Pages

PENYOKONG KAMI

Tuesday, November 29, 2011

Awas!! Tiang lampu mudah rebah.

Lampu jalan yang harganya puluhan ribu didapati tersembam menyembah bumi di Jalan Gapam dalam 'jajahan' Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Lampu ini bukan lampu biasa. Harganya pun bukan harga biasa. Memang dari awal lagi rakyat Melaka melihat pemasangan lampu membazir.

Kini bukan setakat membazir, malah ianya membahayakan rakyat yang melalui jalan ini. Bayangkan jika lampu ini tumbang dan menimpa pengguna jalanraya. Apa akan terjadi.


Terbukti pihak terbabit hanya mementingkan duit dan projek tanpa memikirkan keselamatan rakyat. Blog ini mengharapkan pihak terbabit segera memeriksa struktur dan keadaan tiang lampu ini. Mana-mana yang dilihat merbahaya hendaklah dicabut atau dibaiki segera.





Sumber..

Saturday, November 26, 2011

PRU 13: Orang muda Melaka bersedia membuat perubahan!

Pengundi muda Melaka akan membuat perubahan terhadap landskap politik Melaka selepas PRU 13. Perkara ini bukan mustahil kerana sudah terbukti bahawa pengundi muda agak terbuka mindanya. Mereka boleh memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang dirasakan mampu memberikan sesuatu terhadap masa hadapan mereka.


Masalah orang muda yang timbul di negara kita sekarang ini gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan BN samada kerajaan pusat atau negeri. Maka tidak hairan jika orang muda akan membuat kejutan. Mereka boleh menjadi pengundi senyap yang tidak menzahirkan sokongan mereka secara terbuka tetapi membuat keputusan di saat akhir sebelum memangkah kertas undi.

Mereka boleh mengundi BN dan boleh juga mengundi PR. Minda mereka terbuka dan tidak fanatik kepada sesuatu parti. Orang muda berjiwa terbuka dan tidak jumud seperti orang tua (otai).


Jumlah pengundi muda hampir mencecah 50 peratus dari keseluruhan pengundi berdaftar di Melaka berpotensi menyumbang kepada hasrat Pakatan Rakyat menawan negeri berkenaan.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari (kanan) berkata, dengan jumlah pengundi muda mengatasi di Negeri Sembilan dan Johor, beliau percaya Pakatan Rakyat di Melaka mempunyai peluang cerah untuk membuat kejutan semasa pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, selain mampu membezakan antara dasar yang dibawa BN dan Pakatan Rakyat, golongan muda ini juga terdedah dengan pelbagai media alternatif dan media baru, sekali gus menjadikan mereka lebih peka kepada suasana persekitaran.

"Atas dasar ini, saya percaya kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Pakatan meletak matlamat menawan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sebagai amat praktikal.

"Dengan suasana sekarang, pengundi akan memberi dua pilihan, BN berubah atau sekiranya mereka tidak berubah, pengundi akan beralih kepada Pakatan," katanya.

Selain itu, beliau berpandangan Pakatan juga akan mengukuhkan kedudukan di Selangor dan Pulau Pinang.
Menurut Adly, perkara berkenaan tidak mustahil dilakukan di Melaka kerana rata-rata rakyat sudah faham isu dan permasalahan yang berlaku kini.

Menurutnya, berdasarkan kajian yang dilakukan, majoriti rakyat kini sudah tahu mengenai dakwaan pembaziran yang berlaku serta mempersoalkan sama ada kerajaan sedia ada mampu menguruskan kewangan.

"Sokongan terhadap Pakatan adalah jauh bertambah berbanding pada 2008, termasuklah dari masyarakat India.

"Walaupun masyarakat India dilihat menyokong BN semasa pilihan raya kecil, saya yakin jika kita konsisten menyampaikan maklumat kepada mereka, mereka akan sokong kita.

"Cuma yang perlu kita fokuskan kini adalah orang Melayu kerana mereka banyak dipengaruhi sentimen perkauman," katanya.


Sumber

Friday, November 25, 2011

Jangan ulangi kesilapan undi BN 50 tahun

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin hari ini meminta rakyat Kedah tidak mengulangi kesilapan sekali lagi dengan memilih calon bukan BN pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu melihat lebih banyak pembangunan berlaku di negeri ini.

Ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas bersarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Sungai Lalang Lama di Sungai Petani, beliau berharap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik-baiknya untuk memilih parti yang akan memerintah Kedah kelak.

"...yang penting kerajaan pusat akan terus bantu rakyat Kedah hidup lebih selesa namun rakyat mempunyai pilihan untuk memilih meminta bantuan daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar," kata ayah kepada seorang penyanyi yang sedang meningkat naik ini.

Bagi blog ini pula, kami ingin menyeru kepada rakyat Kedah khasnya dan Malaysia umumnya supaya tidak mengulangi kesilapan mengundi calon Perikatan dan BN sejak lebih 50 tahun dahulu. Kesilapan mengundi caloh BN lah menyebabkan rakyat semakin terhimpit dengan beban kenaikan harga barang, pencabulan hak asasi manusia, rakyat dibelenggu dengan akta zalim ISA, OSA, AUKU dan sebagainya.

Kesilapan memilih BN selama ini menyaksikan kekayaan negara dimonopoli oleh kroni-kroni BN di mana para pemimpin dan kroni mereka kaya raya sementara rakyat ramai yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Kebajikan rakyat juga tidak dijaga. Sepatutnya rakyat mendapat pendidikan percuma hingga ke Universiti sebaliknya rakyat terpaksa meminjam dengan PTPTN untuk belajar di Menara Gading. Selepas tamat pengajian rakyat terpaksa membayar balik pinjaman dengan bunga 4 % setahun yakni kerajaan berniaga dengan rakyat.  Kos perubatan juga terpaksa ditanggung oleh rakyat sedangkan sepatutnya ianya percuma. Harga barang semakin hari semakin meningkat membuatkan nafas rakyat semakin sesak.

Jadi jangan ulangi kesilapan mengundi calon BN lagi setelah lebih 50 tahun mereka mencengkam dan menzalimi kita semua. Jangan biarkan anak cucu dan cicit kita menangis di kemudian hari.


Sumber: TPJ 3

Thursday, November 24, 2011

TPJ 3: Lebih Indah Bubar UMNO dan Masuk PAS

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin  berkata urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.


Katanya, perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri. 


"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama timbalan perdana menteri yang dihadiri warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di Kota Bharu hari semalam.


Blog ini berpendapat lebih indah lagi jika Umno dibubarkan dan semua pemimpin dan ahlinya menyertai PAS bagi memperkuatkan lagi Parti Islam ini.


Umno tidak sewajarnya terus hidup kerana parti itu berjuang atas dasar pragmatik, nasionalis, perkauman dan atas nafsu manusia dengan meminggirkan Islam dari asas perjuangannya. Islam hanya digunapakai semasa kenduri kendara, doa buka dan tutup majlis dan sebagainya. Undang-undang tubuh dan matlamat perjuangan Umno hanyalah mengikut nafsu manusia dan dicipta oleh manusia.


Sudah sampai masanya Umno dibubarkan dan semua pemimpin dan ahlinya kembali kepada perjuangan Islam.

Sumber: TPJ 3

Saturday, November 19, 2011

Ceramah PAS di Asahan




Semua dijemput hadir..

Thursday, November 17, 2011

Program Terkini PAS Melaka


Semua dijemput hadir..

Monday, November 14, 2011

Pesuruhjaya - TOLAK CADANGAN 9 JAM


  • Cadangan agar guru bekerja 9 jam wajar ditolak.
  • Beban tugas yang ada pada guru hari ini sudah banyak.
  • Guru bukan sekadar bekerja disekolah, kerja guru hari ini dibawa hingga kerumah.
  • Kerajaan harus memberikan fokus kepada meningkatkan insentif kepada golongan guru.
  • Bekerja 9 jam akan memberi tekanan kepada guru, sekaligus akan memberi kesan lansung kepada mutu pendidikan negara.
  • Fokus yang harus diberi kepada guru adalah penyelarasan tugas, mencukupkan bilangan disamping meningkatkan kualiti disamping perhatian serius kepada peningkatan gaji dan insentif.
  • Melaka diberitakan akan dipilih selaku projek perintis bagi cadangan bekerja 9 jam. Amat malang, dan kenapa Melaka dipilih.?
  • Mendengar 9 jam bekerja sudah meresahkan guru, mereka sudah cukup terbeban dengan tugas sediada.
  • Langkah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menolak cadangan itu juga adalah disokong.
  • Tekanan beban 9 jam ini pasti memberi kesan lansung kepada mutu generasi akan datang.
  • Cadangan kerja 9 jam wajar ditolak dan tak perlu dijadikan ujikaji.
  • Sebaliknya cadangan PR dalam buku jingga bagi memberikan insentif RM5oo sebulan kepada semua warga pendidik adalah lebih praktikal bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

Sumber

Kerajaan Melaka Bijak: Berhutang Pandai, BAYAR TIDAK

Kerajaan Negeri Melaka disifatkan paling bijak dalam Malaysia kerana pandai berhutang tetapi tidak pandai membayarnya.

Sehingga 2010, Ketua Audit Negara melaporkan bahawa hutang negeri Melaka sudah menjangkau lebih dari RM800 juta. Hutang Melaka meningkat lebih dari RM200juta berbanding pada tahun 2009. Apa yang lebih menarik kerajaan negeri tidak membayar satu sen pun hutangnya kepada kerajaan pusat pada tahun 2010.

Kerajaan Negeri PR seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan disifatkan tidak pandai memerintah kerana berjaya membayar hutang mereka setiap tahun.

Sumber..

Friday, November 11, 2011

Lapangan Terbang Melaka: Rakyat Melaka ditipu lagi

Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menyatakan bahawa semua penumpang Fire Fly dari Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam yang menempah tiket sebelum ini menerima sms pembatalan penerbangan dari syarikat tersebut.

"Semua penumpang berasa hampa kerana mereka seolah-olah ditipu oleh Kerajaan Melaka dan Fire Fly kerana mereka dijanjikan bahawa syarikat itu akan beroperasi seperti yang dijadualkan, sebab itulah mereka menempah tiket"
"Sekali lagi rakyat ditipu oleh kerajaan negeri, mereka telah menerima sms dari syarikat penerbangan menyatakan bahawa penerbangan dibatalkan dan wang mereka akan dipulangkan" tambah Khoo pada ceramah anjuran PAS di Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.

Khoo juga menggesa kerajaan negeri membatalkan penubuhan Syarikat Melaka Air dengan menyewa Kapal Terbang untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).
"Untuk mengatasi masalah tiadanya syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, kerajaan negeri menubuhkan Melaka Air dengan menyewa kapalterbang, ini merupakan tindakan membazir dan bakal menghabiskan wang rakyat:".

"Sewa kapal terbang ini sudah mesti dibayar, bagaimana jika tiada penumpang menggunakan kapal terbang yang disewa ini, sudah tentu syarikat ini akan rugi dan wang rakyat akan dibazirkan, ini bukan sewa teksi, tetapi kapal terbang sudah tentu kosnya tinggi" tegas Khoo.

Menurutnya Ketua Menteri Melaka sering menuduh Kelantan mundur dan tiada pembangunan, tetapi di Lapangan Terbang Kelantan ada 17 kali penerbangan setiap hari tetapi LTAM hanya ada 3 kali penerbangan seminggu.
Khoo juga kesal kerana Ketua Menteri sudah berkali-kali menyatakan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) akan beroperasi sesuai dengan tarafnya sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa tetapi sehingga sekarang semuanya tidak menjadi kenyataan.

"Rakyat sudah banyak kali ditipu dan wang rakyat dibazirkan untuk membesarkan LTAM tetapi ia tetap juga sunyi sepi tiada kapal terbang mendarat" tegas Khoo.



Sumber

Tamatkan khidmat monorel sebelum berlaku tragedi

Sejak dari awal lagi pemimpin PR Melaka telah menasihati kerajaan negeri supaya membatalkan niat mereka untuk membina monorel sebagai produk pelancongan. Ini kerana projek tersebut tidak berdaya maju dan akan membazirkan wang rakyat. Kini monorel yang mula beroperasi 20 Oktober tahun lalu mengalami masalah demi masalah. Kerosakan demi kerosakan dialami oleh monorel buatan China tersebut.


Monorel pelancongan berharga RM15.5 juta bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya ternyata membazirkan duit rakyat. Lebih parah lagi ianya tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan sehingga ianya diarah supaya dihentikan perkhidmatannya oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).


Ketua Pegawai Operasi SPAD Azhar Ahmad pada Sabtu lalu berkata monorel pelancongan itu digantung untuk selama sebulan dan kelulusan beroperasi semula bergantung kepada pengendali monorel itu memenuhi beberapa aspek keselamatan dan fasiliti yang dicadangkan SPAD.

7 syarat dikenakan kepada monorel tersebut sebelum ianya dibenarkan meneruskan operasi. Antaranya ialah pembaikan sensor pada pintu; mengecat landasan dengan cat termoplastik atau bahan getah; penyedian chery picker; menempatkan Jurutera Selenggara di setiap gerabak; mengadakan latihan kecemasan; menukar manual servis ke dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan menterjemah label atau perekat yang terdapat dalam gerabak ke dalam Bahasa Malaysia.


Selain satu lagi perkara yang mesti diperbaiki ialah memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Ternyata monorel ini tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan sebelum ini. Nasib baik dari kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku ketika monorel ini rosak beberapa kali sebelum ini. Kerosakan yang paling memalukan berlaku baru-baru ini apabila sepasang pelancong barat terperangkap dalam monorel ini dan terpaksa diturunkan menggunakan kren.


Bagi saya monorel ini sebenarnya tidak selamat dan wajar ditamatkan perkhidmatannya serta merta sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Lebih baik kita tamatkan perkhidmatan secepat mungkin demi keselamatan rakyat dan pelancong yang akan menaiki monorel ini.


Kerajaan negeri boleh memikirkan alternatif lain bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar. Apa guna kita teruskan projek ini andainya ia mengundang risiko tinggi tentang keselamatan orang ramai.

Sumber


Tarikh Terbaru Ceramah

Wednesday, November 9, 2011

Ketua Menteri Melaka dari Tionghua?

Sehari dua ini sibuk musuh politik PR menuduh bahawa PR Melaka akan melantik Ketua Menteri Melaka di kalangan orang Tionghua. Sedangkan Majlis Pimpinan PR Melaka tidak pernah pun membuat keputusan untuk melantik siapa menjadi Ketua Menteri. Siapa akan menjadi Ketua Menteri hanya akan diputuskan selepas PR menang PRU 13 di Melaka jika rakyat memberikan mandat kepada PR.

Sudah menjadi amalan mana-mana parti pun di Malaysia, tidak menamakan sesiapa pun menjadi Ketua Menteri atau Menteri Besar sebelum keputusan pilihanraya umum diketahui. BN pun tidak akan berbuat demikian. Sebagai contoh BN Melaka pun tidak menamakan siapa calon Ketua Menteri mereka sekarang walaupun ada kemungkinan Datuk Seri Mohd Ali akan berundur atau beralih angin bertanding di kerusi Parlimen pada PRU 13 nanti.

Lihat sahaja bagaimana krisis kepimpinan di Terengganu dan Perlis sebaik sahaja PRU 12 selesai. BN tidak menamakan siapa Menteri Besar kedua-dua negeri itu sebelum PRU 12 diketahui keputusannya. Penyandang jawatan ketika itu Shahidan Kassim(Perlis) dan Idris Jusoh(Terengganu) perasan mereka akan dilantik semula sebagai Menteri Besar. Tetapi sebaliknya Pak Lah melantik Isa Sabu menjadi MB Perlis dan Ahmad Said menjadi MB Terengganu. Akhirnya muncullah maki hamun kepada Raja dan pimpinan Umno/BN kerana orang yang tidak dilantik tidak puas hati.

Jadi tidak timbul siapa Ketua Menteri Melaka jika PR menang kerana perkara itu akan hanya dibincangkan selepas keputusan PRU 13 diketahui. Yang pasti PR mempunyai ramai calon berkaliber untuk diketengahkan sebagai calon Ketua Menteri jika PR menang.

Kepada musuh-musuh PR yang cuba bermain perang saraf ingatlah bahawa rakyat sudah faham benar amalan perlantikan Ketua Menteri dan Menteri Besar.

PR sudah pasti akan bertanding satu lawan satu dengan BN. PAS akan bertanding 11-13 kerusi Dun, DAP 8-10 kerusi dan PKR 7- 9 kerusi.


Sumber

Friday, November 4, 2011

Pekerja akan hukum BN pada PRU-13

Pekerja di seluruh negara mengadakan PIKET membantah tindakan Kerajaan BN yang mahu meminda Akta Pekerja 1955.

MTUC mengarahkan seluruh kesatuan sekerja mengadakan PIKET di seluruh negara hari ini. MTUC secara lantang membantah pindaan itu disifatkan menganiaya pekerja. Pakatan Rakyat juga menyokong tindakan MTUC membantah akta tersebut.


Isu utama mengenai pindaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja dan ini membolehkan majikan 'mengupah' kontraktor itu memberikan tenaga kerja kepada majikan berkenaan.

MTUC mendakwa sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor bukan majikan berkenaan menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mengulas lanjut Mohd Khalid mendakwa, sistem ini menjurus kepada eksploitasi pekerja.

Sehubungan itu, beliau berharap Menteri Sumber Manusia menimbang bantahan mereka kerana pintu rundingan masih lagi terbuka.

"Apa juga pindaan undang-undang harus menjurus kepada kesejahteraan pekerja, bukan penindasan dalam era baru," kata Mohd Khalid Atan Presiden MTUC dalam satu kenyataan hari ini.


Tidak mustahil pekerja-pekerja Malaysia yang berjumlah jutaan orang akan menghukum kerajaan BN pada PRU 13 nanti jika kerajaan tetap berdegil mahu meneruskan pindaan ini.


Pekerja seharusnya menggunakan kuasa undi yang mereka ada bagi menghukum kerajaan yang bongkak dan angkuh. Hanya bahasa undi yang difahami oleh kerajaan angkuh dan bongkak seperti BN, bahasa lain mereka tidak faham dan buat-buat tidak faham.


Sumber

Thursday, November 3, 2011

Lebih 2000 hadiri Makan Malam PAS Melaka

Lebih dari 2,000 orang hadir pada Majlis Makan Malam anjuran PAS Negeri Melaka sempena ulang tahun ke 60 PAS malam tadi. Walaupun hujan turun dengan lebat tetapi orang ramai tidak berganjak dari menjamu selera dan mendengar amanat dari pimpinan PAS dan PR yang terdiri dari Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka.

Orang ramai mula memenuhi khemah jamuan sebelum jam 8.00 lagi. Suasana basah dan becak di kawasan jamuan tidak sedikit melemahkan semangat mereka untuk memberikan sokongan terbuka kepada PAS dan PR.

Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama khusyuk mendengar ceramah pimpinan PAS dan PR. Berbeza dengan program anjuran Perkasa Melaka yang dijalankan kira-kira 100 meter, hanya kira-kira 80 orang yang hadir. Program Perkasa yang dianjurkan secara adhoc bagi menganggu program makan malam tersebut dilihat hambar di mana penceramah jemputan mereka Zulkifli Nordin pun tidak hadir.

Orang ramai menyifatkan program Makan Malam ini berjaya mencapai matlamatnya walaupun keadaan tidak selesa disebabkan hujan turun sejak awal petang lagi. Ramai berpendapat bahawa jika tiada hujan lebih ramai rakyat akan memeriahkan program tersebut.

Sumber

Ceramah Pakatan Rakyat Negeri Melaka


Rakyat Melaka dijemput hadir beramai-ramai.
Medium maklumat Pakatan Rakyat..

PAS mendokong keadilan dan menentang sebarang bentuk KEZALIMAN!

Tuesday, November 1, 2011

PAS Melaka alu-alukan ceramah Umno

Program makan malam ini dianjurkan oleh Badan Penggerak Demokarasi dan Mobilasi Negeri Melaka itu akan bermula pada jam 6.15 petang hingga 11.00 malam ini. Ianya diadakan di tanah lapang Jalan Bukit Baru-Duyong.

2 orang tetamu istimewa dijemput iaitu Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Sementara Umno diberitakan akan menampilkan Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin dan Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail.



Sementara itu Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Aizat Baharuddin kesal dengan tindakan Perkasa dan Umno yang menggantung banner provokatif sekitar tempat program sambutan 60 tahun PAS malam ini.


"Selain memberi ugutan, beberapa baner dan poster bermotifkan provokasi juga di lihat di gantung dan di tampal di sekitar tempat program. Baner dan poster provokatif itu di tulis dan di lukisan dengan beberapa perkataan yang mengecam Hj.Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat pusat lain."

"Ada baner yang di tulis dengan perkataan “DAP Peralat Mat Sabu Hapus Kuasa Politik Melayu” , “Komunis Peralat Mat Indera” dan beberapa poster dengan lukisan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat antaranya fitnah ‘skandal cinta KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng". tambah Aizat.

Beliau berkata provokasi ini telah menjadi sebahagian corak politik Perkasa dan UMNO yang telah kehabisan modal untuk berhujah. Setelah gagal berhujah fakta, mereka menggunakan pula hujah ugut mengugut dan gangster bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.


Menurutnya, Dewan Pemuda PAS berharap pihak berkuasa dapat mengawal keselamatan malam ini agar kejadian tidak diingini tidak berlaku sebagaimana yang terjadi di Rembau baru-baru ini.

Aizat juga berharap para penyokong PAS dan PR bertenang dan dapat mengawal emosi supaya tidak terjerat dengan provokasi Perkasa dan Umno yang cuba memporak perandakan program PAS yang telah lama dirancang ini.

Sumber

PAS Alu-alukan Umno ceramah di Bukit Baru

- Tanggal 1 Nov 2011, Selasa, Jam 8.00 mlm. PAS Melaka akan mengadakan Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Melaka di Bukit Baru.
- Tetamu kami Tn.Hj Mohamad Sabu dan Datuk Seri Nizar Jamaludin.
- Sudah jadi Tradisi di Bukit Baru, kalau PAS buat ceramah , UMNO pun akan buat ceramah juga. Sebelah ceramah PAS.
- PAS telah maklumkan pada pihak berkuasa kesannya, tapi apa polis boleh buat kalau UMNO dah menggila.!
- Cuma saya dengar malam ni penceramah UMNO agak top juga, YB Zulkifli Nordin.
- Negara ini Demokrasi, memang sesiapa dialu alukan untuk buat ceramah.
- Walaupun cara UMNO itu satu provokasi tapi tetap saya alu alukan.
- Rakyat Melaka di Jemput hadir di kedua-dua ceramah.
- Datuk Ali boleh nilai malam ni, nak tanding Bukit Baru ke atau pindah Parlimen Tangga Batu ?

Sumber

2 'Artis' Popular dalam Majlis Sambutan 60 Tahun PAS Melaka

Majlis Makan Malam sempena sambutan Ulang tahun ke 60 PAS peringkat negeri Melaka malam ini bakal 'dihiburkan' dengan 2 artis popular iaitu PELAWAK Zulkifli Nordin (gambar atas) dan artis veteran dari Seremban, Ishak Ismail.(gambar bawah). Kedua-dua Datuk itu TIDAK DIUNDANG tetapi akan hadir untuk mengacau program yang telah lama dirancang ini.

Kedua-dua PELAWAK SARKAS itu diundang oleh Umno/BN Melaka pimpinan Ali Rustam yang terus menunjukkan perangai keanak-anakan mengganggu program PAS khususnya di kawasan Bukit Baru. Sejak beberapa tahun lepas, Ali Rustam dan kuncu-kuncunya akan mengganggu setiap ceramah PAS dengan mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah PAS. Kalau mereka tidak penceramah mereka akan memasang lagu dengan kuat. Ketika Piala Dunia mereka memasang siaran langsung Piala Dunia dengan membuka 'volume' dengan kuat.

Inilah rupa sebenar bekas Naib Presiden Umno yang berperangai macam budak hingusan patutlah dia dihalang dari bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno sebab Umno takut malu kalau dia menang pada pemilihan Umno beberapa tahun lepas.

Malam ini kedua-dua PELAWAK tersebut akan digunakan untuk mengganggu majlis makan malam tersebut yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Inilah sikap kebudak-budakan dan tidak professional kepimpinan Umno Melaka yang jelas takut kepada bayang-bayang sendiri. Sudah banyak kali kepimpinan PAS sejak zaman Ustaz Abdul Ghani mencabar Ali Rustam berdebat namun sampai sekarang tidak bersahut.

Sumber

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).