Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Thursday, May 31, 2012

Video Mogok Pemandu Lori



Kira-kira lebih 100 orang pemandu lori mengadakan mogok berdekatan dengan Wisma Negeri, Ayer Keroh pada 30 Mei 2012 yang bermula jam 8 pagi dan berakhir lewat tengah hari. Mereka tidak berpuas hati dengan tindakan SPAD yang mengenakan saman terhadap mereka.

Wednesday, May 30, 2012

Mogok Pemandu Lori


Lebih 100 orang pemandu lori pasir berdemo di jalanraya berhampiran Seri Negeri Melaka. Mereka berdemo bagi menyuarakan kekesalan terhadap tindakan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sering menahan pemandu lori walaupun muatan yang dibawa dikatakan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. 

Hal ini dibebankan lagi dengan kos pembaikan yang tinggi dan kos-kos lain seperti cukai jalan dan lesen memandu. 

Menurut salah seorang pemandu lori, beliau seringkali ditahan kerana dikatakan membawa muatan lebih daripada had sedangkan ukuran pasir memenuhi spesifikasi. "Setiap kali saya bawa lori, mesti bawa pasir sikit. Tak melebihi badan lori. Itu spesifikasinya. Jadi kami ikut. Tapi, saya tetap disaman sebab tak ikut spek katanya. Takkan kami nak bawa pasir separuh dari badan lori. Duit kami dapat RM30 je. Nak bayar diesel pun tak lepas."

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam:





Tuesday, May 29, 2012

PAS Sokong BERSIH, Kenapa?



ULASAN Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan. 

Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah SWT). Rasulullah S.A.W bersabda: “Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik “.

Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan Abu Bakar R A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah SAW: “Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat....” 

Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya. Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat.

Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab.

Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar  memahami hak  mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan  daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan  politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai.

Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Watergate. Di England pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing.

Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem diktator terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihan Raya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar.

Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah  menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat.

Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan  penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil.

Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum. Semua yang berlaku adalah kemungkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah SAW mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati.

Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah SAW mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Mekah selepas Islamnya Hamzah dan Umar RA bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya, menyebut  peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: "Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul  (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya."

Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

BERSIH adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. Umno sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah  besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia.

Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah SAW: "Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah." 

Sabdanya lagi: "Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal."

PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemungkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar.

Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya. Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama Umno yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:

Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)

DATUK SERI ABDUL HADI AWANG 

Monday, May 28, 2012

Pemandu Bas Melaka Mogok Lagi


Gambar mogok sebelum ini

Selepas hampir empat bulan isu berkaitan mogok pemandu bas (link), kini isu itu timbul kembali ekoran skim gaji baru yang tidak menepati kehendak pemandu bas. Kira-kira 50 pemandu bas henti-henti mogok akibat tidak berpuas hati dengan tawaran skim gaji baru.

Mogok pemandu bas bermula jam 8 pagi dan selesai dalam dua jam kemudian, di Melaka Sentral, menyebabkan operasi bas ke beberapa destinasi di negeri itu tergendala.

Sani Taib Abdullah merupakan pemandu bas, berkata, surat tawaran gaji baru tidak lengkap dan tidak menyatakan secara keseluruhan bayaran gaji.

“Kita minta hak kita dan rundingan cara baik. Kita jalankan tugas semula dan kita ada buat satu perjanjian tadi untuk masalah ini,” katanya.

Difahamkan, skim gaji baru menawarkan gaji pokok RM800 dan elaun kerja lebih masa RM6 sejam.

Manakala, usaha pihak PM Cultural & Tourism (PMCT) Sdn Bhd yang mengambil alih operasi bas di Melaka sejak 1 Februari lalu, mewujudkan skim gaji baru sebagai menyelaraskan gaji bagi setiap pemandu.

Sebelum ini, pendapatan bulanan mengikut kadar komisen dianggap tidak bersesuaian berikutan wujud kadar gaji berbeza bagi setiap pemandu.

Friday, May 25, 2012

Ali Rustam Makin Tak Cerdik


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam makin hari makin tidak cerdik dalam menuduh Pakatan Rakyat. Terbaru beliau menuduh SMS fitnah yang didalangi pembangkang. Adakah beliau mempunyai bukti yang kukuh atau semata-mata membaca blog fitnah ciptaan blogger mereka? Buktikan bahawa sms itu datang dari pihak pembangkang?

Sebelum ini UMNO dan PERKASA menafikan mereka terlibat dengan keganasan di Merlimau namun tidak sampai tempoh seminggu, ADUN-ADUN dan ahli Parlimen mereka kelihatan bersama dalam aktiviti keganasan yang berlaku di Merlimau. Adakah beliau telah melihat gambar yang membuktikan ADUN-ADUN mereka termasuk ADUN Sungai Rambai, Datuk Hassan Abdul Rahman.

Berikut adalah kenyataan Ali Rustam yang percaya penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur fitnah terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Datuk Hassan Abdul Rahman didalangi pembangkang.

Saya percaya yang mulakan SMS ini daripada pembangkang, mereka ini biasa dengan kerja-kerja kotor
  
Pihak pembangkang telah kehabisan modal sehingga sanggup memburukkan Adun daripada Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan. - Ali Rustam
Ayat dalam kenyataan akhbar itu juga membuktikan Ali Rustam merupakan kaki fitnah. Bagi menjaga kredibiliti ADUN yang bermasalah, Ali Rustam sanggup buat apa sahaja demi menjaga ADUN-ADUN yang bermasalah itu.

Thursday, May 24, 2012

Bukti Gambar ADUN UMNO Terlibat di Merlimau


Berikut adalah gambar yang membuktikan bahawa ada ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen UMNO terlibat dalam keganasan di Merlimau baru-baru ini. UMNO dan PERKAS telah membuat penafian bahawa mereka tidak terlibat sebaliknya ada orang cuba sabotaj UMNO dan PERKASA.

Rupa-rupanya memang betul ada yang cuba sabotaj UMNO dan PERKASA seperti yang dibuktikan oleh blog ini. Dalam blog tersebut membuktikan ADUN Sungai Rambai, ADUN Serkam dan Ahli Parlimen Jasin terlibat dalam kejadian tersebut.

Berbaju Hitam

Nama: SHAARI BIN ABU

Belakang Pegang Healer 

Nama: GHAZALE BIN MUHAMAD (ADUN Serkam)

Cermin Mata dan Rambut Uban

Nama: HASSAN ABDUL RAHMAN (ADUN Sungai Rambai)

Pegang Healer

Nama: DATUK WIRA AHMAD HAMZAH (Ahli Parlimen Jasin)


Sumber: kijang59

Isu Keganasan Merlimau


Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek telah hadir dengan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Melaka termasuk ke semua ADUN-ADUN DAP Melaka dan wakil PKR ke Ibu Pejabat Polis Ayer Keroh bagi sesi perbincangan isu yang berkaitan Merlimau Sabtu lalu.

PAS sebelum ini telah merancang untuk pertemuan meja bulat bersama ketua-ketua parti politik. Tujuan utama adalah untuk membendung daripada berlakunya kekecohan seperti yang berlaku di Merlimau sebelum ini namun Ketua Polis ketika itu telah bertukar ke Bukit Aman. Hasrat berkenaan tidak dapat dilaksanakan sehingga ke hari ini.

Wednesday, May 23, 2012

Video: Keganasan Perkasa dan UMNO Baling Telur dan Batu




Insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu melibatkan PERKASA dan Umno walau dinafikan oleh Ibrahim Ali seperti kenyatan dalam Malaysiakini. 

Namun kejadian yang berlaku bukan kerana orang yang membeli baju PERKASA sebaliknya sememangnya PERKASA dan UMNO terlibat dalam keganasan membaling batu dan telur ke arah dua ADUN DAP sehinggakan pecah cermin kenderaan dan mnegalami kerosakan.

Video ini juga diperolehi dari seorang blogger yang merakamnya kerana pihak pembangkang tidak dibenarkan merakamnya dan telah diugut akan merampas kamera sekiranya merakam kejadian ini. Kejadian tersebut betul-betul seperti keadaan di negara yang bergolak.

Dengan adanya video ini, diharapkan pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil dan tidak melindungi samseng-samseng yang mengganggu ketenteraman awam sehingga merosakkan harta benda awam serta menimbulkan kekecohan yang tidak diigini.

Sumber video TV PAS Melaka dan gambar kijang59

Tuesday, May 22, 2012

Gambar: Fitnah dan Samseng UMNO





Budaya fitnah dan samseng UMNO memang tidak dapat dipisahkan. Kerana terdesak dengan apa yang mereka lakukan di Merlimau tempoh hari, mereka telah menuduh PAS sebagai menjalankan agenda Yahudi. Bagi menutup kelemahan mereka ini, maka fitnah baru mereka ciptakan. Buat samseng pada mula dan mahu tutup apa yang berlaku maka fitnah pula dibuatnya.

Pihak PAS dan Pakatan Rakyat mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan samseng ini dan tidak teragak-agak untuk membuat tangkapan kerana ia melibatkan keselamatan negara. Pada masa yang sama pihak berkuasa perlu memulihkan imej mereka sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam melindungi keselamatn orang awam.

Jika budaya samseng ini berterusan, maka terbukti bahawa UMNO lemah dalam mendidik dan mengawal ahlinya. Parti yang kuat bukanlah dengan menunjukkan samseng kepada pihal lawan sebaliknya menunjukkan kredibiliti. Jika kredibiliti yang gagal ditonjolkan maka itulah puncanya berlaku budaya samseng. Golongan yang bertindak samseng ini sebenarnya orang yang tidak berilmu dan boleh dianggap 'bodoh' dalam tindak-tanduk serta tidak boleh berfikiran waras.

Samseng ini hanya ada pada pihak lawan yang dengki dan tidak senang duduk melihat lawannya yang semakin hari diterima rakyat. Akibat daripada tindakan samseng ini, makin hari makin ramai yang tinggalkan UMNO dan UMNO ibarat terkial-kial mencari rentak bahawa mereka pembela bangsa tetapi perangai seperti komunis yang ganas.

Perbuatan yang tidak masuk akal ini hanya dilakukan oleh orang yang jahil ilmu dan perkataan yang sesuai ialah mereka yang dikategorikan mendapat 'subsidi' dari UMNO maka apabila disuap barulah mereka lakukan keganasan. Hidup dalam UMNO umpama 'Tiada UMNO, Tiada Melayu' tetapi yang merosakan UMNO jugalah dari pemimpin mereka yang berbangsa Melayu.

UMNO Ganas dan Terdesak

Kereta dibaling telur

Jamuan minum petang di PASTI As-Solihin telah bertukar tragedi yang tidak masuk akal apabila ada gerombolan pihak UMNO telah mencetuskan kekecohan yang melampau serta menunjukkan sikap mereka yang terdesak seperti diancam oleh pihak musuh sedangkan kita tahu UMNO adalah 'kuat' kerana mempunyai jentera kerajaan yang telah disalahgunakan.

Walaupun mempunyai jentera kerajaan, mereka dilihat terlalu lemah dan tidak berdaya melawan dan menangkis segala yang ada dalam Pakatn Rakyat. Buktinya, tidak semena-mena melakukan kekecohan di majlis orang ramai dan mengganggu ketenteraman orang awam yang datang untuk majlis minum petang. Perkara ini dilihat bahawa UMNO bukan sebuah parti yang kuat tetapi sebuah parti yang pengacau.

Mungkin ini didikan daripada pemimpin mereka yang pengecut. Pemimpin yang pengecut adalah pemimpin yang menjadikan orang bawahannya tidak berakal sehinggakan mengganggu majlis orang ramai dan ini dianggap tidak beradab serta tidak bertamadun. Ia ibarat jika pemimpinnya lemah maka pengikutnya lagi lemah kerana hanya menjadi pak turut tanpa berfikir mana yang baik dan buruk.

UMNO sendiri membuktikan melayu lemah dan mencanang sifat ganas. Rakyat semakin takut dengan kebiadaban UMNO yang melampau ini. Keganasan yang cuba ditunjukkan ini bukan untuk membela melayu sebaliknya menjahanamkan melayu sekaligus menampakkan kelemahan pemerintahan orang melayu di bawah kepimpinan UMNO itu sendiri.

Hanya pemimpinnya sahaja yang mengatakan UMNO itu kuat dan masih mendapat sokongan masyarakat tetapi orang bawahan seakan-akan menggila buat keganasan. Jika himpunan BERSIH 3.0 mereka menuduh peserta ganas maka itu adalah cebisan yang kecil untuk menutup keganasan mereka. UMNO cuba jadi juara melayu tetapi gagal dalam mendidik orang bawahannya menjadi melayu yang baik.

Mungkin ini sifat UMNO yang mahu ditunjukkan kepada rakyat? Mereka pandai bercakap negara ini adalah negara demokrasi dan sebuah negara yang aman tetapi merekalah punca negara menjadi haru-biru dan huru-hara apabila ada segelintir orang bawahan UMNO yang hanya suka-suka untuk melihat keganasan ini berlaku dan apakah peranan UMNO untuk melayu sebenarnya?

Sekiranya ini berlaku maka jelaslah UMNO bukan sebuah parti yang kuat dan gagal mengawal ahlinya daripada melakukan keganasan. Adakah keganasan ini sinonim dan sebati dalam diri UMNO itu sendiri? UMNO tidak akan menang dengan aman sebaliknya cara keganasan yang menjadi agenda mereka. Mereka ibarat raja dalam negara tetapi pada masa yang sama pengecut untuk mendepani rakyat dan pihak lawan.

Monday, May 21, 2012

Ke Mana RM40juta Untuk Sampah?



Krubong - Beberapa orang penduduk telah merungut tentang pembakaran sampah di tapak pelupusan sampah yang terletak di Krubong, Durian Tunggal. Keadaan ini telah berlaku beberapa hari yang lalu dan boleh menjejaskan keadaan penduduk yang tinggal berdekatan dengan tapak pelupusan sampah itu.

Tapak pelupusan sampah yang terletak di Krubong sepatutnya telah berhenti beroperasi pada tahun 2008 lagi dan ini telah berlanjutan setelah 4 tahun dari tarikh asal ia beroperasi. Memandangkan tiada tapak pelupusan sampah yang baru untuk menggantikannya, operasinya masih diteruskan sehingga ke hari ini walaupun telah mencapai tahap kapasitinya.

Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah meluluskan pembinaan sel tambahan di Tapak Pelupusan Krubong seluas 12 hektar yang menelan kos berjumlah RM42.87juta. Jangka hayat sel tambahan ini tidak lebih daripada 18 bulan sementara menunggu tapak pelupusan Sungai Udang disiapkan.


Lokasi tapak pelupusan sampah yang baru akan dibina adalah di Sungai Udang, Melaka iaitu 25km dari pusat Bandar Melaka dan sejauh 15km dari tapak pelupusan sampah sedia ada di Krubong, Melaka. Tapak tersebut bersebelahan dengan Logi Pengolahan Enap Cemar Berpusat sungai Udang milik Jabatan Perkhidmatan Pembentungan dan keluasannya ialah 64 hektar.

Tapak pelupusan tersebut dijangka beroperasi pada awal tahun 2013 dan anggaran kos telah bertambah sehingga RM30juta atau RM40juta. Namun sehingga ke hari ini belum ada sebarang berita mengenai tapak pelupusan sampah yang baru itu.

Ketika dilokasi berkenaan, ADUN Ayer Keroh turut mempertikaikan pihak Kerajaan Melaka dalam menangani masalah sampah di Krubong ini. Beliau berkata, kerajaan sibuk membanteras peserta BERSIH 3.0 namun untuk membersihkan tapak pelupusan sampah ternyata gagal sekali. Kepentingan rakyat diabaikan dari segala-galanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bukit Katil, Yusof Wahab menyelar tindakan kerajaan dalam menangani masalah sampah ini. Mana perginya slogan Bandar Teknologi Hijau ataupun "Go Green"? Rakyat telah diracuni dengan asap pembakaran sampah yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk setempat.



Sunday, May 20, 2012

Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Melaka


Semalam telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Melaka 2012 yang bertempat di Agro KPA berdekatan dengan Lebuh AMJ yang merangkumi 6 kawasan parlimen dalam negeri Melaka. Seramai 130 orang guru telah hadir dalam majlis sambutan yang telah diadakan semalam yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.

Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Melaka 2012 ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari. Pada majlis yang sama juga wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka turut dijemput dan antaranya Timbalan Pesuruhjaya 2 iaitu Ustaz Mohd Noor Omar, Setiausaha Asri Shaik Abdul Aziz dan Haron Mohamad.

Manakala wakil dari Dewan Muslimat diwakili oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Kintan Man. Dewan Pemuda pula diwakili oleh Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Yuzi Azhar Yusof dan Juhari Osman selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda Negeri Melaka. Turut hadir adalah Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

PASTI diketuai oleh Halim Mathpoh selaku Pengarah PASTI Negeri Melaka dan juga guru-guru PASTI setiap kawasan.


Anugerah Tokoh Guru PASTI 2012 tahun ini dimenangi oleh Guru PASTI dari Taboh Naning iaitu Puan Zaleha Binti Abdul Jalil (gambar) dari PASTI Al-Murabbitin. Hadiah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.

Anugerah Jasamu Dikenang dirangkul oleh Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka dari tahun 2003 sehingga 2011 telah dirangkul oleh Abdul Kadir Dewa. Mantan Ahli Majlis Lembaga Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka telah dirangkul oleh Asri Shaik Abdul Aziz yang juga merangkap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Ustaz Mohd Nazri Ahmad turut menerima Anugerah Jasamu Dikenang bagi kategori mantan Timbalan Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka. Turut menerima Anugerah Jasamu Dikenang bagi kategori Peguam Utama PASTI Negeri Melaka ialah Hj. Mohamad B. Burok yang juga selaku Penyelia Parlimen Masjid Tanah.

Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka dari tahun 2003 sehingga 2011, Abdul Kadir Dewa

Mantan Ahli Majlis Lembaga Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz

Mantan Timbalan Pengarah Jabatan PASTI, Ustaz Mohd Nazri Ahmad

Peguam Utama PASTI Negeri Melaka, Hj. Mohamad B. Burok

Saturday, May 19, 2012

Sumbangan Kepada Orang Muda


Taman Desa Bayu - Penyelia Dun Kuala Linggi telah bersama-sama pemuda di sini melakukan acara beriadah. Selesai beriadah penyelia Dun bersama-sama dengan Urusan Pemuda MTD telah mengagihkan air mineral kepada semua pemuda di sini.

Selain itu Penyelia Dun turut menyerahkan air mineral kepada dua orang ketua pasukan bola sepak yang bakal bertanding dalam kejohanan bola sepak piala DUN Kuala Linggi . Diharapkan dengan sedikit sumbanagn ini dapat membantu mereka dalam sukan bola sepak ...

Friday, May 18, 2012

Ziarah Kematian Di Kuala Linggi


Teluk Belanga , Kuala Sg Baru - Penyelia Dun Kuala Linggi Ust Julasapiyah Bin Kassim telah menziarah arwah Kamsiah Bt Budin di sini . Beliau telah menghembuskan nafas terakhir malam semalam di rumah beliau. 

Penyelia Dun telah bergegas dan membantu dalam pengurusan jenazah di sini. Majilis Tindakan Dun Kuala Linggi merakamkan ucapan takziah dan marilah kita mendoakan Al-Fatihah pada arwah tersebut. Al Fatihah

Arwah Tuan Hj Yusof Bin Enjah


Masjid Tanah - Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Masjid Tanah merangkap Penyelia Dun Kuala Linggi Ust Julasapiyah Bin Kassim telah menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada arwah Tuan Hj Yusof Bin Enjah di sini . 

Almarhum Tuan Hj Yusof Bin Enjah ini adalah pengasas Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Melaka dan Yang Di pertua PAS Kawasan Alor Gajah pertama sebelum kawasan di pecahkan kepada dua iaitu kawasan Alor Gajah dan kawasan Masjid Tanah. 

Almarhum terus komited menaburkan bakti dalam kerja-kerja parti demi melihat kemenangan islam di bumi Masjid Tanah. Kali terakhir saya bertemu dengan beliau ialah ketika program hi-tea bersama Menteri Besar Selangor yang di adakan di pejabat MTD Lendu di sini pada bulan 3 yang lalu.

Ketika itu beliau masih sihat dan bersemangat . Beliau merupakan seorang tokoh dan perjuang yang tulen dan permergian beliau ke pangkuan Ilahi ini akan di rasai oleh seluruh jemaah dan PAS di peringkat kawasan mahupun negeri dalam menuju kejayaan di dalam pilihan raya .

Semoga semangat  Almarhum  sentiasa ada bersama ahli dan PAS dalam memenangkan PAS dan Islam dalam pilihan raya. Majils Tindakan Dun Kuala Linggi dan PAS Kawasan Masjid Tanah merakamkan ucapan takziah dan semoga beliau di tempatkan di tempat orang orang yang soleh . Al Fatihah

Thursday, May 17, 2012

Bacul dan Pengecut


Bacul dan pengecut itulah ungkapan yang sesuai kepada golongan yang tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda orang lain tanpa memikirnya dengan keadaan waras. Golongan yang biasa terlibat ini dinamakan vandalisma yang tidak boleh melihat keadaan itu dalam keadaan baik atau sempurna serta keinginan untuk merosakkan hak orang lain ini satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Vandalisma ini bukan sahaja berlaku dalam arena politik semasa namun vandalisma juga berlaku seperti merosakan harta benda wama tanpa sebab kecuali untuk memuaskan nafsu semata-mata atau kerana ingin tunjuk kekuatan kepada orang sekeliling bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Vandalisma politik pula merujuk sesebuah parti tidak senang melihat lawannya gah dengan adanya bahan kempen atau publisiti. Bagi merosakkan imej sesuatu parti itu, maka unsur-unsur jahat dan vandalisma inilah yang menyebabkan berlaku seperti dalam gambar di atas. Politik di Malaysia boleh disifatkan politik "Engkau sahaja yang boleh siar, orang lain tidak boleh".

Apa gunanya berpolitik jika tidak mahu ada pihak lawan yang dinamakan status quo? Politik yang bijak adalah melontarkan idea yang bernas supaya rakyat menilai dan bukannya politik vandalisma ala-ala budak sekolah menengah. Tidak senang dengan kemasyuran seseorang makan rosaklah kemasyuran itu ditangan yang jahil.

Apakah ini salah mereka yang melakukan vandalisma atau salah pemipin yang gagal mencorakkan nilai-nilai beretika dan beradab dalam kehidupan seharian? Untuk apa kita berpolitik sekiranya ada perosak yang sering merosakkan harta benda. Ibarat sawah padi yang rosak padinya kerana seekor tikus. 

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru


PAS Melaka mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di Malaysia terutamanya di Negeri Melaka ini yang telah banyak menabur jasa dan bakti sebagai warga pendidik terutama kepada yang berumur seawal 4 tahun hinggalah ke menara gading seseorang insan tersebut.

Tuesday, May 15, 2012

Projek Semak-samun


Bagaimanakah rupa projek kelompok yang cuba dilaksanakan di DUN Asahan? Projek kelompok itu adalah di bawah seliaan Jabatan Pertanian Negeri Melaka dalam usaha membangunkan bidang pertanian. Namun ia seakan-akan tidak menunjukkan hasil pertanian kepada penduduk terutamanya yang menetap di kawasan kampun di DUN Asahan.

Projek yang sepatutnya menjadi mercu kepada bidang pertanian hanya tinggal papan tanda sahaja yang tersergam indah di tepi jalan serta semak-samun yang menunjukkan pertanian liar yang tumbuh begitu pesat..

Nama kelompok projek ini ialah Mangga Mantai yang berkeluasan 4 hektar bagi tujuan pertanian. Jumlah peserta bagi projek ini ialah seramai 11 orang yang telah bermula pada tahun 1999 lagi di bawah Y.B Datuk Dr. Sulaiman B. Hj. Daud dan bertukar tangan pada Disember 1999 kepada Dato Seri (DR) Mohd Affendi B. Norwawi.

Monday, May 14, 2012

Muktamar Pemuda PAS Melaka


Semalam berlangsungnya Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Melaka kali ke-37 yang bertempat di Parlimen Jasin yang bermula pada awal pagi dan berakhir jam 3.00 petang yang turut dihadiri oleh pemerhati jemputan dari DAP yang diwakili oleh YB Tiey Kok Kiew dan juga PKR oleh Law Bing Haw.

Turut diundang dalam majlis itu juga adalah wakil dari Badan Perhubungan PAS, Asri Shaik Abdul Aziz selaku Setiausaha, Ashraf Mukhlis Minghat selaku Ketua Penerangan dan juga Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri, Bahiki Islamil, Dewan Muslimat PAS Melaka dan juga Dewan Ulama PAS Melaka serta beberapa NGO dan wakil-wakil media yang diundang.



Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Melaka kali ke-37 ini dirasmikan oleh Suhaizan Kaiat, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

beberapa anugerah juga turut disampaikan kepada wakil dewan pemuda kawasan antaranya anugerah Jundullah bagi mereka yang ditahan kerana terlibat demonstrasi I.S.A dan juga BERSIH 2.0 dan 3.0. Selain itu penyampaian hadiah kepada PASTI terbaik bagi kawasan Bukit Katil.

Saturday, May 12, 2012

Wawancara Bersama Pengarah Unit Amal Malaysia


Wawancara bersama Pengarah Unit Amal Malaysia, Juhari Osman bertempat di Pejabat Badan Perhubungan PAS Melaka pada 11 Mei 2012 mengenai isu BERSIH 3.0, Dikejutkan dengan peluru hidup dan juga mengenai Unit Amal.


Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4

Friday, May 11, 2012

Ziarah Penyelia Parlimen Masjid Tanah di MTD Kuala Linggi


Kuala Sg Baru - Penyelia Parlimen PAS Masjid Tanah Tuan Hj Mohammad Bin Burok telah mengadakan program ziarah di dun Kuala Linggi. 

Beliau telah di iringi oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Masjid Tanah Ust Imran Bin Abd Rahman ,Setiausaha Perhubungan PAS Melaka Saudara Asri Bin Shaik Abd Aziz , dan Ajk Majlis Tindakan Dun kuala Linggi.

Dalam ziarah ini ,dapat di lihat bagaimana pihak kerajaan telah mengabaikan rakyat yang memerlukan dan dasar pilih kasih mereka terhadap rakyat . Sebanyak 5 rumah telah di ziarah dan sedikit sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur telah di sumbangkan kepada mereka. 

Penyelia Parlimen Juga telah menziarah mangsa serangan monyet yang berlaku di Kampung Lapan yang telah di papar di muka akhbar. Penyelia Parlimen menyeru pihak PBT, RELA, PERHILITAN dan pihak yang bertangungjawab dapat membendung permasalahan ini yang telah berlarutan dan membahayakan nyawa penduduk di situ. 

Program ini adalah program rutin MTD dan akan di teruskan demi masa depan rakyat.

Lagi gambar di sini

Thursday, May 10, 2012

Kecam Tindakan Hantar Peluru Hidup



Pakatan Rakyat mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menghantar peluru hidup kepada Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari  Osman di kediamannya di Ayer Molek kelmarin. 

Sidang media

Laporan polis


Tuesday, May 8, 2012

Pengarah Amal Malaysia Terima Peluru Hidup

Juhari menunjukkan nota yang dihantar kepada beliau

Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman menerima peluru yang disertakan bersama surat ugutan bunuh hari ini. Juhari menerima sebutir peluru yang dihantar bersama sampul surat ke rumahnya di Taman Ayer Molek, kira-kira 11.50 pagi tadi.

Beliau amat terkejut dan ketika ditemui petang tadi mengatakan ini merupakan kali pertama semenjak beliau sebagai Unit Amal. Beliau menyangkakan bahawa surat yang diterima tadi itu adalah gurauan kawan-kawan kerana hanya ada akhbar berbahasa Tamil. Setelah dibuka lipatan akhbar kedua, beliau mendapati ada nota dan sebutir peluru hidup.

Peluru yang dihantar kepada Juhari

Kandungan nota tertulis dengan perkataan mencarut yang berbunyi "Pu**mak Kau Juhari.. Pengkhianat Bangsa". Beliau juga menolak kemungkinan ada bermusuh dengan sesiapa kerana kes ini berlaku ada kaitan dengan BERSIH 3.0 yang berlaku pada hujung bulan April yang lalu.

Sampul surat itu dihantar ke alamat rumah berdasarkan maklumat dalam pengenalan diri beliau. Jika diperhatikan ayat berkemungkinan daripada Melaka dan beliau tidak menuduh mana-mana pihak serta meminta pihak polis membuat siasatan dengan terperinci kerana ia melibatkan kes jenayah yang serius.

Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu diterima kerana penglibatan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu. Juhari mengetuai 4,000 anggota Unit Amal berkhidmat pada hari tersebut.

Gambar boleh diakses di sini

Monday, May 7, 2012

MPJ Hutang RM559.8 Juta Dengan Kerajaan Negeri


Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) merupakan agensi atau badan berkanun kerajaan negeri Melaka yang mana dikenali sebagai Majlis Daerah Jasin iaitu pada 1 Julai 1978. Pada 1 Januari 2007 telah diisytiharkan sebagai MAJLIS PERBANDARAN JASIN.

MPJ mempunyai hutang tertunggak dengan kerajaan Melaka sehingga 31 Disember 2011 berjumlah RM559.8 juta (RM559,809.79). Satu angka yang dilihat besar dapat dilihat membabitkan sebuah kerajaan tempatan seperti MPJ ini.

Jika diikutkan dengan objektif penubuhannya, ia lebih kepada menjadikan Jasin sebuah daerah yang maju dengan meningkatkan pertumbuhan pembangunan melalui perindustrian dan pelancongan. Selain itu, memberikan kehidupan yang harmoni, persekitaran bersih dan indah.

Jika dilihat daripada objektif asal, MPJ sepatutnya dapat melunaskan hutang kerajaan negeri kerana ada dua sektor yang besar dalam daerah Jasin itu sendiri iaitu perindustrian dan pelancongan.

Sunday, May 6, 2012

Pendidik Agen Perubahan Masa Depan Negara


Semalam bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka telah diadakan Majlis Perasmian Pendidik bagi negeri Melaka yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penaja Pendidik Negeri Melaka. Pendidik adalah ringkasan kepada Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) adalah untuk membela nasib guru-guru yang tertindas akibat campur tangan politik.

Pendidik yang ditubuhkan di negeri Melaka ini merupakan negeri yang kedua selepas negeri Terengganu. Tujuan utama pendidik ditubuhkan untuk membela guru yang dianiaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan politik sempit pihak UMNO yang tidak mahu warga pendidik menyertai parti politik bersama Pakatan Rakyat.

Kes guru teraniaya ini berlaku kepada bekas calon di DUN Tenang, Cikgu Normala Sudirman apabila suaminya telah ditukarkan sekolah yang lebih jauh dari sekolah asal gara-gara terlibat dalam membantu isterinya dalam pilihanraya kecil pada tahun lalu. Sikap tidak terbuka ini membuktikan bahawa UMNO terlalu takut dengan pendidik yang cerdik berbanding dengan yang jadi 'pak turut' kepada mereka.

Seramai 80 orang pendidik dari seluruh Melaka hadir dalam program perasmian semalam yang bermula jam 3.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang sambil dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan.

Pendidik negeri Melaka telah dirasmikan oleh Ustaz Abu Bakar Chik, Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat dan merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat yang turut dihadiri pimpinan PAS Melaka pada majlis perasmian tersebut. Bagi Pendidik Melaka, ia diwakili oleh Azrin Abd Majid selaku Pengerusi Pendidik Melaka.

Antara yang hadir adalah Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari; Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustz Kamaruddin Sidek; Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah; Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man dan beberapa pimpinan PAS Negeri Melaka dan kawasan-kawasan.

Saturday, May 5, 2012

Melayu Tg. Kling Tolak UMNO


Pada Ahad lepas bertempat di Tanjung Kling dalam Parlimen Tangga Batu telah diadakan ceramah yang menampilkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka iaitu Ustz Musa Mohd, ADUN Ayer Keroh iaitu YB Khoo Poay Tiong, Timbalan Pesruhjaya 2 PAS Melaka iaitu Ustz Mohd Noor Omar, wakil dari AMK iaitu Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazri Yunus dan Ahli Parlimen Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar.

Sebelum ceramah diadakan, pihak dari parti lawan cuba mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat namun penduduk kampung tidak memberi ruang dan membenarkan pihak UMNO mengadakan ceramah. Ceramah yang diadakan malam ini bebas dari gangguan UMNO.

Ini membuktikan bahawa melayu sekarang bukan lagi melayu yang diguna-guna oleh UMNO untuk kepentingan mereka. Satu tamparan hebat bagi UMNO Melaka bahawa rakyat sekarang mahukan perubahan dan bukannya kuasa yang mengabaikan orang melayu.

Seorang penduduk kampung memberitahu kepada Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS, Ustz Mohd Noor Omar bahawa mereka sekarang telah sedar dengan politik licik UMNO yang bukannya mahu membela melayu sebaliknya menggunakan nama melayu untuk terus berkuasa. 

Beliau menjelaskan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 itu satu tanda amaran kepada pemerintah sekarang bahawa hanya rakyat yang menentukan masa depan dan kuasa yang sebenar serta raja dalam negara adalah rakyat dan bukannya UMNO yang hanya menjadi alat pemimpin tertinggi mereka.

Friday, May 4, 2012

Pasir didahulukan, Bahaya Penduduk diutamakan?


Adakah kerana pasir, pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup menjadikan pasir sebagai bahan uji kaji kepada penduduk setempat? Pihak yang tidak bertanggungjawab ini tidak pernah sama sekali memikirkan bahayanya kerja-kerja mengorek pasir di DUN Asahan.

Tinjauan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dengan beberapa penduduk kampung melihat sendiri bagaimana kerja-kerja mengorek pasir ini boleh mengundang bahaya kepada penduduk yang tinggal berdekatan dengan lombong tempat pasir dikorek.

Terdapat sekurang-kurangnya enam atau lapan 'lubang besar' yang boleh diibaratkan sebagai bencana kepada penduduk sekiranya lubang-lubang itu pecah dan bercantum boleh mengakibatkan banjir besar yang begitu dahsyat serta boleh mengancam nyawa penduduk.

Gambar di atas menunjukkan keadaan sebenar yang dikatakan lubang besar semata-mata untuk mengorek pasir dan pada masa yang sama turut mengundang bahaya kepada penduduk. Kedalaman lubang itu tidak dapat dijangkakan kerana terlalu dalam.


Thursday, May 3, 2012

Gelanggang Badminton Atas Kubur?


Benarkah apa yang diperkatakan oleh penduduk kampung di DUN Asahan bahawa ada sebuah gelanggang badminton yang dikatakan di bawah gelanggang itu adalah kubur-kubur orang Islam? Tambahan pula di kawasan bersebelahan gelanggang itu adalah tanah perkuburan Islam.

Tinjauan Pesurujaya PAS Melaka, Adly Zahari bersama penduduk kampung menambahkan lagi kesahihan tersebut. Gelanggang badminton itu sudah lama siap bagi golongan muda beriadah namun sepi tanpa ada sebarang aktiviti yang sepatutnya.


Walaupun disediakan bangku, namun ia tetap tidak dikunjungi oleh golongan muda atau penduduk kampung setempat untuk bermain di tempat tersebut kerana mereka menyedari bahawa di bawah gelanggang tersebut adalah tapak perkuburan.

Gelanggang tersebut masih dalam keadaan elok dan tidak ada kesan rosak yang teruk dan ada sedikit retak.  Adakah dengan menempatkan gelanggang badminton ini sebagai medium sukan riadah di tanah perkuburan akan menarik minat anak-anak muda untuk beriadah?

Seorang anak muda menceritakan beliau dan rakannya meremang bulu roma untuk bermain di situ terutamanya apabila hari hampir senja memandangkan berdekatan dengan tanah perkuburan. Sebelum ini beliau teruja untuk bermain kerana mempunyai gelanggang badminton sebaliknya terpaksa melupakan hasrat demikian.

Wednesday, May 2, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Negeri Melaka







Semalam berlangsungnya mesyuarat agung tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka yang bertempat di Solok Gaung, Ayer Molek telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari. 

Antara program yang turut berlangsung adalah mengenai pelancaran AMEERAH dan Briged Muslimat bagi peringkat Negeri Melaka.

Pimpinan PAS lain yang hadir antaranya wakil Dewan Pemuda Negeri iaitu Yuhaizad Abdullah, wakil Dewan Ulama Negeri iaitu Ustz Khairi Aziz, Wakil Jabatan Pilihan Raya iaitu Bahiki Ismail, wakil-wakil badan perhubungan negeri, dan wakil-wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Ameerah dan Briged Muslimat. 

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).