Gambar mogok sebelum ini
Selepas hampir empat bulan isu berkaitan mogok pemandu bas (link), kini isu itu timbul kembali ekoran skim gaji baru yang tidak menepati kehendak pemandu bas. Kira-kira 50 pemandu bas henti-henti mogok akibat tidak berpuas hati dengan tawaran skim gaji baru.
Mogok pemandu bas bermula jam 8 pagi dan selesai dalam dua jam kemudian, di Melaka Sentral, menyebabkan operasi bas ke beberapa destinasi di negeri itu tergendala.
Sani Taib Abdullah merupakan pemandu bas, berkata, surat tawaran gaji baru tidak lengkap dan tidak menyatakan secara keseluruhan bayaran gaji.
“Kita minta hak kita dan rundingan cara baik. Kita jalankan tugas semula dan kita ada buat satu perjanjian tadi untuk masalah ini,” katanya.
Difahamkan, skim gaji baru menawarkan gaji pokok RM800 dan elaun kerja lebih masa RM6 sejam.
Manakala, usaha pihak PM Cultural & Tourism (PMCT) Sdn Bhd yang mengambil alih operasi bas di Melaka sejak 1 Februari lalu, mewujudkan skim gaji baru sebagai menyelaraskan gaji bagi setiap pemandu.
Sebelum ini, pendapatan bulanan mengikut kadar komisen dianggap tidak bersesuaian berikutan wujud kadar gaji berbeza bagi setiap pemandu.
0 comments:
Post a Comment