Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, June 30, 2008

PAS dukacita terhadap konspirasi jahat ke atas Anwar Ibrahim

PAS melahirkan rasa kecewa terhadap perbuatan jahat melibatkan peribadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan niat membusukkan nama baik, maruah dan kredibiliti beliau."Ternyata konspirasi ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dari pelbagai krisis yang sedang melanda negara."Kenaikan kos saraan hidup akibat penarikan semula subsidi bahan bakar sebanyak RM13.7 bilion mencetuskan kesan berantai paling kritikal dalan krisis ekonomi negara sekali gus membebankan rakyat," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.Menurutnya,...

ISU ANWAR : PAS MELAKA HARAP POLIS BERTINDAK DENGAN TELUS DAN PROFESSIONAL

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka mengharapkan Polis menyiasat dengan telus dan adil terhadap laporan Polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat beliau.PAS Melaka mengharapkan kes ini bebas dari sebarang pengaruh politik dan unsur luar yang menyebabkan ianya tidak dapat disiasat dengan telus dan lancar. PAS Melaka mahu mana-mana pihak yang bersalah di dakwa dengan seadil-adilnya. Jika sekiranya pendakwa di dapati membuat dakwaan palsu PAS Melaka mengharapkan pendakwa itu disiasat dengan terperinci...

Friday, June 27, 2008

KAJI SEMULA PARAS GARIS KEMISKINAN

Kerajaan mesti mengkaji berapakah nilai Paras Garis Kemiskinan (PGK) sebenar selepas kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sejak akhir-akhir ini. Perkara ini mat penting kepada kerajaan dan rakyat bagi mendapat gambaran sebenar berapa jumlah fakir miskin yang terdapat di dalam negara kita.Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar kerana dikhuatiri nanti rakyat yang hidup di bawah paras garis kemiskinan terus...

RAKYAT MELAKA TERUS DEMO BANTAH MINYAK NAIK

Rakyat negeri Melaka terus menerus mengadakan demonstrasi menentang kenaikan harga minyak. Setakat ini 4 siri demonstrasi telah dianjurkan oleh parti-parti Pakatan Rakyat. Antara demonstrasi yang telah dijalankan ialah di Pekan Masjid Tanah, Pekan Jasin, Stesyen Bas Melaka Sentral dan di Air Terjun Bukit Sebukor, Bukit Baru.Semua demonstrasi tersebut telah mendapat sambutan yang baik samada dari segi kehadiran dan juga sokongan dari pemandu kereta...

Thursday, June 26, 2008

DEMO DI DATARAN PAHLAWAN DEPAN MAHKOTA PARADE

Ramai yang bertanya tentang tempat sebenar Demo pada hari Sabtu ini. Ada yang menyatakan Dataran Pahlawan adalah di Ayer Keroh.SEBENARNYA DATARAN PAHLAWAN ADALAH DI DEPAN MAHKOTA PARADE, BANDAR HILIR. JANGAN RAGU-RAGU LAGI. AJAK KAWAN RAMAI RAMAI SABTU, 28 JUN, 3.00 PTG, PINTU MASUK DATARAN PAHLAW...

PEMIMPIN BN LAUNGKAN MALAYSIA NEGARA MAJU TETAPI PERANGAI PEMIMPIN MACAM NEGARA TIDAK BERTAMADUN

Semangat dan pertanggungjawaban pemimpin-pemimpin negeri maju tidak mampu diikut oleh pemimpin BN yang memerintah hari ini. Mereka masih sayangkan jawatan yang disandang kerana di dalam fikiran mereka jawatan yang ada adalah sebagai jambatan untuk memperolehi kemewahan dan kekayaan . Sebab itu mereka begitu susah untuk meletak jawatan walaupun telah melakukan atau sedang dibicarakan di mahkamah atas kesalahan tertentu.Kalau dinegara barat sudah tentu pemimpin sebegini meletakkan jawatan atas dasar menjaga maruah dan harga diri. Malah mereka sedar...

KEGAGALAN DAN KELEMAHAN ALI RUSTAM SETELAH 100 HARI JADI KM SELEPAS PRU 12

Di bawah ini dinukilkan kelemahan dan kegagalan tersebut :-a) Bayaran atau kelewatan pembayatan kepada kerja-kerja kontrak di bawah kroni-kroni Ketua Menteri menyebabkan ramai-ramai subkontraktor yang susah dan merana tidak dapat 'payment'.b) Banjir yang melanda kawasan bandaraya dan Masjid Tanah dan kegagalan membuat persediaan menghadapi banjir hanya kerana ingin mengindahkan Sungai Melakac) Banyak Menara Telco di bina di kawasan perumahan. Ini mengancam keselamatan penduduk setempat.d) Penguatkuasaan melampau oleh MBMB ke atas peniaga-peniaga...

Wednesday, June 25, 2008

KERAJAAN TIDAK BERTAMADUN

Tindakan kerajaan melarang wartawan membuat liputan media di lobi parlimen semalam merupakan suatu tindakan yang tidak bertamadun dan undur kebelakang. Sebelum ini lobi parlimen sering dijadikan medan untuk menteri-menteri dan ahli-ahli parlimen mengadakan sidang akhbar.Mengapa kerajaan mengambil tindakan sedemikian? Tidak kita ketahui alasan sebenarnya. Alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa parlimen ialah untuk menjaga keselamatan. Masalahnya...

SELURUH RAKYAT MELAKA DISERU SAMA-SAMA SERTAI DEMO 28 JUN

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Khairul Che Salleh menyeru seluruh rakyat negeri Melaka supaya turun beramai-ramai untuk menjayakan demonstrasi PROTES membantah kenaikan harga minyak pada 28 Jun ini bermula pada jam 3.00 petang di Pintu Masuk Dataran Pahlawan.Menurutnya kehadiran yang ramai amat penting bagi membuktikan bahawa majoriti rakyat membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini."Rakyat semakin tertekan dengan masalah kenaikan...

Tuesday, June 24, 2008

KERAJAAN GAGAL TANGANI MASALAH KEMISKINAN SEMASA. JUMLAH ORANG MISKIN MENINGKAT MELEBIHI 24 %

Kerajaan Negeri Melaka mestilah menilai semula Paras Garis Kemiskinan (PGK) di kalangan penduduk negeri ini bagi mendapatkan jumlah sebenar keluarga dan orang miskin di negeri ini.Perkara ini penting bagi memastikan semua pihak dapat merancang dan mengatur program yang benar-benar dapat membantu golongan ini.Dalam konteks negeri Melaka umpamanya jumlah keluarga yang diumumkan oleh Ketua Menteri sebelum ini adalah 785 keluarga. Dengan keadaan semasa yang semakin mendesak ini sudah tentu jumlah ini bertambah dengan berlipatkaliganda.Adalah dijangkakan...

Monday, June 23, 2008

PAS MELAKA DOAKAN PJ DAN TPJ PULAU PINANG CEPAT SEMBUH

Seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS Negeri Melaka mendoakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man dan Timbalan Pesuruhjayanya Ustaz Taqiuddin Hamzah agar cepat sembuh untuk meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di bumi kita yang tercinta ini.Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, dimasukan ke wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.Ustaz Saleh Man dimasukkan ke wad pada hari Rabu lepas di Loh Guan Lye untuk pemeriksaan lanjutan ekoran penyakit yang dihadapinya...

ALI RUSTAM MESTI LETAK JAWATAN

Saya menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya meletakkan jawatan kerana kredibilti dan imejnya terjejas teruk setelah di saman RM10 juta baru-baru ini.Mohd Ali telah disaman oleh Abdul Hamid Mustapah, 48 seperti yang disiarkan oleh akhbar SIASAH edisi 103 minggu ini.Beliau selaku Ketua Menteri mesti menunjukkan teladan yang baik kepada pemimpin bawahan kerana dakwaan beliau terhadap Abdul Hamid (gambar) dinafikan oleh bekas CEO Southern Hospital tersebut. Sudah tentu dakwaan ini boleh dipertikaikan sebab itu Abdul Hamid...

POST MORTEM PILIHANRAYA PAS MELAKA SIAP

Jawatankuasa Post Mortem Pilihanraya Umum ke-12 telah selesai menyiapkan laporannya dan telahpun dibentangkan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri semalam.Menurut Setiausaha Jawatan Kuasa Post Mortem, Baihaki Ismail, mereka telah mengkaji secara terperinci semua aspek yang membawa kepada kekalahan PAS Melaka pada pilihanraya umum lalu. "Kita telah menyediakan laporan lengkap tentang faktor-faktor kekalahan kita samada faktor dalaman, luaran dan sebagainya"."Selain...

Sunday, June 22, 2008

RAKYAT MELAKA TERUS BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK

Rakyat Melaka terus menyatakan bantahan kepada kerajaan BN berikutan tindakan zalim kerajaan BN menaikkan harga minyak awal bulan lalu.Setakat ini beberapa siri demonstrasi telah dilakukan oleh parti-parti politik dan NGO. Antara demo yang telah dilangsungkan ialah di Stesyen Shell Jasin, Pekan Masjid Tanah, Stesyen Bas Melaka Sentral dan semalam di Air Terjun Bukit Sebukor, Bukit Baru.Selepas siri demo ini akan terus dijalankan iaitu pada 28 Jun anjuran PROTES dan parti-parti Pakatan Rakyat.Di harapkan rakyat Melaka terus komited mengadakan demo...

Friday, June 20, 2008

PEMIMPIN BN/UMNO JANGAN BUAT KENYATAAN TANPA FAKTA DAN BUKTI

Sejak Sinar Harian Isnin lalu menyiarkan kenyataan Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim tentang rakyat Melaka menolak tuah kerana tidak memilih Kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah Melaka pelbagai reaksi dapat dilihat dari berbagai pihak.Seperti dijangka pihak Umno dan Barisan Nasional sudah pasti menafikan kebaikan dan keberkesanan kerajaan Pakatan Rakyat manakala rakan-rakan di kalangan Pakatan Rakyat sudah tentu...

SOKONG PEMBUKAAN SEMULA TAPAK PERNIAGAAN DI HADAPAN BASTION HOUSE

Saya menyokong cadangan penjaja-penjaja kecil di negeri ini yang meminta kerajaan negeri Melaka membuka semula tapak perniagaan di hadapan Bastion House (gambar).Pembukaan semula tapak perniaagaan ini akan memberikan peluang kepada para peniaga berniaga semula untuk menambah pendapatan mereka. Ini kerana sebahagian besar bekas-bekas penjaja di sini dahulu tidak sanggup untuk menyewa kedai di kompleks membeli belah di Dataran Pahlawan yang sewanya...

PAK LAH MASIH BINGUNG DAN BERANGAN

Sekali lagi pada mesyuarat majlis tertinggi BN malam tadi Pak Lah ditipu apabila semua komponen BN menyatakan taat setia dan sokongan kepada Pak Lah terutama parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak. Malah parti-parti ini berjanji akan memastikan Ahli-ahli Parlimennya akan menentang usul undi tidak percaya SAPP akan bakal dibentangkan di parlimen minggu depan.Pak Lah syok sendiri melihat anak-anak buahnya berbuih-buih mulut mengampunya. Pak Lah tersenyum bangga atas janji-janji manis mereka.Namun kita merasakan bahawa janji-janji itu merupakan...

Thursday, June 19, 2008

DEMO PROTES KENAIKAN HARGA MINYAK DI AIR TERJUN BUKIT SEBUKOR, BUKIT BARU 21 JUN

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, DPPBK akan menganjurkan Demonstrasi Membantah kenaikan harga minyak pada 21 Jun, hari Sabtu ini bermula jam 2.00 petang. Pemangku Ketua DPPBK, Nazri Ariffin berkata demo akan bermula di Air Terjun Bukit Sebukor, Bukit Baru dan berakhir di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB). Seluruh rakyat Melaka dijemput hadir untuk membuktikan bahawa kita semua membantah kenaikan harga minyak i...

AHLI PARLIMEN BN MESTI SOKONG USUL UNDI TIDAK PERCAYA

Ahli Parlimen BN mesti menyokong usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan oleh Ahli Parlimen SAPP pada Sidang Parlimen Isnin ini.Sokongan ini amat penting demi untuk menyelamatkan negara dari kehancuran akibat kegagalan Abdullah mentadbir negara sejak beliau menggantikan dari Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.Ahli-ahli Parlimen BN kena sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan rakyat dan negara yang sekarang...

PAK LAH MESTI LETAK JAWATAN SERTA MERTA

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti meletakkan jawatannya serta merta kerana beliau tidak lagi mendapat kepercayaan dari sebahagian pemimpin dan ahli Umno sejak selepas Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Malah, semalam beliau juga menghadapi tamparan hebat apabila parti komponen BN dari Sabah, SAPP secara terbuka membuat kenyataan hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri.SAPP akan mengemukakan usul tidak percaya dalam Sidang Parlimen...

Wednesday, June 18, 2008

PILIHANRAYA KECIL DUN SANGLANG : RAKYAT PUNYA PELUANG TUNJUK BANTAHAN

Mahkamah Tinggi Kangar, hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Mac lalu, dikosongkan selepas mahkamah menerima permohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi berkenaan.Keputusan itu bermakna pilihan raya kecil perlu diadakan untuk memilih wakil rakyat baru kawasan DUN berkenaan.Dengan keputusan mahkamah ini, rakyat di Sanglang khasnya, berpeluang untuk membuktikan bahawa mereka menentang kenaikan harga minyak. Kita mengharapkan...

RAKYAT MELAKA AKAN TERUSKAN DEMO BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK

Rakyat negeri Melaka akan terus mengadakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak. Minggu ini ianya akan dijalankan pada 21 Julai bermula jam 2.30 petang. Tempat akan ditentukan kemudian. Minggu depan demo ini akan berlangsung pada 29 Jun jam 3.00 petang. Tempatnya juga akan ditentukan kemudian.Sebelum rakyat Melaka telah berdemo di Jasin dan Masjid Tanah.Apa yang penting tuan-tuan dikehendaki sentiasa bersedia untuk turun berdemo membantah tindakan zalim kerajaan menaikkan harga minyak.AYUH RAKYAT MELAKA MARI SAMA-SAMA TUNJUKKAN BANTAHAN KI...

SYABAS AKHBAR SINAR HARIAN : TERUSKAN KEBEBASAN MEDIA

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab mengucapkan tahniah dan syabas kepada akhbar Sinar Harian kerana menyiarkan laporan dan kegiatan PAS Melaka di akhbar mereka.Menurutnya, sejak ianya dilancarkan 2 Jun lepas, Sinar Harian telah beberapa kali menyiarkan program, aktiviti dan kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat Negeri ini.Antara yang dimuatkan oleh laporan berkenaan Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, kenyataan Timbalan Speaker DUN Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim ketika ceramah di Jasin, gambar Sukan PASTI Negeri serta kenyataan...

PEMIMPIN BN MELAKA DI SAMAN RM10 JUTA DAN RM5JUTA

Hujung Julai ini satu perbicaraan melibatkan seorang pemimpin Umno Melaka akan didengar di Mahkamah Tinggi Melaka. Ianya melibatkan kes saman fitnah seorang bekas pegawai tinggi anak syarikat kerajaan negeri Melaka yang dipecat dari jawatannya.Beliau yang masih dirahsiakan namanya mendakwa bahawa difitnah kerana gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada Exco dan isteri pemimpin negeri semasa masih memegang jawatan tersebut.Beliau juga didakwa terlibat dengan rasuah. Namun semua tuduhan tersebut dinafikan oleh beliau.Wakil Blog ini dan SKUAD...

Tuesday, June 17, 2008

KERAJAAN MULA TERASA BAHANGNYA

Bukit Katil : Kerajaan BN mula terasa bahang penentangan rakyat terhadap kenaikan minyak apabila membuat pelawaan untuk bekerjasama dengan pembangkang hari ini.Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab berkata bantahan yang tidak putus-putus oleh rakyat di seluruh negara mula menampakkan kesan.Beliau mencadangkan seluruh rakyat meneruskan bantahan tersebut setiap hari demi untuk menyedarkan rakyat supaya menurunkan semula harga minyak ke tahap...

RAKYAT SELANGOR MULA RASA NIKMAT PEMERINTAHAN PR, RAKYAT MELAKA PUTIH MATA

Rakyat Negeri Selangor mula merasai nikmat diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) walaupun belum pun sampai 100 hari PR memenrintah.Mereka akan mendapat 20 liter padu air percuma tidak lama lagi apabila kerajaan negeri telah mencapai persetujuan dengan SYABAS dalam isu pemberian air percuma ini.Kira-kira 10,000 anak-anak rakyat Selangor yang berjaya menjejaki kaki ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan mendapat wang sumbangan sebanyak RM1,000 seorang mulai bulan depan.Selepas ini kerajaan negeri Selangor juga akan memperkenalkan skim Takaful...

BN MELAKA SEMAKIN GOYAH

Ayer Keroh : Barisan Nasional Negeri Melaka yang dikatakan kuat dan gagah kini semakin goyah berikutan masalah dalaman pasti komponennya iaitu Gerakan.Parti Gerakan Rakyat Melaka (PGRM) menerima tamparan hebat berikutan tindakan 1,342 ahlinya mengumumkan keluar parti dan seterusnya membubarkan 12 cawangan masing-masing kerana memprotes kepimpinan atasan Negeri.Malah, pembubaran itu juga menyebabkan dua bahagian PGRM iaitu Bukit Katil dan Tangga Batu turut dibubarkan tetapi mereka belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti sama ada dari BN...

DEWAN MUSLIMAT NEGERI SOKONG PENUBUHAN PETRONAS WATCH

Bukit Katil : Dewan Muslimat PAS Negeri menyokong penuh hasrat Institut Kajian Dasar (IKD), untuk menubuhkan satu badan yang memantau pengurusan syarikat petroleum negara, Petronas.Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajah Kintan Man berkata Petronas sebagai sebuah syarikat milik kerajaan sepatutnya sentiasa telus dalam apa juga urusannya terutama dasar perniagaan dan urusan kewangan.“Petronas mesti bertanggungjawab kepada parlimen dan laporan...

SELAMAT DATANG KE BLOG PAS MELAKA

Selamat datang ke Blog Badan Perhubungan PAS Melaka. Insya Allah Blog ini akan melaporkan pandangan-pandangan pemimpin PAS Melaka, aktiviti-aktiviti PAS di Negeri Melaka dan lain-lain maklumat.Anda dipelawa untuk memberikan komen dan feedback dengan menghantarnya ke email : kpnmelaka@gmail....

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).