Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Thursday, June 28, 2012

Air Longkang Pun Kena Caj?



Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari mempertikaikan tindakan Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSAM) yang mengenakan caj terhadap pengambilan atau abstraksi air mentah yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri pada 21 Jun 2012.

Contoh air mentah dari sumber air yang akan dikenakan caj adalah seperti air bumi, empangan, air sungai, anak sungai, terusan, air bawah tanah, telaga, longkang, parit, atau buatan iaitu selain air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan cara mengambil, menyedut, mengepam, menggali dan menggunakan apa kaedah sekalipun bagi tujuan industri ataupun komersial perlu mendapatkan lesen daripada (BKSAM).

Menjadi persoalan adalah kepada industri komersial seperti pertanian, perternakan lembu atau kambing dan mereka yang melibatkan peniaga pasar malam serta yang melibatkan penggunaan air mentah ini.

Menurut Adly, sekiranya mereka ini tidak memaklumkan atau menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan BKSAM, pihak BKSAM akan mengenakan denda di bawah Seksyen 11 Enakmen Pembekalan Air (Negeri Melaka) 2002 dan jika tanpa memiliki lesen yang sah akan dikenakan denda sebanyak RM300,000 atau penjara tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan.

Berikut adalah kadar bayaran atau caj yang dikenakan oleh BKSAM iaitu Fi proses bagi mendapatkan lesen berjumlah RM150 bagi setiap lesen, yuran lesen tahunan berjumlah RM350 bagi setiap lesen manakala caj abstraksi air untuk industri dan komersial mengikut RM0.08 bagi setiap meter padu air.


Sumber: CJ.MY

3 comments:

Minta maafla PAS MElaka, cuma u tak buat research dulu seblum u bercakap.By the way, why not datang ke seri negeri dan berjumpa sendiri dengan Badan kawal selia air melaka untuk mengetahui cerita sebenar?

ada perkiraan teknikal juga dimana kerajaan melaka bukanlah kejam seperti yg anda fikirkan.kebanyakan petani komersil yang kecil memang tak kena caj pun.sebab kurang pressure dari 20m3.

tapi tulah, bila buat kenyataan tanpa research ni, agak malu sikitlah sebab bukan pembangkang yang bagus.

jadilah pembangkang yang baik.Bukan tau hanya politikkan isu sahaja.

kalau PAS jujur, sila jgn delete komen saya ini.

This comment has been removed by the author.

Melaka bukan negeri pertama pon yang caj air mentah nie, SELANGOR, Johor, N.Sembilan dan Pahang dah caj lama dah air mentah nie. Tolongla jgn politikkan isu air. Berfikrila secara rasional bila bercakap, awk orang berpelajaran. Takkan mende macam nie pon xleh nak fikir....

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).