Semua pendokong dan penyokong PAS dijangka menghadiri Himpunan Hijau ke Putrajaya yang bermula pada jam 4.30 petang hingga 12 tengah malam dan akan berlangsung di perkarangan Surau Ustaz Ali di Permatang Pasir, Alai. yang turut akan diadakan siarang langsung dari lokasi himpunan tersebut.
PAS Melaka menyeru seluruh rakyat negeri Melaka tanpa mengira bangsa, agama, ideologi politik dan sebagainya untuk berkumpul pada Ahad ini bagi menyatakan tekad dan keazaman untuk membentuk sebuah kerajaan baru di Putrajaya bagi menggantikan Umno BN.
pelbagai program telah diatur untuk himpunan tersebut antaranya konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Iwan Syahman, Hafiz Bandboyz, bacaan ikrar dan bai'ah, munajat perdana serta amanat dari Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu.
Pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka juga akan sama-sama memeriahkan himpunan tersebut dan kita juga mempelawa seluruh ahli dan penyokong parti komponen PR untuk turut sama memeriahkan himpunan yang julung kali diadakan ini.
0 comments:
Post a Comment