Bukan PAS yang kata BN dalam bahaya. Bukan DAP atau PKR namun kenyataa itu datangnya daripada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Beliau sendiri tidak yakin dengan kemenangan BN yang akan datang kerana melihat Pakatan Rakyat mampu menyaingi mereka pada PRU-13 yang akan datang. Beliau mengakui bahawa hidup mati BN terletak pada semboyan PRU-13 nanti.
Ketandusan idea BN mengula-gulakan rakyat semakin hari semakin tidak menjadi serta segala kelemahan BN semakin terkoyak dihiris keris sendiri akibat timbangan yang tidak sama rata. Muhyiddin juga melihat bahawa zaman mewah BN seperti dahulu sudah berlalu. Beliau melihat pembangkang melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong Pakatan Rakyat dan itu akan memberikan masalah kepada BN.
Selain itu juga, apa yang membahayakan BN kata Muhyiddin bahawa apabila ada anggota jentera terlalu yakin untuk memenangi pilihanraya dan pada masa yang sama berlaku seidkit kepincangan dalam komponen BN seperti MCA dan MIC terutamanya ada wakil komponen mereka menyertai BERSIH 3.0 yang diadakan pada penghujung April lalu.
Jika Muhyiddin berkata demikian maka telah terbukti bahawa BN sebenarnya sudah lemah dan nazak sehinggakan terpaksa mengamalkan budaya samseng yang dianggap terdesak. Budaya samseng ini berlaku kerana BN tidak lagi mendapat sokongan daripada kaum Cina dan India serta orang Melayu sendiri sudah muak dengan tindakan BN yang bertindak ganas di program Pakatan Rakyat.
Kesan Himpunan Hijau di Kedah tempoh hari merencatkan lagi sokongan rakyat terhadap BN sebaliknya rakyat lebih selesa bersama Pakatan Rakyat jika dibandingkan dengan BN. Takutnya Muhyiddin bukan kerana kalah tetapi takut hilang jawatan sekiranya pentadbiran sudah bertukar tangan dari kerajaan korup kepada kerajaan yang BERSIH dan ADIL.
1 comments:
"...akibat timbangan yang tidak sama rata" !? Projek haram tak diberi sama rata. Asyik menteri saja yang dapat songlap duit rakyat, grass root tak merasa.
Post a Comment