
Lampu jalan yang harganya puluhan ribu didapati tersembam menyembah bumi di Jalan Gapam dalam 'jajahan' Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).Lampu ini bukan lampu biasa. Harganya pun bukan harga biasa. Memang dari awal lagi rakyat Melaka melihat pemasangan lampu membazir.Kini bukan setakat membazir, malah ianya membahayakan rakyat yang melalui jalan ini. Bayangkan jika lampu ini tumbang dan menimpa pengguna jalanraya. Apa akan terjadi.Terbukti...