Sejak Sinar Harian Isnin lalu menyiarkan kenyataan Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim tentang rakyat Melaka menolak tuah kerana tidak memilih Kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah Melaka pelbagai reaksi dapat dilihat dari berbagai pihak.
Seperti dijangka pihak Umno dan Barisan Nasional sudah pasti menafikan kebaikan dan keberkesanan kerajaan Pakatan Rakyat manakala rakan-rakan di kalangan Pakatan Rakyat sudah tentu menyokongnya.
Terbaru dalam Sinar Harian hari ini, Ahli Parlimen Kota Melaka dari dari DAP, YB Sim Tong Him (gambar) menyatakan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang berjaya mengujudkan persaingan sihat dengan BN. Dengan adanya persaingan sihat ini, katanya, kedua-dua kerajaan samada kerajaan BN atau Kerajaan Pakatan Rakyat sudah tentu berusaha untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Seterusnya YB Sim menjelaskan bahawa rakyat akan menilai keberkesanan kedua-dua parti dalam memerintah negeri masing-masing dan akan memudahkan rakyat untuk memilih parti mana yang mereka ingin undi pada pilihanraya umum akan datang. Manakala pemimpin-pemimpin Umno dan BN memberikan komen bahawa kenyataan Zaki bahawa kerajaan Pakatan Rakyat berjaya memberikan kebajikan kepada rakyat hanyalah janji-janji politik untuk meraih keuntungan dalam pilihanraya.
PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat yakin bahawa apa sahaja yang dibuat oleh kedua-dua kerajaan akan dinilai oleh rakyat. Semua agenda dan program yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah omongan kosong atau sekadar untuk mengabui mata rakyat. Tetapi ianya terbukti berjaya dilakukan dengan berkesan dan mampu memberikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat. PAS dan Pakatan Rakyat sudah pasti akan menunaikan manifesto pilihanraya kami kerana ianya merupakan janji yang mesti dikotakan.
Selain itu semua janji-janji itu bukanlah suatu yang mustahil untuk ditunaikan kerana ianya telah dikaji baik buruknya sebelum ia dijadikan manifesto. Masalahnya BN dan Umno cuba mengelirukan rakyat dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Perlu difahami bahawa ada janji-janji tersebut yang memerlukan masa yang agak panjang kerana ianya melibatkan kajian, perjanjian dan kontrak serta ianya melibatkan pihak ketiga dimana kemungkinan juga ia melibatkan kerajaan pusat.
Jadi tohmahan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji adalah tidak timbul kerana kerajaan-kerajaan ini baru sahaja berumur 100 hari atau kurang dari itu (kecuali Kelantan). Maka rakyat dan pemimpin Umno kena bersabar menanti samada janji-janji tersebut dapat ditunaikan atau tidak.
Rakyat tidak perlu bimbang kerana mereka mempunyai kuasa kerajaan baru jika kerajaan lama gagal menunaikan janji mereka. Ini dibuktikan apabila rakyat Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang menumbangkan kerajaan BN pada pilihanraya umum lalu. Malah mereka juga menafikan majority 2/3 BN di Parlimen.
Kerajaan Kelantan telah membuktikan bahawa kebajikan ibu tunggal dan warga emas dibela dengan program Takaful Kifaalah dan Armalah. Buktikan boleh dilihat di Kelantan di mana sudah ramai rakyatnya yang menerima imbuhan dari skim ini. Apakah pemimpin BN dan Umno ingin menafikan fakta ini? Ini adalah salah satu antara program kebajikan yang dijalankan oleh kerajaan Kelantan. Banyak lagi sebenarnya program yang telah dan sedang dirancang untuk rakyat Kelantan.
Begitu dengan dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Tidak lama lagi seluruh rakyat Selangor akan menikmati air percuma sebanyak 20L padu. Bila tiba masanya nanti semua ini akan terbukti. Sesiapa pun tidak boleh menafikannya. Malah kerajaan Selangor akan mengikut jejak Kelantan dalam melaksanakan Takaful Kifaalah dan Armalah pada 1 Julai.
Di Penang kerajaan Pakatan Rakyat membuktikan salah satu janji mereka apabila menaikkan elaun guru Kafa memberikan bantuan makanan kepada golongan miskin. Ini telah pun dilakukan. Mengapa pemimpin BN menafikan kebenaran ini sedangkan ianya telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Manakala di Perak, kerajaannya yang baru memerintah kurang dari 100 hari telah berjaya menyelesaikan isu pendudukan rakyat di tanah kerajaan yang telah puluhan tahun gagal diselesaikan oleh kerajaan BN terdahulu. Kerajaan Perak berjaya membuktikan bahawa kebajikan rakyat adalah agenda utamanya apabila memberikan geran kekal kepada penduduk-penduduk tersebut. Fakta ini yang dapat dilihat didepan mata sepatutnya dinafikan oleh pemimpin BN dan Umno.
Saya menyeru kepada pemimpin Umno dan BN supaya membuat komen yang membina dan berdasarkan fakta bukannya berdasarkan nafsu dan sentimen politik semata-mata kerana kita bimbang kredibiliti kita sebagai pemimpin kerajaan dan parti tercalar dan lambat laun rakyat akan hilang kepercayaan kerana kita semua bercakap tanpa bukti dan fakta.
Antara pemimpin Umno dan BN yang memberikan komen tentang isu ini adalah Pengerusi Perhubugan PPP Negeri Melaka, Senator Datuk Chiw, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ADUN Gadek Datuk Ghafar Atan.
Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka
Ucapan Eidul Fitri
PENYOKONG KAMI
Friday, June 20, 2008
PEMIMPIN BN/UMNO JANGAN BUAT KENYATAAN TANPA FAKTA DAN BUKTI
6/20/2008 12:15:00 PM
No comments
Zakat Melaka diberi kepada bukan asnaf
Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.
Tergamak pihak-pihak berkenaan menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada asnaf. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk MEMBINA BANGUNAN.
Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah TIADA sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan?
Fakta Monorel Melaka
1) Bernilai RM15 juta, bagi laluan sejauh 1.6 kilometer menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya.
2) Rosak lebih 21 kali sejak beroperasi 20 Oktober 2010
3) Pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.
3) Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepnjang tempoh itu adalah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50
4) Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pernah menggantung perkhidmatan monorel selama sebulan di sebabkan masalah keselamatan dan fasiliti.
5) Antara masalah perkhidmatan monorel ini adalah masalah cengkaman pd landasan terutamannya pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.
6) Antara penyelesaian kerajaan adalah dgn menyediakan sebuah kenderaan berkren yang dikenali sebagai "cherry picker" untuk mengangkut penumpang yang terkandas sekiranya monorel itu tidak dapat bergerak selain menyediakan manual fungsi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan memperkuatkan cengkaman tayar pada monorel melalui jajaran laluan pada waktu hujan.
Disusun oleh : Aizat Baharuddin (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka).
0 comments:
Post a Comment