Berjayakah projek Barisan Nasional ini disiapkan dalam masa kurang daripada 14 hari daripada sekarang setelah beberapa tarikh asal siap projek ini telah dipinda. Bermula dari March 2012 dan terkini 31 Disember 2012? Agak-agak dapat disiapkan untuk digunakan pada awal tahun 2013?
Barisan Nasional berbangga dengan adanya papan tanda yang tertulis "Sebuah Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional" dan sumber peruntukan dari Kerajaan Melaka, adakah...
Dis 6 - Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka terpaksa
dipindahkan ke lokasi baru iaitu di belakang Pejabat DAP Negeri Melaka
kerana tuan tanah lokasi asal iaitu di Bukit Palah membatalkan
persetujuan untuk menyewa kepada Pakatan Rakyat untuk program tersebut.
Setiausaha Program Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka, Asri Sheikh Abdul
Aziz dalam kenyataannya sebentar tadi kesal dengan tindakan Umno/BN
yang mengugut tuan tanah...
MELAKA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek (gambar) kesal
dengan sikap pihak pentadbiran Rumah Melaka di Kaherah yang menghalang
25 pelajar anak negeri Melaka dari menginap pusat penginapan tersebut."Apa
alasan mereka sehingga menafikan hak anak negeri Melaka ini menduduki
Rumah Melaka yang dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)."Terbukti
mereka menzalimi pelajar-pelajar tersebut yang terpaksa menumpang...
Dis 5 - Wanita Pakatan Rakyat Melaka hari ini telah mendapat suntikan tambahan bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13, apabila telah melancarkan Agenda Wanita Malaysia peringkat Negeri Melaka. Pelancaran yang dibuat di Markas PAS Paya Dalam itu telah disempurnakan oleh ketiga-tiga pimpinan wanita parti peringkat pusat iaitu YB Dr Siti Maria (Timb. Ketua Muslimat PAS Pusat) YB Zuraida (Ketua Wanita PKR Pusat) dan YB Chong Eng (Ketua Wanita DAP Pusat).
Turut...
Tindakan Ali Rustam mengarahkan JKKK membuat karnival disebelah
tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka pada 8hb Disember 2012, di
Bukit Palah, Melaka adalah satu tindakan bacul.
Provokasi pemimpin sebegini mengundang keresahan dikalangan rakyat, UMNO akar umbi pun resah.
Sudahlah permintaan pakatan untuk mendapatkan tempat awam seperti
Dataran Sejarah dan Stadium Tun Fatimah tidak dilayan, kawasan yang
dipersetujui pakatan iaitu...
Kenyataan Media berkenaan:
PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA (PERTAM) PERTAM Construction Sdn. Bhd. (PCSB) PENGENALAN
PERTAM merupakan satu-satunya agensi yang menguruskan Kemajuan Tanah
Adat di dalam negeri Melaka. Fungsi yang baik ini menjadi harapan
kepada rakyat negeri Melaka supaya pengurusan tanah lebih efisien dan
mendatangkan manfaat. Sejarah dan fungsi PERTAM: a. Ditubuhkan pada 14 Mei 1991
b. PERTAM menjalankan beberapa projek pembangunan yang melibatkan Tanah
Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah termasuk tanah estet...
Dis 2 - Ijtima' Tarbawi Jihad Pilihanraya telah berjaya dilaksanakan semalam. Program yang dianjurkan oleh Akademi Tabiyah Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Pemuda PAS Malaysia itu dirasmikan oleh al-fadhil Ust Faisol bin Sheikh Mohd, Timb. Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Negeri Melaka.
Beberapa kertas kerja telah dibentangkan oleh pimpinan-pimpinan pemuda PAS seperti Ust Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Timb. Ketua Pemuda PAS Malaysia), Ust...
LUBOK CINA - Jalan yang menghubungkan di antara Negeri Sembilan dan Melaka di Lubok Cina terpaksa di tutup akibat kepada orang ramai setelah jalan itu digenangi iar selepas hujan lebat yang berlaku pada malam tadi.
Kejadian ini berpunca dari limpahan air Sungai Rembau yang mengakibatkan banjir di sekitar jalan dan kampung berhampiran. Dalam tinjauan kami air yang naik adalah berpunca dari limpahan air sungai yang mengalir deras.
Menurut...
27 Okt, Sg Putat - Bagi memelihara maruah perjuangan PAS, En Zubir Yahya sanggup untuk tidak mengisi borang keahlian UMNO yang merupakan syarat tambahan bagi mendapatkan rumah PPRT. Beliau yang berumur 50 tahun membuat permohonan PPRT semenjak tiga tahun lepas.
"Beliau memang layak menerima bantuan tersebut dan pegawai menyatakan bahawa En Zubir Yahya perlu mendapatkan surat sokongan dari Pengerusi JKKK," kata Hj Mohamad Ali Shariff, Pengerusi...
Satu memorandum, tentang cadangan, permintaan dan pertanyaan rakyat yang dikemukakan kepada Ketua Menteri Melaka dan kerajaan telah diserahkan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Bukit Katil bagi dijawab oleh Ketua Menteri. Hal ini dibuat ekoran 5 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang telah digantung dari memasuki sidnag DUN. Mereka digantung daripada sidang DUN yang akan membahaskan bajet Negeri Melaka 2013.
Wakil pimpinan Pakatan...
Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir akan membuat ucapan sulungnya di Melaka. Sebarkan..
Beliau adalah pemimpin veteran Umno yang juga bekas Menteri Kabinet
Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun.
Menjadi ahli majlis
tertinggi Umno selama 24 tahun.
Beliau turut pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah.
Beliau juga
menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun. Selaku
setiausaha politik, setiausaha...
Rakyat Melaka dijemput hadir beramai-ramai ke siri ceramah penerangan tiga hari berturut-turut di sekitar Melaka. Bermula pada 5 Oktober (Jumaat) di Kg Alai, 6 Oktober (Sabtu) di Pekan Durian Tunggal dan 7 Oktober (Ahad) di Pengkalan Balak.
Tamrin Tun Ghafar merupakan anak kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba, mantan Timb. Perdana Menteri Malaysia. Ceramah ini turut dihadiri oleh Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayub pada 6 Oktober dan beberapa...
Kelmarin telah berlangsungnya majlis makan malam dan ceramah bersama Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang serta beberapa pimpinan PAS Pusat dan juga PAS Negeri Melaka di Kg. Parit Putat di Sungai Rambai Melaka.
Antara yang hadir selain daripada presiden ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia iaitu Siti Zailah Mohd Yusof yang juga merangkap Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Timbalannya iaitu Dr Siti Mariah Mahmud yang juga...
Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari menasihatkan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam supaya tidak menjadikan isu penghinaan kepada Rasulullah S.A.W sebagai politik murahan untuk meraih survival politik beliau dan juga UMNO. Tindakan beliau yang tidak cerdik melambangkan beliau gagal dalam membezakan isu sensitif dan juga isu politik.
Adly ketika dihubungi pihak admin berkata bahawa isu penghinaan ke atas Rasulullah S.A.W telah disalah guna...
Dua hari lepas, PAS Melaka telah menganjurkan ceramah di Tanjung Kling, Tangga Batu yang mendapat sambutan lebih daripada 4,000 orang dan paling ramai pernah dihadiri oleh rakyat sekitar negeri Melaka. Kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Melaka mencetuskan satu fenomena gelombang hijau di Melaka yang turut mendapat sambutan daripada golongan muda.
Arus gelombang ini bukan sahaja tertumpu kepada golongan melayu...
Tindakan bongkak seorang Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di Bukit Palah, berdekatan dengan Masjid al-Azim mengugut penduduk yang menyokong PAS akan menerima 'balasan' yang setimpal kerana tidak mengenang budi yang UMNO berikan kepada mereka sebelum ini. UMNO itu siapa? Tuhan ke?
Tindakan JKKK yang seakan-akan tidak waras menjerit serta mengajak untuk berlawan dengan beliau. Apa yang dicabar dan diajak itpun kita tidak...
Keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 September 2012
PAS Melaka mendakwa menantu bekas Timb. Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Ahmad Hamzah tersalah faham mengenai isi kandung ceramah yang disampaikan Timb. Presiden PAS, Mohamad Sabu. Maklumat lanjut, sila liha keratan Sinar Harian bertarikh 6 September 2012.
Rentetan itu, PAS Melaka akan membuat siri penerangan dan ceramah berhubung isu ini pada 7 September 2012, 9.00mlm...
Kuala Linggi - Koyak banner
Durian Tunggal - Potong strimer dan bunting
Lendu - Bakar bendera dan rosakkan banner
Melaka yang ditadbir oleh Barisan Nasional ibarat fobia dengan kehadiran Pakatan Rakyat. Buktinya jelas bahawa banyak kain rentang dan bendera telah menjadi sasaran ahli vandalisma dengan memotong dan merosakkan harta benda awam terutama berkaitan politik. Jika mereka tidak tergugat, manakan angin akan meniup pokok dan...
Tindakan Tamrin Tun Ghafar mendaftar sebagai ahli PAS menimbulkan kegusaran terhadap UMNO Melaka. Apatah lagi ulasannya berkenaan tindakan Tun Ghafar Baba ingin menubuhkan parti baru bagi menggantikan UMNO, membuatkan Datuk Ali Rustam dan suku-sakatnya tidak lena hampir setiap malam.
Oleh kerana itu, Datuk Ali Rustam bertindak memanipulasi ucapan Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu kononnya Allahyarham Tun Ghafar Baba akan masuk PAS sekiranya umur panjang. Kenyataan Timb. Presiden PAS ini mengulang kembali kenyataan anak Allahyarham,
Walaubagaimanapun,...
PAS Negeri Melaka ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada muslimin dan muslimat terutama rakyat di negeri Melaka. Sempena dalam suasana raya yang masih berlangsung, PAS Negeri Melaka ingin menjemput ke majlis hari raya yang diadakan pada 7 Syawal 1433h bersamaan 25 Ogos 2012 bertempat di Telok Mas, Melaka.
Berikut adalah maklumat program
Tarikh: 7 Syawal 1433H (25 Ogos 2012)
Masa: 7.00 malam - 11.00 malam
Tempat: Perkarangan Pejabat...
Majlis Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin & Berbuka Puasa
Anjuran Yayasan Sulaimmi Ulumiah & PAS Kawasan Kota Melaka
16 Ogos 2012 (Khamis)
6.00ptg - 10.30malam
Surau Ust Ali, Permatang Pasi...
Video penuh rakaman Badar al-Kubra menampilkan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Bekas ADUN Pulau Manis, Arif Sabri Abdul Aziz; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam yang juga anak kepada Allahyarham Ghafar Baba iaitu Tamrin Ghafar ketika majlis berbuka puasa dan sambutan Badar al-Kubra di Bukit Katil.
...
Dato' Mohd.Tamrin bin Abdul Ghafar adalah merupakan anak kepada Tun Abdul Ghafar bin Baba. Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh...
Berat mata memandang, berat lagi mahu memikul. Tidak sampai setahun
suaminya pergi mengadap Ilahi beliau pula, Allahyarham Cikgu Habibah
Sidek dijemput Allah jam 2.00 petang semalam.
Malam sebelum itu saya dan isteri serta anak murid kesayangannya Ahmad
Danial sempat menziarahi Allahyarhamah di Wad Paliatif Hospital Melaka.
Menurut isteri saya keadaan beliau pada masa tersebut pun sudah tidak
seperti biasa. Mungkin pengaruh ubat menyebabkan...
Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.
Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.
Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?
Fakta Monorel Melaka
1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.
2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010
3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.
3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50
4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.
5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.
6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.
Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).
Sekilas masalah tempatan di Tg Bidara: 1. Pendatang asing menginap di kawasan perumahan. Mendatangkan ketidakpuasan hati penduduk setempat kerana pendatang asing sering menimbulkan kekecohan, pergaduhan dan membuat bising. LOKASI: Tmn Bidara Permai, Tg Bidara.
2. Padang bola sepak di sebelah rumah pangsa cuba dibeli oleh pemaju untuk dibina kawasan perumahan. Mendapat tentangan penduduk tempatan dan akhirnya padang yang sering digunakan dahulu terbengkalai dan tidak digunakan lagi. LOKASI: sebelah rumah pangsa, Tmn Bidara Permai, Tg Bidara.
3. Rumah yang 90% siap, terbengkalai kerana masih belum mendapatkan CF. Akhirnya rumah tersebut terbengkalai dan dipenuhi semak. LOKASI: Tmn Bidara Palma, Tg Bidara.
4. Hakisan pantai berlaku dan para nelayan tidak boleh mendarat seperti biasa. Benteng persisir pantai juga dibina tetapi tak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku. LOKASI: Tg Bidara.
5. Permohonan rumah PPRT oleh ibu tunggal tertangguh hampir 2 tahun. Pengerusi JKKK telah berjanji untuk menunaikan hasrat membina rumah PPRT sejak Raya Puasa (2011), namun tiada hitam putih dan sehingga kini tiada sebarang usaha dilihat.
6. Isu bau busuk yang datang dari kandang babi di Paya Mengkuang, Tg Bidara. Tidak selesai sejak bertahun.
7. Sikap pilih kasih dalam hal pembangunan yang diamalkan oleh JKKK tempatan sangat berleluasa. Pengerusi JKKK akui telah menurap semua jalan kampung2 seluruh Tg Bidara. Tetapi, malangnya jalan yang menghala ke rumah penyokong PAS tidak diturap, sedangkan jalan ke rumah berdekatan diturap.