Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) merupakan agensi atau badan berkanun kerajaan negeri Melaka yang mana dikenali sebagai Majlis Daerah Jasin iaitu pada 1 Julai 1978. Pada 1 Januari 2007 telah diisytiharkan sebagai MAJLIS PERBANDARAN JASIN.
MPJ mempunyai hutang tertunggak dengan kerajaan Melaka sehingga 31 Disember 2011 berjumlah RM559.8 juta (RM559,809.79). Satu angka yang dilihat besar dapat dilihat membabitkan sebuah kerajaan tempatan seperti MPJ ini.
Jika diikutkan dengan objektif penubuhannya, ia lebih kepada menjadikan Jasin sebuah daerah yang maju dengan meningkatkan pertumbuhan pembangunan melalui perindustrian dan pelancongan. Selain itu, memberikan kehidupan yang harmoni, persekitaran bersih dan indah.
Jika dilihat daripada objektif asal, MPJ sepatutnya dapat melunaskan hutang kerajaan negeri kerana ada dua sektor yang besar dalam daerah Jasin itu sendiri iaitu perindustrian dan pelancongan.
0 comments:
Post a Comment