Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Saturday, December 31, 2011

PAS akan dedahkan KERJA JAHAT UMNO Melaka/Bukit Katil

PAS akan mendedahkan segala kejahatan Umno Melaka/Bukit Katil yang mendaftar ratusan malah ribuan pelajar UTEM, MMU dan UiTM untuk menjadi pengundi di Parlimen Bukit Katil. Sumber dalaman Umno sendiri menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini diarahkan menukar alamat mereka ke Parlimen Bukit Katil dengan mendapat imbuhan sebanyak RM300. Setelah alamat mereka ditukar ke dalam Parlimen Bukit Katil mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam Parlimen Bukit...

Thursday, December 29, 2011

PR Melaka Menang: Ketua Menteri adalah Adun PAS

Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Kawasan Bachang, YB Lim Jak Wong (gambar) berkata sekiranya PR menang di Melaka DAP akan menyokong Adun PAS untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.Lim berkata demikian pada program ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Taman Tun Rahah, Bukit Katil malam tadi."Saya berani menyatakan bahawa kalau PR menang di Melaka, DAP akan sokong Adun PAS jadi Ketua Menteri Melaka" ujar Lim dengan bersemangat.Kenyataan...

Wednesday, December 28, 2011

Pemuda PAS Melaka Sumbang 120 pelajar miskin

MELAKA, 27 Dis: Dewan Pemuda PAS Melaka menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan dengan membiaya peralatan persekolahan kepada 120 orang pelajar yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan di sekitar Jasin. Hal ini dibuat rentetan daripada kos sara hidup yang semakin tinggi, disamping keperluan mendesak keluarga untuk menyara beberapa anak-anak mereka yang lain bagi memasuki musim persekolahan nanti. Mereka...

Thursday, December 22, 2011

Melaka Oh Tanah Air Ku (Episod 1) - Penyelewengan Zakat

PELANCARAN SIRI KLIP VIDEO MELAKA TANAHAIRKU . Blog ini akan menerbitkan siri klip video bagi memperkatakan tentang isu-isu membabitkan pentadbiran, kewangan, pembaziran dan isu-isu masyarakat.Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain...

Sunday, December 18, 2011

Mr Muscle Melaka cemarkan Islam - Pemuda PAS Melaka

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Mohd Aizat Baharuddin kesal dengan program Pesta Pantai Melaka yang di lihat tidak sensitif dengan nilai agama dan tidak menggambarkan nilai ketimuran orang Melayu.Aizat berkata acara Mr. Muscle Beach yang menjadi antara aktiviti di Pesta Pantai Melaka yang di adakan baru-baru ini di Pantai Tanjung Bidara."Program ini bertujuan menarik pelancong luar dan tempatan untuk menikmati percutian di pantai...

Friday, December 16, 2011

UMNO takut hudud, Orang bukan Islam Kelantan sokong hudud

Umno memang dari dahulu takut hudud dilaksanakan. Macam-macam alasan mereka beri bagi menafikan hudud dari dilaksanakan. Masyarakat majmuk, belum bersedia, tidak sesuai, nanti ramai orang Islam kudung dan seribu satu macam alasan diberikan bagi mempengaruhi rakyat supaya menolak Hudud. Mereka tidak suka dan tidak redha hukum Allah dilaksanakan. Mengapa? Adakah mereka takut ianya terkena kepada mereka. Orang yang takut kepada hudud ialah orang jahat...

Sunday, December 11, 2011

Salah guna wang zakat RM13.85 juta: Rakyat Melaka berang

Orang Melayu dan Islam di Melaka wajib bangkit membantah tindakan pihak berwajib yang menyalahgunakan duit zakat negeri Melaka bukan pada jalan yang diharuskan syarak.Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wajab berkata tindakan pihak berwajib menggunakan duit zakat untuk membina kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang berharga RM13.85 juta amat dikesalkan."Fakta ini bukan kita ambil dari kaki lima, tetapi ia dilaporkan dalam Laporan...

Pemimpin Amanah, Rakyat Sejahtera, Negeri Makmur

Pelbagai lapisan masyarakat di negeri Melaka, mahukan sebuah kerajaan yang mengamalkan slogan PEMIMPIN AMANAH, RAKYAT SEJAHTERA DAN NEGERI MAKMUR bagi menyelesaikan masalah rasuah, penindasan rakyat dan membentuk negeri makmur.Melaka dilihat adalah sebuah negeri yang ditadbir oleh pemimpin yang tidak amanah dan pengamal rasuah apabila Ketua Menteri sendiri disabitkan dengan kesalahan rasuah semasa pemilihan Agung Umno yang lepas. Macamana seorang...

10 Tawaran PAS Tentang Negara Berkebajikan

10 agenda permulaan pula memperincikan tawaran PAS dalam dokumen negara berkabajikan :-1- Kerajaan beramanah, adil dan bersih2- Masyarakat penyayang , aman dan bersatu3- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama4- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai5- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai6- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat7- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing...

Saturday, December 3, 2011

Program terkini PAS Melaka

Ceramah Maal Hijrah bersama Bob Lokman7 Disember 2011Rabu9.00 malamPasir Gembor, Tg BidaraHi Tea bersama Bob Lokman7 Disember 2011Rabu5.30 ptgPejabat MTD Lendu (belakang Petronas Masjid Tanah)Ceramah bersama Bob Lokman9 Disember 2011Jumaat9.30 mlmMarkas PAS Bukit KatilHi Tea dan Kuliah maghrib bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man9 Disember 2011Jumaat5.00 ptg - 11.00 malamTelok Mas (Hi Tea) & Padang Temu (Kuliah maghrib)Semua dijemput hadi...

Friday, December 2, 2011

Hi Tea bersama YB Ir Mohammad Nizar Jamaluddin

Kad jamuan ini boleh didapatkan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri MelakaLot 911, KM 5, Semabok.Hubungi 06-2841...

Calon Boleh Menang: Ramai pemimpin UMNO Melaka bakal Terkorban?

Ramai pemimpin-pemimpin Bahagian Umno akan di'korban'kan pada Pilihanraya Umum ke 13 ini. Mereka tidak akan dipilih menjadi calon Umno/BN atas alasan Umno mempunyai calon lain yang 'boleh menang'. Begitu juga akan ada pemimpin-pemimpin pusat dan negeri yang juga tidak dipilih menjadi calon kerana 'Tidak Boleh Menang'.Calon 'Boleh Menang' ialah calon dari kem Najib manakala calon dari kem Muhyiddin, Pak Lah dan lain-lain akan diklasifikasikan 'Tidak...

Fakta tentang monorel Melaka

Fakta Monorel Melaka 1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 20103) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan...

Tuesday, November 29, 2011

Awas!! Tiang lampu mudah rebah.

Lampu jalan yang harganya puluhan ribu didapati tersembam menyembah bumi di Jalan Gapam dalam 'jajahan' Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).Lampu ini bukan lampu biasa. Harganya pun bukan harga biasa. Memang dari awal lagi rakyat Melaka melihat pemasangan lampu membazir.Kini bukan setakat membazir, malah ianya membahayakan rakyat yang melalui jalan ini. Bayangkan jika lampu ini tumbang dan menimpa pengguna jalanraya. Apa akan terjadi.Terbukti...

Saturday, November 26, 2011

PRU 13: Orang muda Melaka bersedia membuat perubahan!

Pengundi muda Melaka akan membuat perubahan terhadap landskap politik Melaka selepas PRU 13. Perkara ini bukan mustahil kerana sudah terbukti bahawa pengundi muda agak terbuka mindanya. Mereka boleh memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang dirasakan mampu memberikan sesuatu terhadap masa hadapan mereka.Masalah orang muda yang timbul di negara kita sekarang ini gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan BN samada kerajaan pusat atau negeri. Maka...

Friday, November 25, 2011

Jangan ulangi kesilapan undi BN 50 tahun

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin hari ini meminta rakyat Kedah tidak mengulangi kesilapan sekali lagi dengan memilih calon bukan BN pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu melihat lebih banyak pembangunan berlaku di negeri ini.Ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas bersarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Sungai Lalang Lama di Sungai Petani, beliau berharap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik-baiknya untuk memilih parti...

Thursday, November 24, 2011

TPJ 3: Lebih Indah Bubar UMNO dan Masuk PAS

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin  berkata urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.Katanya, perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri. "Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota...

Saturday, November 19, 2011

Ceramah PAS di Asahan

Semua dijemput hadi...

Thursday, November 17, 2011

Program Terkini PAS Melaka

Semua dijemput hadi...

Monday, November 14, 2011

Pesuruhjaya - TOLAK CADANGAN 9 JAM

Cadangan agar guru bekerja 9 jam wajar ditolak.Beban tugas yang ada pada guru hari ini sudah banyak.Guru bukan sekadar bekerja disekolah, kerja guru hari ini dibawa hingga kerumah.Kerajaan harus memberikan fokus kepada meningkatkan insentif kepada golongan guru.Bekerja 9 jam akan memberi tekanan kepada guru, sekaligus akan memberi kesan lansung kepada mutu pendidikan negara.Fokus yang harus diberi kepada guru adalah penyelarasan tugas, mencukupkan...

Kerajaan Melaka Bijak: Berhutang Pandai, BAYAR TIDAK

Kerajaan Negeri Melaka disifatkan paling bijak dalam Malaysia kerana pandai berhutang tetapi tidak pandai membayarnya.Sehingga 2010, Ketua Audit Negara melaporkan bahawa hutang negeri Melaka sudah menjangkau lebih dari RM800 juta. Hutang Melaka meningkat lebih dari RM200juta berbanding pada tahun 2009. Apa yang lebih menarik kerajaan negeri tidak membayar satu sen pun hutangnya kepada kerajaan pusat pada tahun 2010.Kerajaan Negeri PR seperti Pulau...

Friday, November 11, 2011

Lapangan Terbang Melaka: Rakyat Melaka ditipu lagi

Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menyatakan bahawa semua penumpang Fire Fly dari Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam yang menempah tiket sebelum ini menerima sms pembatalan penerbangan dari syarikat tersebut."Semua penumpang berasa hampa kerana mereka seolah-olah ditipu oleh Kerajaan Melaka dan Fire Fly kerana mereka dijanjikan bahawa syarikat itu akan beroperasi seperti yang dijadualkan, sebab itulah mereka menempah...

Tamatkan khidmat monorel sebelum berlaku tragedi

Sejak dari awal lagi pemimpin PR Melaka telah menasihati kerajaan negeri supaya membatalkan niat mereka untuk membina monorel sebagai produk pelancongan. Ini kerana projek tersebut tidak berdaya maju dan akan membazirkan wang rakyat. Kini monorel yang mula beroperasi 20 Oktober tahun lalu mengalami masalah demi masalah. Kerosakan demi kerosakan dialami oleh monorel buatan China tersebut.Monorel pelancongan berharga RM15.5 juta bagi laluan sejauh...

Tarikh Terbaru Ceramah

...

Wednesday, November 9, 2011

Ketua Menteri Melaka dari Tionghua?

Sehari dua ini sibuk musuh politik PR menuduh bahawa PR Melaka akan melantik Ketua Menteri Melaka di kalangan orang Tionghua. Sedangkan Majlis Pimpinan PR Melaka tidak pernah pun membuat keputusan untuk melantik siapa menjadi Ketua Menteri. Siapa akan menjadi Ketua Menteri hanya akan diputuskan selepas PR menang PRU 13 di Melaka jika rakyat memberikan mandat kepada PR.Sudah menjadi amalan mana-mana parti pun di Malaysia, tidak menamakan sesiapa pun...

Friday, November 4, 2011

Pekerja akan hukum BN pada PRU-13

Pekerja di seluruh negara mengadakan PIKET membantah tindakan Kerajaan BN yang mahu meminda Akta Pekerja 1955.MTUC mengarahkan seluruh kesatuan sekerja mengadakan PIKET di seluruh negara hari ini. MTUC secara lantang membantah pindaan itu disifatkan menganiaya pekerja. Pakatan Rakyat juga menyokong tindakan MTUC membantah akta tersebut.Isu utama mengenai pindaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja dan ini membolehkan majikan 'mengupah'...

Thursday, November 3, 2011

Lebih 2000 hadiri Makan Malam PAS Melaka

Lebih dari 2,000 orang hadir pada Majlis Makan Malam anjuran PAS Negeri Melaka sempena ulang tahun ke 60 PAS malam tadi. Walaupun hujan turun dengan lebat tetapi orang ramai tidak berganjak dari menjamu selera dan mendengar amanat dari pimpinan PAS dan PR yang terdiri dari Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka.Orang ramai mula memenuhi khemah jamuan sebelum...

Ceramah Pakatan Rakyat Negeri Melaka

Rakyat Melaka dijemput hadir beramai-ramai.Medium maklumat Pakatan Rakya...

PAS mendokong keadilan dan menentang sebarang bentuk KEZALIMAN!

...

Tuesday, November 1, 2011

PAS Melaka alu-alukan ceramah Umno

Program makan malam ini dianjurkan oleh Badan Penggerak Demokarasi dan Mobilasi Negeri Melaka itu akan bermula pada jam 6.15 petang hingga 11.00 malam ini. Ianya diadakan di tanah lapang Jalan Bukit Baru-Duyong. 2 orang tetamu istimewa dijemput iaitu Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Sementara Umno diberitakan akan menampilkan Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baru,...

PAS Alu-alukan Umno ceramah di Bukit Baru

- Tanggal 1 Nov 2011, Selasa, Jam 8.00 mlm. PAS Melaka akan mengadakan Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Melaka di Bukit Baru.- Tetamu kami Tn.Hj Mohamad Sabu dan Datuk Seri Nizar Jamaludin.- Sudah jadi Tradisi di Bukit Baru, kalau PAS buat ceramah , UMNO pun akan buat ceramah juga. Sebelah ceramah PAS.- PAS telah maklumkan pada pihak berkuasa kesannya, tapi apa polis boleh buat kalau UMNO dah menggila.!- Cuma saya dengar malam ni penceramah UMNO...

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).