Pages

Ucapan Eidul Fitri

Ucapan Eidul Fitri

PENYOKONG KAMI

Monday, June 30, 2008

PAS dukacita terhadap konspirasi jahat ke atas Anwar Ibrahim

PAS melahirkan rasa kecewa terhadap perbuatan jahat melibatkan peribadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan niat membusukkan nama baik, maruah dan kredibiliti beliau.
"Ternyata konspirasi ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dari pelbagai krisis yang sedang melanda negara.
"Kenaikan kos saraan hidup akibat penarikan semula subsidi bahan bakar sebanyak RM13.7 bilion mencetuskan kesan berantai paling kritikal dalan krisis ekonomi negara sekali gus membebankan rakyat," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Menurutnya, rakyat boleh melihat bagaimana kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) saling bercakaran sesama sendiri akibat kegagalan mengurus tadbir negara, justeru isu hangat seperti ini ditimbulkan untuk mengalih perhatian rakyat.
"Kerajaan BN juga begitu tertekan dengan pelbagai isu yang wujud kesan daripada ura-ura peralihan Kerajaan Pusat ke tangan Pakatan Rakyat yang bertiup kencang," katanya.
Beliau yang mewakili suara pimpinan PAS yang lain menyatakan, "kami menolak sebarang tuduhan jahat yang sekali gus membawa erti tuduhan 'Qazaf' terhadap seorang peribadi Muslim yang dikenali umum sebagai salah satu pemimpin di Malaysia".
Tambahnya lagi, si penuduh tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam yang berat seandainya tidak didokongi dengan bukti yang kukuh seperti yang digariskan oleh Syari'at.
Hukuman terhadap perbuatan 'Qazaf' yang termaktub di dalam al-Quran iaitu pada ayat 4, Surah An-Nur yang bermaksud, "dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq", katanya.
"Kami menyeru supaya rakyat tidak terpengaruh dengan 'drama' ini," katanya lagi.
Ekoran rasa tidak percaya rakyat terhadap PDRM dalam mempertahankan hak dan keselamatan mereka, ahli Parlimen PAS berharap agar kerajaan dapat menubuhkan sebuah Badan Bebas Siatan Awam untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap dakwaan berat ini segera.
Dalam pada itu hampir kesemua ahli parlimen PAS turut serta dalam sidang media yang diadakan di Lobi Parlimen.
Antaranya, ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, dan Ketua Pemudanya, Salahuddin Ayub.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata PAS kesal dengan politik murahan dan politik tidak bermoral yang dimainkan oleh BN dengan sekali lagi membangkitkan isu-isu berkaitan kes liwat yang kononnya dilakukan oleh Ketua Umun Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, ini merupakan antara usaha akhir BN untuk menghalang perjalanan Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.
"Isu ini timbul selepas desas-desus undi tidak percaya 'cross-over' ahli-ahli parlimen dari BN kepada Pakatan Rakyat.
"Kesinambungan ini yang dilihat BN, maka timbul pula isu tuduhan liwat yang sekali lagi dilempar kepada Dato Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.
Bagaimanapun katanya, isu tidak tersebut tidak akan memberi apa-apa kesan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat walaupun usaha itu adalah usaha untuk menghilangkan atau menjejaskan imej Dato' Seri Anwar dan Pakatan Rakyat.
Menurutnya, beliau percaya masyarakat dan rakyat tidak akan hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.
Ini katanya, rakyat menyokong Pakatan Rakyat baru-baru ini adalah mereka yang sudah ada pengalaman dalam isu-isu tuduhan liar dalam kes Anwar sebelum ini.
"Sebab itu saya berasakan tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah satu tuduhan yang tidak munasabah dan saya meragui siasatan yang dibuat oleh pihak polis.
"Ini berasaskan kepada keputusan ataupun siasatan kes yang dibuat oleh polis beberapa tahun dulu," dakwanya.
Katanya, beliau meragui siasatan polis dalam kes tersebut dapat berlaku adil.
Malah dakwanya, tidak mustahil jika dibiarkan polis meneruskan siasatan kes itu dibimbangi berlaku rekaan bukti atau ciptaan yang akan dibuat pihak polis dan kemudiannya mungkin akan dibuat oleh pihak pendakwa.
"Sebab itu saya menuntut supaya badan yang membuat siasatan bukan pihak polis kerana dalam kes mata lebam Anwar dulu pasukan polis gagal untuk mencari siapa sebenarnya melakukan perbuatan tersebut ke atas Anwar.
"Setelah dibentuk satu suruhanjaya bebas baru dapat dibuktikan bahawa polis terlibat dalam menyebabkan lebam mata Anwar," katanya.
Dalam kes tersebut dakwanya polis tidak dapat memberikan keyakinan kepada rakyat sehingga sekarang apatah lagi apabila tuntutan untuk menubuh Suruhjaya Penambahbaikan Polis (IPCMC) sehingga sekarang tidak diwujudkan.
"Ini juga menggambarkan polis masih belum pulih dari segi imej, integriti dan kreadibiliti mereka.
Sekali gus dakwanya, menyebabkan beliau tidak ada keyakinan terhadap polis untuk berlaku adil kepada Anwar dan juga kepada rakyat.
Berikut disertakan kenyataan penuh ucapan Timbalan Presiden PAS/Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa di Parlimen pagi tadi.
Kami, Ahli Parlimen dari Parti Islam SeMalaysia, PAS merakamkan perasaan amat dukacita dan sedih berkaitan perbuatan konspirasi jahat terhadap peribadi Pimpinan Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato� Seri Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan nama baik. maruah dan kredibiliti beliau.
Ternyata konspirasi jahat ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dan perhatian rakyat dari pelbagai macam krisis yang sedang melanda negara yang membebani rakyat dengan kos kenaikan saraan hidup akibat penarikan semula subsidi sebanyak RM13.7 bilion tentang bahan bakar; petrol dan diesel yang mencetuskan kesan berantai paling parah dalam krisis ekonomi negara.
Rakyat juga nampak jelas bagaimana kepimpinan kerajaan BN yang sedang dilanda pelbagai tekanan dalaman sesama sendiri mahupun akibat dari kegagalan kepimpinan mereka mengurustadbir negara ini dengan baik, mahu mengalih perhatian rakyat supaya menumpu kepada isu-isu sensasi seperti ini.
Tidak kurang juga tekanan yang terpaksa mereka depani terhadap isu pengambilalihan kerajaan Pusat oleh Pakatan Rakyat yang semakin kencang bertiup dalam pelbagai media baru termasuk media perdana.
Kami, ahli-ahli Parlimen PAS dengan ini menolak sebarang tuduhan jahat yang sekali gus membawa erti tuduhan "Qazaf" terhadap seorang peribadi Muslim yang diketahui umum sebagai seorang pemimpin di dalam negara ini, yang tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam yang berat di segi hukuman seandainya tidak dibawa bersama bukti-bulti yang kukuh seperti yang dituntut Syari'at.
Kami juga sedar dan faham bahawa matlamat di sebalik keberanian melakukan dosa seperti ini adalah juga bertujuan untuk menghakis kepercayaan dan wibawa kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Kami, Ahli Parlimen PAS yakin bahawa rakyat tidak akan mudah dipengaruhi dengan mainan 'skrip lama' dan akan menolak sebarang cubaan ini, meskipun dengan pelakon-pelakon baru dengan jalan-cerita yang dikitar-semula secara sensasi dan diperkukuh dengan kononnya bukti-bukti.
Justeru ketidakpercayaan rakyat terhadap pihak Polis Di Raja Malaysia, PDRM dalam mempertahankan hak dan keselamatan rakyat secara profesional seperti yang pernah menimpa peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim, maka kami ahli-ahli Parlimen PAS, menuntut supaya sebuah Badan Bebas Siatan Awam ditubuhkan untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap dakwaan jahat dan berat ini.

0 comments:

Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf

Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?



Fakta Monorel Melaka



1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.

2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010

3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50

4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.

5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.


Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).