Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, July 30, 2012

Kerajaan Melaka Tipu Rakyat Untuk Ambil Tanah

PAS Melaka mempertikai tindakan kerajaan mengambil tanah awam bagi tujuan awam sebaliknya tanah tersebut telah dimajukan untuk tujuan pembangunan yang tidak berkaitan dengan awam. Tanah awam tersebut telah bertukar kepada tanah komersil dan terpesong dari tujuan asal pengambilan tanah tersebut. Pengambilan tanah berlaku ke atas tanah Lot 190, 5071 Mukim Bandar Bukit Baru, Seksyen 11, Daerah Melaka Tengah, Melaka. Tujuan tanah itu diambil...

Sunday, July 29, 2012

Longkang dipenuhi Sampah

Penyelia DUN Bukit Baru, Yusof Wahab menerima aduan daripada salah seorang penduduk di Taman Harta Pertama yang mengalami masalah longkang yang tersumbat bila berlaku hujan lebat. Longkang tersebut sepatutnya mempunyai spesifikasi longkang yang sesuai agar pengaliran air dalam keadaan baik. Penduduk di situ rasa kurang selesa apabila berlaku hujan kerana setiap kali hujan keadaan longkang dipenuhi sampah dan keadaan air longkang yang tidak...

Saturday, July 28, 2012

Himpunan Bantah Kekejaman Kerajaan Myanmar

Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka sedang berucap dalam perhimpunan aman membantah kekejaman terhadap rakyat Myanmar. PAS Negeri Melaka dengan beberapa NGO telah mengadakan himpunan aman membantah kekejaman kerajaan Myanmar ke atas umat Islam di negara tersebut. Kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar itu telah meningkat dari hari ke hari menyebabkan ramai yang menjadi mangsa korban kekejaman kerajaan yang tidak berhati perut...

Wednesday, July 25, 2012

BERSIH Sah Tapi UMNO Yang Haram

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan...

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan dari Pesuruhjaya PAS Melaka

Ramadhan 1433 H ini memberi makna yang sangat signifikan kepada umat Islam di Malaysia. Apatah lagi ia merupakan Ramadhan yang terakhir sebelum rakyat Malaysia menghadapi Pilihanraya Umum ke 13. Semakin ditangguh, semakin pening buat pimpinan UMNO. Perasaan meluat rakyat semakin membuak-buak. Ramadhan al-Mubarak bulan yang diberkati. Jangan biarkan diri kita tersungkur dek nafsu yang bertapak dalam diri. Apatah lagi nafsu merompak dan meragut...

Friday, July 20, 2012

MBMB Sila Jawab

Penyelia 1 MTD DUN Bukit Baru bersama Ketua Pemuda Pas Bukit Katil, Saudara Jauhar Muhammad Dawi telah memohon pejelasan kepada pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ekoran notis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu supaya menurunkan bendera PAS yang digantung di premis mereka (Pemuda PAS Bukit Katil) sendiri. Bendera tersebut yang terletak di di Bangunan Kampungku Sayang telah diarahkan turun dalam masa tiga hari. Sebaliknya...

Wednesday, July 18, 2012

Sumbangan Kepada Penduduk DUN Asahan

Penyelia DUN Asahan yang juga merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka menyantuni rakyat dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk di DUN Asahan. Sumbangan barangan kepada penduduk sedikit sebanyak dapat menyelami masalah yang dihadapi oleh penduduk ekoran kos hidup yang meningkat pada masa kini. Seorang penduduk berkata, walaupun negeri Melaka telah mencapai sebuah negeri maju pada kaca mata Malaysia namun ia masih lagi mundur pada kaca...

Monday, July 16, 2012

Lagi Cawangan Baru PAS Ditubuhkan di Melaka

Perasmian disempurnakan oleh Hj Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Dato' Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman. 14 Julai - Sokongan rakyat Melaka kepada PAS bertambah padu apabila sebuah lagi cawangan baru ditubuhkan di Dun Durian Tunggal. Cawangan ini yang dibina atas tanah persendirian mendapat sambutan masyarakat setempat. Penaja bagi penubuhan cawangan baru ini...

Sunday, July 15, 2012

Video: Konsert BERSIH - Hishamuddin Rais

Hishamuddin Rais antara yang dijemput menyampaikan ucapan pada malam konsert BERSIH dan anti LYNAS turut mengajak rakyat supaya berjuang menuntut lapan tuntutan BERSIH supaya negara kita bebas dari pengundi hantu yang kebanyakan dari Myanmar, Indonesia dan beberapa buah negara yang disenaraikan oleh SPR sebagai pengundi hantu. ...

Video: Konsert Bersih Melaka

Konsert BERSIH dan anti LYNAS Melaka telah diadakan pada Jumaat yang lalu dengan kehadiran seramai 3,000 orang bertempat di Dewan Sekolah Pay Fong berdekatan dengan Stadium Kubu, Melaka. Program yang bermula jam 7.00 malam dan berakhir jam 12.00 tengah malam. ...

Thursday, July 12, 2012

Desak Pelajar Bayar Balik Duit Zakat

Perkara ini berlaku kepada pelajar yang belajar di luar negara. Mereka diberikan sumbangan zakat berjumlah RM2,000 untuk melanjutkan pengajian luar negara manakala RM400 bagi kusrus ijazah, sarjana dan PhD manakala RM300 untuk diploma bagi melanjutkan dalam Institut Pengajian Awam dengan syarat pemohon tersebut adalah anak Melaka yang bernombor kad pengenalan 04 ataupun 30. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) adalah gabungan dua entiti...

Tuesday, July 10, 2012

Janji Ditepati Tapi Desak Rakyat Bayar Balik Duit Zakat

Di Melaka keadaan pentadbiran dalam bidang agama agak bercelaru sistemnya terutama berkaitan dengan penggunaan wang zakat dan ke mana mereka agihkan sebenarnya? Adakah dengan adanya wang zakat, ia perlu dibayar balik ke pusat zakat? Tahukah apa istilah zakat wahai UMNO dan kerajaan Melaka? Jangan kencang mengutip zakat tetapi tidak tahu untuk agihan zakat. Kutipan zakat bagi negeri ini sehingga setakat 4 Jun 2012 adalah berjumlah RM15.22...

Monday, July 9, 2012

Cikgu Malu Nak Mengaku UMNO

Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Mahfuz Omar menceritakan di mana ada sekolah di situ ada orang PAS. Setelah ditanya guru di sekolah terbabit, mereka malu yang mereka ini UMNO. Jadi sekarang di mana-mana ada orang PAS dan tidak perlu bimbang kerana ia bukan zaman sekolah-sekolah pondok seperti yang selalu di mainkan oleh UMNO/BN. Walaupun masih ada pondok atau sawah padi, di situ ada PAS sebagai contoh guru-guru...

Wednesday, July 4, 2012

Gaji Pemain Bola Sepak Melaka RM600

Percaya atau tidak, itulah realiti sebenarnya yang berlaku kepada Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) yang terpaksa mencari dana berjumlah RM3 juta bagi menampung kos jurulatih dan pemain terutama pemain dari luar Melaka. Kemerosotan bola sepak Melaka disebabkan penghijrahan ramai pemain berbakat ke negeri lain berikutan tawaran gaji lebih tinggi berbanding yang ditawarkan oleh Mafa yang hanya sekitar RM600 di bawah paras gaji kemiskinan...

Video: UMNO Akan Jadi Macam Jepun

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyifatkan tumbangnya Parti LDP di Jepun menandakan Barisan Nasional juga akan turut mengiringinya untuk tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang. Buktinya, LDP di Jepun yang dahulunya memerintah negara matahari terbit itu tersungkur juga setelah rakyat menggunakan kuasa undi mereka untuk menukarkan kerajaan yang sedia ada kepada sebuah kerajaan yang baru dan adil dalam melaksanakan tuntutan rakyat.  Mahfuz...

Monday, July 2, 2012

BN Pengkhianat Sistem Pilihanraya

 Timbalan Pesurujaya 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidekberkata bahawa PAS dengan Pakatan Rakyat menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang diadakan pada penghujung April lalu bukan kerana Ambiga sebaliknya untuk menuntut pilihanraya yang adil dari penipuan Barisan Nasional.   ...

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).