah mengumpulkan seramai 300 orang pemuda Pakatan Rakyat di Melaka. Kehadiran mereka diwakili oleh tiga warna tema baju yang berlainan iaitu merah, kuning dan hijau bagi setiap parti.

Kehadiran wakil pemuda pusat bagi setiap parti masing-masing membuktikan mereka bersatu untuk datang ke Melaka bagi melihat jentera Pakatan Rakyat yang paling cepat dibentuk jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Berikut ialah wakil bagi ketua-ketua pemuda negeri dan pusat yang telah hadir sama dalam pelancaran jentera semalam:

Law Bing Haw - Ketua AMK Melaka

Yuhaizad Abdullah - Ketua Pemuda PAS Melaka

YB Tiey Kok Kiew - Ketua DAPSY Melaka

Shamsul Iskandar Md Akin - Ketua AMK Pusat

YB Anthony Loke - Ketua DAPSY Pusat

Ustz Nik Abduh Nik Abdul Aziz - Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat

Friday, June 8, 2012

MAIM Tidak Lagi Suci



Sebelum ini kita dikejutkan berlaku masalah moral yang melibatkan staff dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan juga seorang ADUN yang menjaga MAIM mempunyai masalah moral serta menjatuhkan reputasi MAIM sebagai institusi agama bagi Melaka. Terkini melibatkan individu di bawah MAIM.

Seorang pengawal keselamatan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak mualaf.

Dia dituduh berbuat demikian di sebuah Pusat Perkhidmatan Saudara Baru, Lorong Pandan, hujung tahun lalu.

Mat Radzi @ Mat Razdi Darus, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa terhadapnya di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Berdasarkan pertuduhan, Mat Radzi didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang perempuan berusia 11 tahun dengan niat mencabul kehormatannya iaitu meraba buah dada dan kemaluan mangsa.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Nurul Huda Jalan Kesidang, Taman Kesidang Seksyen 2 antara Disember 2011 dan Mac 2012.

Warga emas dari Tanjung Kling itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau manamana daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

S/H

Thursday, June 7, 2012

Samseng Penguatkuasa JPJ



JASIN – Lebih 20 orang menyertai demonstrasi bantahan secara aman yang didakwa bagi membantah tindakan samseng penguat kuasa terhadap seorang pelajar sekolah di depan Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jasin, baru-baru ini.

Pelajar sekolah itu, Ravee Tharan Jengathiswaran, 15, berkata, dia ditahan oleh JPJ ketika memandu kereta bagi menghantar neneknya ke Hospital Jasin dalam keadaan berpakaian seragam sekolah.

Menurutnya, dalam kejadian itu, dia ditumbuk di mulut oleh anggota JPJ sehingga berdarah dan diarahkan melutut di atas jalan raya.

"Selepas memberhentikan kereta, secara tiba-tiba saya ditumbuk sebelum ditarik keluar tanpa berselipar dan diarahkan melutut di jalan raya sedangkan saya masih berpakaian sekolah.

"Saya juga disaman selain kereta turut ditarik oleh pihak JPJ," katanya. Jengathiswaran berkata, selepas kejadian itu dia membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin untuk tindakan lanjut.

Sementara itu bapanya, B Ravee Tharan berkata, laporan polis sudah pun dibuat lebih seminggu tetapi sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil.

Menurutnya, dia tidak akan mengambil kembali keretanya di JPJ selagi perkara ini belum selesaikan.

"Saya tidak berpuas hati dengan apa yang penguat kuasa terbabit lakukan kepada anak saya sehingga sanggup menumbuk kemudian memalukan dia dan membiarkan anak saya dan neneknya berjalan kaki dari bulatan Pekan Jasin ke Hospital Jasin.

"Apa yang berlaku begitu memalukan dan saya mahu membuat saman malu kepada mereka yang terlibat," katanya.

Difahamkan, sebelum kejadian, nenek Jengathiswaran, Vijaya Letchumi, 59, terpaksa meminta tolong cucunya menghantar dia ke hospital kerana mengalami sesak nafas dan turut terkejut dengan tindakan pegawai yang di luar batasan itu.

S/H

Wednesday, June 6, 2012

Jambatan Bermasalah


Kerosakan yang dialami oleh jambatan yang terletak di Bukit Sepunggor, Telok Mas ini mengganggu tugas harian penduduk kampung yang sering menggunakan jambatan. Walaupun masih baru tetapi keretakan dan mendapan tanah menyebabkan strukturnya berubah.

Kos pembinaan jambatan ini adalah RM1.7juta namun kos tersebut telah berkurang kepada RM1.2juta. Kemana perginya RM500,000 lagi untuk pembinaan jambatan itu?

Tuesday, June 5, 2012

BN Nazak Kerana Rosak Akidah?


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno dan Barisan nasional (BN) kini berada dalam zon bahaya kerana mereka mengamalkan akidah yang salah. BN mengamalkan sistem pemerintah yang tidak berlandaskan hukum Islam dan tidak mustahil mereka akan menerima kesan buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Akhirnya mereka (BN) mengakui, mereka berada di dalam zon bahaya, kerana menolak Islam dan mengutamakan sistem kebangsaan yang digunakan oleh pihak Inggeris. Bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan BN kini berada dalam zon bahaya.

Jika Umno dan BN mengikuti akidah seperti Nabi Muhammad SAW, pasti mereka tidak akan berada di dalam zon bahaya seperti sekarang. Muhyiddin meluahkan rasa kecewa terhadap sebahagian daripada ahli BN yang mengamalkan politik wang sehingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada parti komponen itu.

Muhyiddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Peraturan dan Perlembagaan Umno berkata politik wang sebelum ini, hanya berlaku ketika proses pemilihan di peringkat tertinggi, namun ketika ini ia sudah menular sehingga di peringkat cawangan.

Monday, June 4, 2012

BN Dalam Bahaya - Muhyiddin Yassin


Bukan PAS yang kata BN dalam bahaya. Bukan DAP atau PKR namun kenyataa itu datangnya daripada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Beliau sendiri tidak yakin dengan kemenangan BN yang akan datang kerana melihat Pakatan Rakyat mampu menyaingi mereka pada PRU-13 yang akan datang. Beliau mengakui bahawa hidup mati BN terletak pada semboyan PRU-13 nanti.

Ketandusan idea BN mengula-gulakan rakyat semakin hari semakin tidak menjadi serta segala kelemahan BN semakin terkoyak dihiris keris sendiri akibat timbangan yang tidak sama rata. Muhyiddin juga melihat bahawa zaman mewah BN seperti dahulu sudah berlalu. Beliau melihat pembangkang melakukan sesuatu  kebaikan dan rakyat menyokong Pakatan Rakyat dan itu akan memberikan masalah kepada BN.

Selain itu juga, apa yang membahayakan BN kata Muhyiddin bahawa apabila ada anggota jentera terlalu yakin untuk memenangi pilihanraya dan pada masa yang sama berlaku seidkit kepincangan dalam komponen BN seperti MCA dan MIC terutamanya ada wakil komponen mereka menyertai BERSIH 3.0 yang diadakan pada penghujung April lalu.

Jika Muhyiddin berkata demikian maka telah terbukti bahawa BN sebenarnya sudah lemah dan nazak sehinggakan terpaksa mengamalkan budaya samseng yang dianggap terdesak. Budaya samseng ini berlaku kerana BN tidak lagi mendapat sokongan daripada kaum Cina dan India serta orang Melayu sendiri sudah muak dengan tindakan BN yang bertindak ganas di program Pakatan Rakyat.

Kesan Himpunan Hijau di Kedah tempoh hari merencatkan lagi sokongan rakyat terhadap BN sebaliknya rakyat lebih selesa bersama Pakatan Rakyat jika dibandingkan dengan BN. Takutnya Muhyiddin bukan kerana kalah tetapi takut hilang jawatan sekiranya pentadbiran sudah bertukar tangan dari kerajaan korup kepada kerajaan yang BERSIH dan ADIL.

Saturday, June 2, 2012

Bas Domestik Rencatkan Melaka Maju


Walaupun kerajaan negeri telah mengambil alih syarikat bas di bawah PMCT, namun perkhidmatan bas semakin hai semakin teruk di Melaka. Rungutan daripada pengguna juga membuktikan kerajaan negeri gagal mengurus bas dengan keadaan baik.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).