Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Thursday, May 31, 2012

Video Mogok Pemandu Lori

Kira-kira lebih 100 orang pemandu lori mengadakan mogok berdekatan dengan Wisma Negeri, Ayer Keroh pada 30 Mei 2012 yang bermula jam 8 pagi dan berakhir lewat tengah hari. Mereka tidak berpuas hati dengan tindakan SPAD yang mengenakan saman terhadap mereka. ...

Wednesday, May 30, 2012

Mogok Pemandu Lori

Lebih 100 orang pemandu lori pasir berdemo di jalanraya berhampiran Seri Negeri Melaka. Mereka berdemo bagi menyuarakan kekesalan terhadap tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sering menahan pemandu lori walaupun muatan yang dibawa dikatakan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.  Hal ini dibebankan lagi dengan kos pembaikan yang tinggi dan kos-kos lain seperti cukai jalan dan lesen memandu.  Menurut salah...

Tuesday, May 29, 2012

PAS Sokong BERSIH, Kenapa?

ULASAN Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan.  Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah SWT). Rasulullah S.A.W...

Monday, May 28, 2012

Pemandu Bas Melaka Mogok Lagi

Gambar mogok sebelum ini Selepas hampir empat bulan isu berkaitan mogok pemandu bas (link), kini isu itu timbul kembali ekoran skim gaji baru yang tidak menepati kehendak pemandu bas. Kira-kira 50 pemandu bas henti-henti mogok akibat tidak berpuas hati dengan tawaran skim gaji baru. Mogok pemandu bas bermula jam 8 pagi dan selesai dalam dua jam kemudian, di Melaka Sentral, menyebabkan operasi bas ke beberapa destinasi di negeri itu...

Friday, May 25, 2012

Ali Rustam Makin Tak Cerdik

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam makin hari makin tidak cerdik dalam menuduh Pakatan Rakyat. Terbaru beliau menuduh SMS fitnah yang didalangi pembangkang. Adakah beliau mempunyai bukti yang kukuh atau semata-mata membaca blog fitnah ciptaan blogger mereka? Buktikan bahawa sms itu datang dari pihak pembangkang? Sebelum ini UMNO dan PERKASA menafikan mereka terlibat dengan keganasan di Merlimau namun tidak sampai tempoh seminggu,...

Thursday, May 24, 2012

Bukti Gambar ADUN UMNO Terlibat di Merlimau

Berikut adalah gambar yang membuktikan bahawa ada ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen UMNO terlibat dalam keganasan di Merlimau baru-baru ini. UMNO dan PERKAS telah membuat penafian bahawa mereka tidak terlibat sebaliknya ada orang cuba sabotaj UMNO dan PERKASA. Rupa-rupanya memang betul ada yang cuba sabotaj UMNO dan PERKASA seperti yang dibuktikan oleh blog ini. Dalam blog tersebut membuktikan ADUN Sungai Rambai, ADUN Serkam dan Ahli Parlimen...

Isu Keganasan Merlimau

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek telah hadir dengan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Melaka termasuk ke semua ADUN-ADUN DAP Melaka dan wakil PKR ke Ibu Pejabat Polis Ayer Keroh bagi sesi perbincangan isu yang berkaitan Merlimau Sabtu lalu. PAS sebelum ini telah merancang untuk pertemuan meja bulat bersama ketua-ketua parti politik. Tujuan utama adalah untuk membendung daripada berlakunya kekecohan seperti yang berlaku di...

Wednesday, May 23, 2012

Video: Keganasan Perkasa dan UMNO Baling Telur dan Batu

Insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu melibatkan PERKASA dan Umno walau dinafikan oleh Ibrahim Ali seperti kenyatan dalam Malaysiakini.  Namun kejadian yang berlaku bukan kerana orang yang membeli baju PERKASA sebaliknya sememangnya PERKASA dan UMNO terlibat dalam keganasan membaling batu dan telur ke arah dua ADUN DAP sehinggakan pecah cermin kenderaan...

Tuesday, May 22, 2012

Gambar: Fitnah dan Samseng UMNO

Budaya fitnah dan samseng UMNO memang tidak dapat dipisahkan. Kerana terdesak dengan apa yang mereka lakukan di Merlimau tempoh hari, mereka telah menuduh PAS sebagai menjalankan agenda Yahudi. Bagi menutup kelemahan mereka ini, maka fitnah baru mereka ciptakan. Buat samseng pada mula dan mahu tutup apa yang berlaku maka fitnah pula dibuatnya. Pihak PAS dan Pakatan Rakyat mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas...

UMNO Ganas dan Terdesak

Kereta dibaling telur Jamuan minum petang di PASTI As-Solihin telah bertukar tragedi yang tidak masuk akal apabila ada gerombolan pihak UMNO telah mencetuskan kekecohan yang melampau serta menunjukkan sikap mereka yang terdesak seperti diancam oleh pihak musuh sedangkan kita tahu UMNO adalah 'kuat' kerana mempunyai jentera kerajaan yang telah disalahgunakan. Walaupun mempunyai jentera kerajaan, mereka dilihat terlalu lemah dan tidak berdaya...

Monday, May 21, 2012

Ke Mana RM40juta Untuk Sampah?

Krubong - Beberapa orang penduduk telah merungut tentang pembakaran sampah di tapak pelupusan sampah yang terletak di Krubong, Durian Tunggal. Keadaan ini telah berlaku beberapa hari yang lalu dan boleh menjejaskan keadaan penduduk yang tinggal berdekatan dengan tapak pelupusan sampah itu. Tapak pelupusan sampah yang terletak di Krubong sepatutnya telah berhenti beroperasi pada tahun 2008 lagi dan ini telah berlanjutan setelah 4 tahun dari...

Sunday, May 20, 2012

Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Melaka

Semalam telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Melaka 2012 yang bertempat di Agro KPA berdekatan dengan Lebuh AMJ yang merangkumi 6 kawasan parlimen dalam negeri Melaka. Seramai 130 orang guru telah hadir dalam majlis sambutan yang telah diadakan semalam yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Melaka 2012 ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri...

Saturday, May 19, 2012

Sumbangan Kepada Orang Muda

Taman Desa Bayu - Penyelia Dun Kuala Linggi telah bersama-sama pemuda di sini melakukan acara beriadah. Selesai beriadah penyelia Dun bersama-sama dengan Urusan Pemuda MTD telah mengagihkan air mineral kepada semua pemuda di sini. Selain itu Penyelia Dun turut menyerahkan air mineral kepada dua orang ketua pasukan bola sepak yang bakal bertanding dalam kejohanan bola sepak piala DUN Kuala Linggi . Diharapkan dengan sedikit sumbanagn ini...

Friday, May 18, 2012

Ziarah Kematian Di Kuala Linggi

Teluk Belanga , Kuala Sg Baru - Penyelia Dun Kuala Linggi Ust Julasapiyah Bin Kassim telah menziarah arwah Kamsiah Bt Budin di sini . Beliau telah menghembuskan nafas terakhir malam semalam di rumah beliau.  Penyelia Dun telah bergegas dan membantu dalam pengurusan jenazah di sini. Majilis Tindakan Dun Kuala Linggi merakamkan ucapan takziah dan marilah kita mendoakan Al-Fatihah pada arwah tersebut. Al Fatihah Gamb...

Arwah Tuan Hj Yusof Bin Enjah

Masjid Tanah - Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Masjid Tanah merangkap Penyelia Dun Kuala Linggi Ust Julasapiyah Bin Kassim telah menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada arwah Tuan Hj Yusof Bin Enjah di sini .  Almarhum Tuan Hj Yusof Bin Enjah ini adalah pengasas Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Melaka dan Yang Di pertua PAS Kawasan Alor Gajah pertama sebelum kawasan di pecahkan kepada dua iaitu kawasan Alor Gajah dan kawasan...

Thursday, May 17, 2012

Bacul dan Pengecut

Bacul dan pengecut itulah ungkapan yang sesuai kepada golongan yang tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda orang lain tanpa memikirnya dengan keadaan waras. Golongan yang biasa terlibat ini dinamakan vandalisma yang tidak boleh melihat keadaan itu dalam keadaan baik atau sempurna serta keinginan untuk merosakkan hak orang lain ini satu tindakan tidak bertanggungjawab. Vandalisma ini bukan sahaja berlaku dalam arena politik semasa...

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

PAS Melaka mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di Malaysia terutamanya di Negeri Melaka ini yang telah banyak menabur jasa dan bakti sebagai warga pendidik terutama kepada yang berumur seawal 4 tahun hinggalah ke menara gading seseorang insan tersebut. ...

Tuesday, May 15, 2012

Projek Semak-samun

Bagaimanakah rupa projek kelompok yang cuba dilaksanakan di DUN Asahan? Projek kelompok itu adalah di bawah seliaan Jabatan Pertanian Negeri Melaka dalam usaha membangunkan bidang pertanian. Namun ia seakan-akan tidak menunjukkan hasil pertanian kepada penduduk terutamanya yang menetap di kawasan kampun di DUN Asahan. Projek yang sepatutnya menjadi mercu kepada bidang pertanian hanya tinggal papan tanda sahaja yang tersergam indah di tepi...

Monday, May 14, 2012

Muktamar Pemuda PAS Melaka

Semalam berlangsungnya Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Melaka kali ke-37 yang bertempat di Parlimen Jasin yang bermula pada awal pagi dan berakhir jam 3.00 petang yang turut dihadiri oleh pemerhati jemputan dari DAP yang diwakili oleh YB Tiey Kok Kiew dan juga PKR oleh Law Bing Haw. Turut diundang dalam majlis itu juga adalah wakil dari Badan Perhubungan PAS, Asri Shaik Abdul Aziz selaku Setiausaha, Ashraf Mukhlis Minghat selaku Ketua Penerangan...

Saturday, May 12, 2012

Wawancara Bersama Pengarah Unit Amal Malaysia

Wawancara bersama Pengarah Unit Amal Malaysia, Juhari Osman bertempat di Pejabat Badan Perhubungan PAS Melaka pada 11 Mei 2012 mengenai isu BERSIH 3.0, Dikejutkan dengan peluru hidup dan juga mengenai Unit Amal. Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 Bahagian...

Friday, May 11, 2012

Ziarah Penyelia Parlimen Masjid Tanah di MTD Kuala Linggi

Kuala Sg Baru - Penyelia Parlimen PAS Masjid Tanah Tuan Hj Mohammad Bin Burok telah mengadakan program ziarah di dun Kuala Linggi.  Beliau telah di iringi oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Masjid Tanah Ust Imran Bin Abd Rahman ,Setiausaha Perhubungan PAS Melaka Saudara Asri Bin Shaik Abd Aziz , dan Ajk Majlis Tindakan Dun kuala Linggi. Dalam ziarah ini ,dapat di lihat bagaimana pihak kerajaan telah mengabaikan rakyat yang...

Thursday, May 10, 2012

Kecam Tindakan Hantar Peluru Hidup

Pakatan Rakyat mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menghantar peluru hidup kepada Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari  Osman di kediamannya di Ayer Molek kelmarin.  Sidang media Laporan polis ...

Tuesday, May 8, 2012

Pengarah Amal Malaysia Terima Peluru Hidup

Juhari menunjukkan nota yang dihantar kepada beliau Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman menerima peluru yang disertakan bersama surat ugutan bunuh hari ini. Juhari menerima sebutir peluru yang dihantar bersama sampul surat ke rumahnya di Taman Ayer Molek, kira-kira 11.50 pagi tadi. Beliau amat terkejut dan ketika ditemui petang tadi mengatakan ini merupakan kali pertama semenjak beliau sebagai Unit Amal. Beliau menyangkakan...

Monday, May 7, 2012

MPJ Hutang RM559.8 Juta Dengan Kerajaan Negeri

Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) merupakan agensi atau badan berkanun kerajaan negeri Melaka yang mana dikenali sebagai Majlis Daerah Jasin iaitu pada 1 Julai 1978. Pada 1 Januari 2007 telah diisytiharkan sebagai MAJLIS PERBANDARAN JASIN. MPJ mempunyai hutang tertunggak dengan kerajaan Melaka sehingga 31 Disember 2011 berjumlah RM559.8 juta (RM559,809.79). Satu angka yang dilihat besar dapat dilihat membabitkan sebuah kerajaan tempatan seperti...

Sunday, May 6, 2012

Pendidik Agen Perubahan Masa Depan Negara

Semalam bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka telah diadakan Majlis Perasmian Pendidik bagi negeri Melaka yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penaja Pendidik Negeri Melaka. Pendidik adalah ringkasan kepada Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) adalah untuk membela nasib guru-guru yang tertindas akibat campur tangan politik. Pendidik yang ditubuhkan di negeri Melaka ini merupakan negeri yang kedua selepas negeri...

Saturday, May 5, 2012

Melayu Tg. Kling Tolak UMNO

Pada Ahad lepas bertempat di Tanjung Kling dalam Parlimen Tangga Batu telah diadakan ceramah yang menampilkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka iaitu Ustz Musa Mohd, ADUN Ayer Keroh iaitu YB Khoo Poay Tiong, Timbalan Pesruhjaya 2 PAS Melaka iaitu Ustz Mohd Noor Omar, wakil dari AMK iaitu Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazri Yunus dan Ahli Parlimen Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar. Sebelum ceramah diadakan, pihak dari parti lawan cuba mengadakan...

Friday, May 4, 2012

Pasir didahulukan, Bahaya Penduduk diutamakan?

Adakah kerana pasir, pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup menjadikan pasir sebagai bahan uji kaji kepada penduduk setempat? Pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak pernah sama sekali memikirkan bahayanya kerja-kerja mengorek pasir di DUN Asahan. Tinjauan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dengan beberapa penduduk kampung melihat sendiri bagaimana kerja-kerja mengorek pasir ini boleh mengundang bahaya kepada penduduk yang tinggal...

Thursday, May 3, 2012

Gelanggang Badminton Atas Kubur?

Benarkah apa yang diperkatakan oleh penduduk kampung di DUN Asahan bahawa ada sebuah gelanggang badminton yang dikatakan di bawah gelanggang itu adalah kubur-kubur orang Islam? Tambahan pula di kawasan bersebelahan gelanggang itu adalah tanah perkuburan Islam. Tinjauan Pesurujaya PAS Melaka, Adly Zahari bersama penduduk kampung menambahkan lagi kesahihan tersebut. Gelanggang badminton itu sudah lama siap bagi golongan muda beriadah namun...

Wednesday, May 2, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Negeri Melaka

Semalam berlangsungnya mesyuarat agung tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka yang bertempat di Solok Gaung, Ayer Molek telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari.  Antara program yang turut berlangsung adalah mengenai pelancaran AMEERAH dan Briged Muslimat bagi peringkat Negeri Melaka. Pimpinan PAS lain yang hadir antaranya wakil Dewan Pemuda Negeri iaitu Yuhaizad Abdullah, wakil Dewan Ulama...

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).