Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam makin hari makin tidak cerdik dalam menuduh Pakatan Rakyat. Terbaru beliau menuduh SMS fitnah yang didalangi pembangkang. Adakah beliau mempunyai bukti yang kukuh atau semata-mata membaca blog fitnah ciptaan blogger mereka? Buktikan bahawa sms itu datang dari pihak pembangkang?
Sebelum ini UMNO dan PERKASA menafikan mereka terlibat dengan keganasan di Merlimau namun tidak sampai tempoh seminggu, ADUN-ADUN dan ahli Parlimen mereka kelihatan bersama dalam aktiviti keganasan yang berlaku di Merlimau. Adakah beliau telah melihat gambar yang membuktikan ADUN-ADUN mereka termasuk ADUN Sungai Rambai, Datuk Hassan Abdul Rahman.
Berikut adalah kenyataan Ali Rustam yang percaya penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur fitnah terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Datuk Hassan Abdul Rahman didalangi pembangkang.
Ayat dalam kenyataan akhbar itu juga membuktikan Ali Rustam merupakan kaki fitnah. Bagi menjaga kredibiliti ADUN yang bermasalah, Ali Rustam sanggup buat apa sahaja demi menjaga ADUN-ADUN yang bermasalah itu.
Saya percaya yang mulakan SMS ini daripada pembangkang, mereka ini biasa dengan kerja-kerja kotorPihak pembangkang telah kehabisan modal sehingga sanggup memburukkan Adun daripada Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan. - Ali Rustam
0 comments:
Post a Comment