Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Friday, June 20, 2008

PAK LAH MASIH BINGUNG DAN BERANGAN

Sekali lagi pada mesyuarat majlis tertinggi BN malam tadi Pak Lah ditipu apabila semua komponen BN menyatakan taat setia dan sokongan kepada Pak Lah terutama parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak. Malah parti-parti ini berjanji akan memastikan Ahli-ahli Parlimennya akan menentang usul undi tidak percaya SAPP akan bakal dibentangkan di parlimen minggu depan.

Pak Lah syok sendiri melihat anak-anak buahnya berbuih-buih mulut mengampunya. Pak Lah tersenyum bangga atas janji-janji manis mereka.

Namun kita merasakan bahawa janji-janji itu merupakan janji dibibir mulut sahaja kerana anak-anak buahnya juga pandai menipu sebagaimana diajar oleh Pak Lah yang suka menipu dan membelit rakyat, ibarat 'bapa borek anak rintik'.

Ingat lagikah kita semua bagaimana Pak Lah menipu rakyat Malaysia dengan menyatakan tiada pembubaran parlimen dalam masa terdekat, tetapi keesokannya parlimen dibubarkan untuk pilihanraya ke 12 tempohari.

Baru-baru ini sekali lagi Pak Lah menipu rakyat dengan menyatakan tiada kenaikan harga minyak. Tetapi dengan tidak disangka-sangka Pak Lah menaikkan harga minyak, sedangkan beberapa hari sebelum itu diwar-warkan bahawa minyak hanya akan dinaikkan pada bulan Ogos.

Maka sudah pasti anak-anak buah belajar dari Pak Lah bahawa menipu tidak ada masalah kerana ia jalan terbaik untuk menyenangkan hati seseorang atau rakyat jelata.

Jadi kita tidak harian jika hari ini ada parti yang bermatian-matian sokong Pak Lah, tiba-tiba esok isytihar keluar BN atau ahli-ahli parlimen mereka melompat menyertai Pakatan Rakyat.

1 comments:

tak tahulah mek siapa penipu,siapa menipu,siapa ditipu siapa kena tipu itu semua adalah perkara munafik,yang mek nak sebutkan ini, statement paklah mengatakan dia tanak menghukum sapp kerana bukan pengikut sapp yang hendak perkara itu,yang membuat perkara demikian adalah presidennya datuk yong maknanya datuk yong dilantik menjadi presiden adalah bukan dari ahli sapp sendirilah itu sebabnya cakap presiden party ta dterima pakai oleh pak lah.
PM pak lah sampai sekarang tak turun turun,kerana dia boleh berkata saya nak turun, tapi ahli umno nakkan saya lagi,walhalnya dalam pru12 dulu ahli umno sendiri sokong parti lawan,bingung bingung bingung kena tipu lagi.

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).