Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Thursday, November 19, 2009

APA KHABAR MEMALI?

Hari ini 19 November 2009 genap 24 tahun kekejaman kerajaan BN terhadap mujahid Memali diketuai As Syahid Ustaz Ibrahim Libya. Peristiwa hitam yang tidak mampu dilupakan oleh para balu, anak, saudara syuhada serta penduduk kampung Memali. Peristiwa di awal pagi tersebut sudah tentu masih terngiang-ngiang dan tergambar di mata mereka bagaimana rakusnya anggota keselamatan meratah rakyat yang tidak berdosa dek kerana kebencian dan kedengkian kepada perjuangan dan pengajian Islam yang dibawa oleh As Syahid Ustaz Ibrahim Libya.Masih ramai mangsa Memali...

Wednesday, November 18, 2009

PANGGIL SPRM SIASAT SEMUA PENYELEWENGAN DALAM LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Saya mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya memanggil SPRM menyiasat semua salah laku dan penyelewengan yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini.Dalam laporan tersebut Ketua Audit Negara dengan jelas memperincikan beberapa salah laku dan penyelewengan berkaitan KAFA, MBMB dan lain-lain. Bukti dan fakta dilaporkan dengan jelas bagi memudahkan SPRM menyiasat perkara tersebut.Sehingga kini Ketua Menteri diam seribu bahasa tanpa apa-apa komen dan tindakan drastik diambil.Sekali lagi saya mencabar Mohd Ali supaya...

GAJI MINIMA RM1500 BUKAN RM700

Kerajaan Pusat khasnya Kementerian Sumber Manusia memang tidak cerdik apabila meminta majikan menetapkan gaji minima RM700 sebulan sebagai gaji minimum pekerja. Bukankah RM700 itu masih di paras kemiskinan. Apa yang mereka boleh makan dengan gaji minima RM700 sebulan. Sejak dari dahulu lagi PR menggesa kerajaan menetapkan gaji RM1500 sebulan sebagai gaji minima semua pekerja di Malaysia. Namun ianya tidak mendapat sokongan dari kerajaan pusat. Akhirnya rakyat yang menderita dengan dasar kerajaan pusat yang enggan menuruti cadangan PR.Lebih malang...

Thursday, October 15, 2009

SKIM PENYAYANG TERUS BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT

"Saya banyak terima kasih pada PAS yang tolong saya masa saya susah" kata Encik Ng Boon Peng penerima manfaat skim ini yang menerimanya malam tadi. Isteri Ng, Lim Geok Kiau meninggal dunia baru-baru ini kerana barah payu dara.Wang manfaat berjumlah RM7000 tersebut telah diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman di kediaman Ng di Taman Seri Jati, Sg Putat.Ng merupakan penerima pertama dari kaum Tionghua.Rakyat yang...

Tuesday, October 13, 2009

PAS TERUS MANTAP, KEKALAHAN DI BAGAN PINANG TIDAK LEMAHKAN SEMANGAT

Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab berkata PAS terus mantap dari segi organisasi dan gerakerjanya tidak seperti parti lain dalam Barisan Nasional yang terus dilanda masalah dalaman yang tidak kunjung padam. Sofi berkata PAS ternyata semakin matang dan professional walaupun terdapat pertandingan di dalam parti itu. "Tidak seperti MCA, MIC, UMNO, PPP dan lain-lain yang sering mengalami masalah dalaman bila berlakunya pertandingan di dalam parti terutama perebutan jawatan tertinggi parti". "Lihat sahaja Umno bila ada pemilihan maka rasuah...

SERTAI KELAB PENYOKONG PAS

Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Negeri, Khairul Che Salleh menyeru ahli-ahli MCA supaya menyertai Kelab Penyokong PAS bagi meneruskan agenda politik mereka mempertahankan dan menjaga kebajikan rakyat Malaysia berketurunan Tionghua. "MCA akan berkubur, krisis politik tak selesai-selesai, Presiden dan Timbalan Presiden pun tak ada, yang kaya orang atasan MCA dan kroni-kroni mereka, jadi apa tunggu lagi" "MCA sudah tidak boleh diharap untuk membantu rakyat khasnya kaum Tionghua, jadi Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik" tambah...

SKIM PENYAYANG PAS NEGERI TERUS DAPAT SAMBUTAN

Skim Penyayang anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka terus mendapat sambutan yang menggalakkan. Sehingga kini skim ini berjaya menarik ratusan pencarum di setiap kawasan dan ramai diantara waris pencarum sudah menerima manfaatnya. Skim ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu warga emas dan bukan warga emas. Pencarum dikenakan bayaran sebanyak RM20 setahun. Jika pencarum meninggal dunia waris pencarum yang warga emas akan mendapat manfaat sebanyak RM2,000 dan bukan warga emas sebanyak RM7,000. Sesiapa yang berminat untuk menyertai skim ini...

Monday, October 12, 2009

KEMENANGAN ISA : IMEJ NEGARA DAN RAKYAT TERCALAR

Pengundi Bagan Pinang membuat kesilapan besar apabila memilih Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai ADUN mereka pada pilihanraya semalam. Di saat kononnya kerajaan dan badan bukan kerajaan memerangi rasuah dan penyelewengan, rakyat masih terus dibuai mimpi memilih calon yang terbukti terpalit dengan rasuah. Madrasah Ramadhan selama sebulan tidak menampakkan hasil apabila rakyat tetap memilih calon yang krorup.Rakyat sanggup menggadai maruah mereka semata-mata untuk memenangkan seorang bekas perasuah iaitu Tan Sri Isa Samad. Kesilapan rakyat memilih...

Sunday, August 9, 2009

DAP MELAKA ADAKAN MAKAN MALAM ERATKAN HUBUNGAN PR DENGAN RAKYAT

DAP Melaka akan mengadakan majlis makan malam bermula jam 8.00 malam ini di Dewan Pay Fong, Bandaraya Melaka. Beberapa pimpinan PR Pusat dan Negeri telah mengesahkan kehadiran mereka. Dijangkakan 4,000 rakyat akan hadir pada malam i...

Saturday, August 8, 2009

10 RESOLUSI DIPUTUSKAN SEMPENA MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN

Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden yang berlangsung di Madrasah An-Nuriah Sungai Udang, Melaka pada 8 Ogos 2009 ini menetapkan resolusi bahawa :-PAS di semua peringkat mesti berusaha menyedarkan ahli dan masyarakat bahawa hanya Islam yang mampu memimpin, ideology lain semuanya sudah musnah. Suatu system politik baru yang adil, telus dan wibawa mesti ditawarkan kepada rakyat dan gerakerja memberikan kefahaman mesti ditingkatkan.PAS mesti memantapkan organisasi dengan :-a) Memantapkan Sistem Tarbiah – mewajibkan Usrah di peringkat pimpinan perhubungan...

Friday, June 26, 2009

ALI RUSTAM JADI KAMBING HITAM UMNO

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam kemungkinan akan menjadi kambing hitam untuk menyelamatkan maruah Umno."Ali kemungkinan akan didakwa oleh SPRM atas tuduhan rasuah semasa kempen pemilihan Umno dulu. Pendakwaan ini mungkin dilakukan sebagai usaha Umno untuk menunjukkan mereka serius menangani isu rasuah dan rakyat mungkin akan percaya dengan mereka"."Khabar menyebut bahawa Datuk Seri Ali Rustam cuma tinggal 3 bulan lagi masa untuk menerajui Melaka" ujar Adly di dalam blog peribadinya.Adly...

TINGGALKAN UNDANG-UNDANG ISLAM, HALALKAN RIBA, JUDI DAN PELACURAN MEMANG AJARAN SESAT

Masjid Tanah : Dakwaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Umno sesat menang ada kebenarannya. Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Imran Abdul Rahman berkata adakah sesebuah parti atau kerajaan itu tidak sesat jika ia meluluskan lesen judi, arak, menghalalkan riba dan lain-lain. "Sesat atau sesat bukannya bergantung kepada perbuatan seperti Ayah Pin sahaja tetapi juga boleh dikategorikan sesat yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN pimpinan Umno sekarang"."Jadi apa...

Thursday, June 25, 2009

PRK MANEK URAI : PAS MELAKA BERKAMPUNG DI SUNGAI SOK

Jentera Pilihanraya PAS Melaka telah mula berkampung di Peti Undi Sungai Sok bagi membantu PAS mempertahankan kemenangan di DUN Manek Urai.Sejak dari 19 Jun lalu hinggalah ke hari pengundian 14 Julai PAS Melaka akan memastikan petugas mereka akan sentiasa bersiap siaga menjalankan apa juga tugas yang diamanahkan kepada Petugas PAS Melaka.Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Bahiki Ismail berkata petugas-petugas PAS Kawasan yang datang ke Sungai Sok secara bergilir-gilir bagi memastikan kesinambungan gerakerja yang diamanahkan kepada PAS Melaka...

Sunday, May 24, 2009

SKIM PENYAYANG BANTU MASYARAKAT

Skim penyayang Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka bertujuan memberi sumbangan kepada seluruh rakyat di negeri Melaka selari dengan konsep ‘Negara Berkebajikan’ yang menjadi manifesto PAS bersama dengan Barisan Alternatif pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.Bendahari Badan Perhubungan Negeri Melaka, Husni Balis Ali(gambar) berkata objektif utama Skim Penyayang berkenaan adalah untuk memberi sumbangan dan insentif kepada bukan sahaja untuk ahli...

Wednesday, May 6, 2009

PAS KAWASAN BUKIT KATIL KUTUK PENANGKAPAN MAT SABU

Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Ramli Dalip mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu hari ini. "Nyata sekarang bahawa Najib lebih ganas dan biadap dari Tun Abdullah sebagaimana yang diramal oleh ramai orang." "Konsep One Malaysia Najib sebenarnya hanyalah konsep untuk menyelamatkan dirinya, keluarganya serta kroni-kroninya" kata Ramli.Ramli berkata lebih malang lagi penahanan itu pula tidak dibuat mengikut prosedur di mana tiada waran tangkap dan punca penankapan tidak dijelaskan. Menurutnya, penangkapan jelas...

2 YDP BARU DAN 1 KEKAL DI MELAKA

Setakat ini 3 Kawasan di Melaka telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung PAS Kawasan masing-masing iaitu PAS Kawasan Tangga Batu, Alor Gajah dan Bukit Katil. 3 Kawasan lagi iaitu Kota Melaka, Jasin dan Masjid Tanah akan menyelesaikan mesyuarat agung masing-masing hujung minggu ini dan minggu hadapan.2 dari 3 PAS Kawasan tersebut mendapat Yang Dipertua PAS (YDP) yang baru apabila mereka telah dipilih pada mesyuarat agung masing-masing Ahad lalu. Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Melaka, Adly Zahari telah dipilih menjadi Yang Dipertua PAS Alor Gajah...

Tuesday, April 14, 2009

INIYA TAMIZHPUTHAANDU NALWAZHTHUKKAL

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka mengucapkan Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal kepada semua rakyat berbangsa India yang menyambut tahun baru bagu kalendar mereka hari ini.Diharapkan tahun ini akan memberikan kegembiraan dan kita semua dapat hidup aman damai di bumi Allah yang tercinta.Kita semua berasal dari Adam dan Hawa dan mesti hidup saling bantu membantu. Mana yang salah kita betul dan beri nasihat. Yang baik kita teruskan dan pertingkatkan lagi kebaikannya. Mari sama-sama kita bina sebuah negara yang sentiasa mementingkan kebajikan...

BAKRIN GESA ALI LETAK JAWATAN SEKALI LAGI

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Haji Bakrin Sidek menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri dan ADUN Bukit Baru. Gesaan beliau dinyatakan semasa dihubungi oleh wakil Blog ini pagi ini.Dalam kenyataannya Bakrin berkata, rakyat Melaka tidak akan berdiam diri dan akan terus menggesa Ali supaya meletakkan jawatan bagi memulihkan pentadbiran kerajaan negeri yang dicemari dengan kekotoran...

Monday, April 13, 2009

ISLAM HADHARI MESTI DIMANSUHKAN

Saya memang dari mula-mula Islam Hadhari diperkenalkan memang tidak bersetuju dengan konsep dan pendekatannya. Mana ada Islam Hadhari atau Islam baru yang ada ialah ISLAM sebenar yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui Rasulullah S.A.W.Namun pentadbiran Perdana Menteri terdahulu terus berdegil mempertahankan Islam Hadhari walaupun dibantah keras oleh alim Ulama' yang tidak ada mengampu kerajaan. Manakala Ulama' yang mengampu kerajaan terus memuja dan memuji Islam Hadhari walaupun mereka tahu ianya bertentangan dengan Islam sebenar.Saya sangat...

Sunday, April 12, 2009

HUSAM DAN NIZAR TETAMU JAMUAN TEH ANAK MELAKA DI PERANTAUAN

Semabok : Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Harun Mohamed menyeru seluruh anak-anak Melaka yang tinggal diluar Melaka untuk menghadiri Program jamuan teh anjuran Persatuan Anak Melaka di Perantauan (PERAWAN) pada 18 April ini. Program tersebut yang akan bermula pada jam 2.30 petang hingga 6.00 petang bertempat di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Menteri Besar Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Naib Presiden PAS,...

Friday, March 13, 2009

SOKONG PAS DIPERALAT UNTUK KEPENTINGAN BAHASA MELAYU

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Melaka, Haji Bakrin Sidek berkata beliau menyokong kenyataan AJK PAS Pusat, Dato' Haji Abu Bakar Chik bahawa PAS sedia dimanfaatkan atau 'diperalatkan' oleh Gerakan Memansuhkan (GMP) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) demi kepentingan bangsa dan Bahasa Melayu. "Kita sedia untuk berjuang demi Bahasa Melayu yang kian dipinggirkan oleh kerajaan BN sekarang". "Sebab itu dari awal lagi PAS membantah dasar PPSMI bukan sekarang, kita sentiasa konsisten menentang sistem ini" kata...

Thursday, March 12, 2009

PAS MELAKA BANTU KEMPEN DI BUKIT GANTANG

PAS Melaka sudah berkampung di Bukit Gantang sejak 1 Mac lalu bagi membantu kempen calon PAS di sana.Setiausaha Jentera Pilihanraya PAS Negeri, Bahiki Ismail memberitahu bahawa PAS Melaka akan berusaha sedaya upaya untuk membantu memberikan kemenangan kepada calon PAS sebagaimana yang dilakukan pada 2 PRK lalu iaitu Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.Beliau yang kini berada di Bukit Gantang yakin PAS akan menang sekali lagi kerana dari maklum balas...

PULAU MELAKA : 10 TAHUN TERBENGKALAI, RAKYAT JADI MANGSA

Kerajaan negeri Melaka ternyata lembap kerana gagal mengatasi masalah projek Pulau Melaka yang terbengkalai sejak sekian lama.Ramai rakyat negeri ini dan dari luar Melaka menjadi mangsa kegagalan projek ini. Lebih malang lagi setelah lebih 1o tahun projek ini gagal kerajaan negeri seolah-olah berlepas tangan dan membiarkan ianya berlarutan dengan begitu lama. Projek tersebut yang melibatkan projek perumahan seluas 13.7 hektar melibatkan 3 fasa dengan...

Wednesday, March 11, 2009

PAS MELAKA SOKONG SIAPA SAHAJA CALON BUKIT GANTANG

Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab berkata PAS Melaka menyokong sesiapa sahaja yang akan dicalonkan untuk mewakili PAS pada Pilihanraya Kecil Bukit Gantang 7 April ini. "Bagi kami sesiapa sahaja yang dipilih sudah tentu adalah calon terbaik kerana PAS sudah membuat tapisan dari semua segi" "Tidak timbul calon tidak disukai dan tidak diterima kerana kita mempunyai sistem pemilihan calon yang terbaik di mana akhir sekali Majlis Syura akan menentukan samada seseorang itu layak atau tidak menjadi calon". Sofi yakin PAS akan memenangi PRK...

ALI DICABAR ISYTIHAR HARTA

Semabok : Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Imran Abdul Rahman mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan exco-exconya mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor."Saya cabar Ali dan semua Exco isytiharkan harta mereka bermula dari hari pertama mereka menjadi wakil rakyat sehingga ke hari ini" "Ada antara mereka yang sudah menjadi Yang Berhormat lebih dari 3 penggal dan kita...

GMP DIDALANGI PEMBANGKANG : HISHAMUDIN DIBIDAS

Bukit Katil : Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Yassim Musa kesal dengan kenyataan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mengulangi kenyataan kurang cerdik beliau bahawa himpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Sabtu lalu didalangi oleh pembangkang. "Sudah berapa kali Hishamuddin mengulangi kenyataan ini. Sepatutnya sebagai Menteri beliau perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan kerana bimbang rakyat...

UMNO DERHAKA KEPADA RAJA BUKAN PR

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Haji Bakrin Sidek berkata Umno/BN masih terus memainkan isu derhaka bagi meraih sokongan rakyat berketurunan Melayu kerana mereka tahu sokongan kaum Cina dan India kepada Umno/BN semakin hari semakin merosot. Menurtunya setiap hari isu Pakatan Rakyat (PR) derhaka tak habis-habis dimainkan oleh media massa. Sedangkan Ke bawah DYMM Sultan-Sultan sendiri tidak pernah bertitah bahawa PR derhaka kepada mereka. Umno/BN...

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).