Kereta dibaling telur
Jamuan minum petang di PASTI As-Solihin telah bertukar tragedi yang tidak masuk akal apabila ada gerombolan pihak UMNO telah mencetuskan kekecohan yang melampau serta menunjukkan sikap mereka yang terdesak seperti diancam oleh pihak musuh sedangkan kita tahu UMNO adalah 'kuat' kerana mempunyai jentera kerajaan yang telah disalahgunakan.
Walaupun mempunyai jentera kerajaan, mereka dilihat terlalu lemah dan tidak berdaya melawan dan menangkis segala yang ada dalam Pakatn Rakyat. Buktinya, tidak semena-mena melakukan kekecohan di majlis orang ramai dan mengganggu ketenteraman orang awam yang datang untuk majlis minum petang. Perkara ini dilihat bahawa UMNO bukan sebuah parti yang kuat tetapi sebuah parti yang pengacau.
Mungkin ini didikan daripada pemimpin mereka yang pengecut. Pemimpin yang pengecut adalah pemimpin yang menjadikan orang bawahannya tidak berakal sehinggakan mengganggu majlis orang ramai dan ini dianggap tidak beradab serta tidak bertamadun. Ia ibarat jika pemimpinnya lemah maka pengikutnya lagi lemah kerana hanya menjadi pak turut tanpa berfikir mana yang baik dan buruk.
UMNO sendiri membuktikan melayu lemah dan mencanang sifat ganas. Rakyat semakin takut dengan kebiadaban UMNO yang melampau ini. Keganasan yang cuba ditunjukkan ini bukan untuk membela melayu sebaliknya menjahanamkan melayu sekaligus menampakkan kelemahan pemerintahan orang melayu di bawah kepimpinan UMNO itu sendiri.
Hanya pemimpinnya sahaja yang mengatakan UMNO itu kuat dan masih mendapat sokongan masyarakat tetapi orang bawahan seakan-akan menggila buat keganasan. Jika himpunan BERSIH 3.0 mereka menuduh peserta ganas maka itu adalah cebisan yang kecil untuk menutup keganasan mereka. UMNO cuba jadi juara melayu tetapi gagal dalam mendidik orang bawahannya menjadi melayu yang baik.
Mungkin ini sifat UMNO yang mahu ditunjukkan kepada rakyat? Mereka pandai bercakap negara ini adalah negara demokrasi dan sebuah negara yang aman tetapi merekalah punca negara menjadi haru-biru dan huru-hara apabila ada segelintir orang bawahan UMNO yang hanya suka-suka untuk melihat keganasan ini berlaku dan apakah peranan UMNO untuk melayu sebenarnya?
Sekiranya ini berlaku maka jelaslah UMNO bukan sebuah parti yang kuat dan gagal mengawal ahlinya daripada melakukan keganasan. Adakah keganasan ini sinonim dan sebati dalam diri UMNO itu sendiri? UMNO tidak akan menang dengan aman sebaliknya cara keganasan yang menjadi agenda mereka. Mereka ibarat raja dalam negara tetapi pada masa yang sama pengecut untuk mendepani rakyat dan pihak lawan.
0 comments:
Post a Comment