- Cadangan agar guru bekerja 9 jam wajar ditolak.
- Beban tugas yang ada pada guru hari ini sudah banyak.
- Guru bukan sekadar bekerja disekolah, kerja guru hari ini dibawa hingga kerumah.
- Kerajaan harus memberikan fokus kepada meningkatkan insentif kepada golongan guru.
- Bekerja 9 jam akan memberi tekanan kepada guru, sekaligus akan memberi kesan lansung kepada mutu pendidikan negara.
- Fokus yang harus diberi kepada guru adalah penyelarasan tugas, mencukupkan bilangan disamping meningkatkan kualiti disamping perhatian serius kepada peningkatan gaji dan insentif.
- Melaka diberitakan akan dipilih selaku projek perintis bagi cadangan bekerja 9 jam. Amat malang, dan kenapa Melaka dipilih.?
- Mendengar 9 jam bekerja sudah meresahkan guru, mereka sudah cukup terbeban dengan tugas sediada.
- Langkah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menolak cadangan itu juga adalah disokong.
- Tekanan beban 9 jam ini pasti memberi kesan lansung kepada mutu generasi akan datang.
- Cadangan kerja 9 jam wajar ditolak dan tak perlu dijadikan ujikaji.
- Sebaliknya cadangan PR dalam buku jingga bagi memberikan insentif RM5oo sebulan kepada semua warga pendidik adalah lebih praktikal bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.
Sumber
0 comments:
Post a Comment